KAWASAN
di sekitar Kedai Buku berjenama Hasani
nampak tenang. Buku-buku tersusun rapi mengikut bahagian masing-masing di atas
rak. Termasuk alat tulis dan peralatan-peralatan lain yang turut dijual di situ.
Kelihatan pelanggan-pelanggan yang hanya boleh dikira dengan jari yang berada
di situ. Membelek-belek buku yang berkenan di hati.
Riana sejak dari tadi
sedang meliar mencari buku di suatu sudut bahagian buku ilmiah. Telefon bimbit
yang dipegang di tangan diintainya sebentar. Memandang ke arah aplikasi nota
yang tertulis tajuk buku yang ingin dibeli. “Buku rujukan Sejarah, Ekonomi.. Tingkatan
Lima dan Empat. Hah! dah jumpa!” Riana tersenyum sendiri sambil tangan
mengambil kedua-dua buku itu dan diamatinya lama. Takut tersalah subjek.
Pada masa yang sama,
Khairul sedang berada di hadapan rak buku yang tersusun buku yang ingin dicari.
“Buku Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris Form
Two.” bisik hati Khairul sendirian sambil
melihat nota yang ditulis di atas sehelai kertas di tangannya itu.
Hampir
10 minit berada di kawasan itu, masing-masing mula melangkah ke kaunter
pembayaran dengan buku yang ingin dibeli. Kelihatan seorang gadis belasan tahun
sedang asyik menyusun buku di satu sudut bersama rakan kerjanya. Bibirnya mula
tersenyum apabila memandang ke arah Riana dan Khairul yang telah sama-sama
berada di kaunter pembayaran. Cuma bezanya Riana berada di hadapan Khairul. Buku
di tangan mereka itu sama-sama diletakkan di atas meja kaunter. Anak mata
kedua-duanya saling berpandangan. Cuma seketika. Khairul tersenyum manis buat
Riana turut sama membalas senyuman sesaat itu.
“Berapa
adik?” tanya Riana setelah pandang penuh ke arah gadis tadi yang sedang menekan
mesin kira sambil mengesan kod bar yang ada pada buku dengan alat pengesan kod.
Tangan sempat membawa keluar dompet duitnya dari beg tangan yang digalas di
bahu kanan.
“RM
25.90 aje kak.” jawab gadis itu sopan setelah memasukkan buku tersebut ke dalam
beg plastik.
Riana
tersenyum faham lalu menghulurkan duit sekeping RM 50.00 yang dipegangnya sambil
menarik beg plastik yang terkandung buku rujukan adiknya itu.
Gadis
kaunter itu menekan kembali mesin kira dan memberikan wang baki berserta resit
kepada Riana. “Terima kasih kak.” ucap gadis itu tersenyum manis. Riana lantas membalas
ucapan tersebut dan beredar dari situ.
“Err.
berapa adik?” Khairul pula menyoal gadis kaunter itu setelah melihat Riana
beredar dari situ. Tidak sedar dia sejak dari tadi hanya memberi perhatian
kepada tingkah laku wanita di hadapan barisannya itu sahaja.
Gadis kaunter itu
kembali melakukan tugasnya semula dengan cekap. “Ermm.. RM 35.90 ya bang.” kata
gadis itu setelah selesai menekan mesin kira.
Khairul
turut melakukan perkara yang sama seperti lagak wanita yang dipandangnya tadi. Setelah
selesai membuat pembayaran, Khairul cuba melihat semula nota pesanan yang
ditulis adiknya itu agar buku yang dipesan tidak tersalah beli. Tidak sampai
seminit dia memeriksa semula buku yang dibeli, riak wajahnya mula berubah
serta-merta. Tidak jadi keluar dari kedai itu walaupun langkah kakinya hamper
beberapa tapak ke arah pintu kedai. “Adik, tadi abang rasa abang bagi kat adik
bukan dua buku subjek ni la. Tapi buku subjek Bahasa Malaysia dengan Bahasa
Inggeris, Form Two.” Khairul menunjukkan
buku tersebut kepada gadis di kaunter pembayaran itu semula sebagai bukti.
Kerutan dahi kehairanan jelas kelihatan di wajahnya.
“Ya ke bang? Kejap saya
check balik, ya?” Gadis itu segera
melihat ke arah resit dan buku yang dihalakan ke arahnya dengan penuh teliti.
Dia menekan mesin kiranya semula dan meneliti setiap data yang terdapat di situ
satu persatu. Riak wajahnya turut sama berubah. Jadi serba salah. “Alamak.. sorry
abang, saya rasa saya dah tersalah bagi pada…”
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
RIANA berjalan perlahan ingin menuju ke
arah kereta kesayangannya yang berada di hadapan mata. Perodua Kelisa, kereta yang menjadi peneman hidupnya sebulan
sebelum dia mula masuk ke dalam bidang perkerjaannya kini. Beg plastik yang dibawa
keluar sebentar tadi setia di tangan. Sejuk pagi mula terasa apabila angin yang
bertiup perlahan menyapa kulit. Kawasan tempat letak kereta di situ nampak
tenang daripada manusia yang menghuni bumi. Mungkin sedang sibuk mengejar
destinasi kerja masing-masing. Namun, kakinya mula bergerak perlahan apabila
kedengaran sayup-sayup suara seseorang yang cuba mengejarnya dari arah belakang.
Riana cuba untuk menoleh ke belakang tetapi fikirannya lantas menyuruhnya
berlari pantas mendapatkan kereta yang semakin hampir dengannya itu.
“Cik..
cik.. Tunggu dulu!” Suara seorang lelaki lagak memanggil-memanggil dirinya
ditangkap sayup. Riana kalih pandang ke kiri dan kanan. Pandang belakang
sekejap. Dia pasti suara itu adalah milik lelaki yang dijumpai di dalam kedai
buku itu tadi. “Isy.. apa mamat tu nak? Dah
la tadi senyum-senyum kat aku. Kenapa dia ikut aku pulak ni? Isy.. entah-entah,
dia nak rompak aku! Alamak! habislah aku. Kena cepat ni.” detus hati Riana
cemas setelah terpandang lagak lelaki yang berada di kedai buku tadi kelihatan sedang
cuba pula berlari ke arahnya.
Riana
segera meraba-raba dalam beg tangannya mencari kunci kereta. Kunci dipegang dan
ditarik keluar. Lantas masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Terketar-ketar
tangannya memegang stereng. Jantung pula berdegup kencang. Keretanya lantas dipandu
laju keluar dari tapak letak kereta itu. Meninggalkan lelaki yang kelihatan sedang
melambai-lambai ke arahnya itu dengan kadar segera.
“Ya Allah. Kenapalah dia lari? Aku cuma
nak bagi balik buku dia ni aje..” keluh Khairul sendirian. Menggelengkan kepala
dua tiga kali. Tidak faham. Sebelah tangannya memegang pinggang manakala
sebelah lagi setia memegang beg plastik buku. Nafas pula dilepas pantas. Tercunggap-cunggap.
Dia kepenatan. Hanya mampu memandang kereta wanita itu keluar dari tapak letak
kereta.
“Fuhh..
nasib baik.. nasib baik kau Riana!” ngomel Riana sendiri sambil mengintai-intai
ke arah cermin pandang belakang keretanya. Lega melihat lelaki misteri itu
telah jauh ditinggalkannya. Tangan membetulkan sedikit tudung bawal yang
dipakai. Nafas pula masih tercungap-cungap dek berlari-lari anak tadi. Tidak
dapat membayangkan sekiranya dia tidak sempat berlari sebentar tadi. Pasti
menjadi salah satu berita keesokkan harinya. Fikirnya jauh.
Riana geleng kepala
beberapa kali. Radio di kereta dibunyikan pula. Lagu Melayu berkumandang jelas.
Membuang jauh fikirannya dari pagi yang sedikit cemas sebentar tadi itu. Kereta
terus sahaja dipandu ke Syarikat Gema
Holding, syarikat tempat kerjanya.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“ASSALAMUALAIKUM, selamat pagi Kak
Syida.” Salam pagi diberi kepada wanita yang sedang leka menulis sesuatu di atas
kertas, Nur Syahidah Malik atau lebih senang disapa dengan nama ‘Kak Syida’
oleh pekerja-pekerja di dalam syarikat itu. Riana melintasi hadapan meja kerjanya
pantas. Lagak seekor lipas!
“Waalaikumusalam,
selamat pagi. Err.. Riana?” panggil Kak Syida hairan sambil bangun dan mengikuti
langkah laju Riana ke meja kerjanya yang tidak jauh dari mejanya.
“Yup?” balas Riana sedikit kelam kabut. Sekilas memandang Kak Syida
yang suka memakai selendang itu.
“Kenapa ni? Akak tengok
Riana macam kena kejar dek anjing aje ni?” tanya Kak Syida ingin tahu. Wajah
Riana yang sedikit pucat jelas di matanya.
Riana
meletakkan briefcase berwarna coklat kepunyaannya
ke atas meja. Kerusi ditarik lalu duduk serta-merta. Tangan membetulkan tudung
bawal yang dipakainya seketika. Nafas pula ditarik perlahan-lahan. “Bukan
anjing Kak Syida, tapi penjaga anjing. Kak Syida nak tau tak? tadi Riana
singgah la Kedai Buku Hasani kejap, beli
buku rujukan untuk Riz. Tiba-tiba pulak
Riana kena kejar dengan mamat yang beli buku kat kedai tu jugak. Riana pun apa lagi Kak Syida, lari nak selamatkan diri la. Nasib
baik Riana sempat lari. Kalau tak, tak tau la Kak Syida apa nak jadi tadi.” geleng
Riana dengan nada sedikit cemas. Menjelaskan situasi menakutkan tadi satu
persatu.
Kak Syida yang setia
mendengar terkejut besar. “Ya ke? Alhamdulilah.. Riana selamat. Tu la, lain
kali nak pergi mana-mana tu.. hati-hati sikit. Ajak teman, ajak Kak Syida ke..
Ni tak, nak jugak pergi sorang-sorang. Sekarang ini kan banyak
kes.” nasihat Kak Syida prihatin. Walaupun perkenalan mereka hampir mencecah dua
tahun sejak Riana mula bekerja di syarikat itu sebagai Kerani Am namun ikatan
antara mereka berdua agak rapat seperti kakak dan adik, mungkin bezanya tidak
tinggal sebumbung di rumah.
Riana
mengangguk tersenyum faham. “Sorry la Kak Syida. Riana tak tahu pulak nak jadi
macam ni. Okey la Kak Syida, kita tutup la cerita tu. Riana tak nak ingat dah. Riana
nak kena siapkan kerja yang semalam tu. Oh ya Kak Syida, Encik Hairie dah masuk
office?” tanya Riana. Sekilas
mengintai ke arah pintu bilik pejabat tuannya yang lebih kurang beberapa meter
dari tempatnya sahaja itu.
“Belum
lagi. Encik Hairie masuk office lewat
sikit hari ini, ada persidangan di Syarikat
Delima. Err.. Oh ya.. kalau kertas kerja Riana yang semalam tu dah siap, Riana
letak je kat atas meja dia tu macam biasa, okey?” pesan Kak Syida lagak ambil
berat.
“Hmm..
okey la Kak Syida, nanti Riana hantar. Nak
buat double check kejap. Kak Syida, Thanks..” ucap Riana sempat mengenyitkan
sebelah matanya pada wanita itu sambil menarik keluar fail yang perlu
disiapkannya segera.
Kak Syida hanya tersenyum mengangguk faham
dan berjalan menuju ke mejanya semula yang terletak berdekatan dengan pintu
bilik Pengurus Besar Syarikat Gema
Holding, Hairie Azmin Datuk Haikal. Kak Syida bertindak sebagai
setiausahanya.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“SUZY, bos dah masuk bilik?” tanya Johan
manja sambil memusing-musing pen yang terletak di atas meja Suzy, setiausaha Pengurus
Besar Syarikat Suria Trading, Khairul
Faiz Datuk Kamil atau lebih dikenali dengan nama Faiz daripada nama Khairul.
Johan Johari, lelaki
yang agak berbadan besar sedikit dan bercermin mata. Suka mengusik tatkala
dirinya dihimpit rasa bosan. Dia juga merupakan kawan karib Khairul sejak di
bangku sekolah menengah lagi dan telah lama bekerja di Syarikat Suria Trading yang hampir 25 tahun dibangunkan oleh Datuk
Kamil Jamaludin, ayahnya Khairul. Kini dia sedia berkhidmat pula dengan Khairul
yang memegang jawatan selaku pengurus besar di situ setelah ayah kawannya itu
pergi mengadap Ilahi hampir dua tahun yang lalu.
“Kau
ni Jo, kata member rapat Encik Faiz.
Tak kan Encik Faiz ada ke tak ada dalam bilik tu, tak perasan kut.” balas Suzy
sambil menarik pen yang berada di tangan Johan. Dia berjaya!
Johan
tersenyum seketika. “Macam mana I nak perasan Suzy? Asyik you je I tenung tiap-tiap hari.” Johan cuba mengusik. Bersuara
manja.
“Isy..
Encik Faiz ada la kat dalam tu..” balas Suzy yang lagak malas melayan kerenah
Johan yang terkenal dengan sifatnya yang suka mengusik itu.
“Okey
sayang.. Nanti kita lunch sama-sama, okey?
I masuk dalam dulu, ya? Bye sayang..”
Johan melambai nakal sebelum memulas tombol pintu bilik di hadapannya itu.
“Isy..
pergi la masuk. Gatal!” jegil Suzy tarik muka. Sempat mencebir bibirnya ke arah
Johan. Geram.
Johan
hanya tersenyum sendiri kerana lagak berjaya membuat Suzy terusik. Dia segera
melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Khairul lagak sesuka hati. Tanpa
mengetuk pintu. “Hello my big boss, how
are you today, haa?” sapa Johan bersahaja memandang Khairul yang sedang lagak
leka memandang fail di atas mejanya.
Khairul
yang sedikit terkejut dengan aksi terjah Johan itu mendongak kepala. Dia
memandang ke arah Johan dengan wajah serius. Riak sedikit geram bila disapa
begitu. “Hey bro! Berapa kali aku nak
cakap, hah? Lain kali before masuk
bilik aku ni, ketuk la pintu tu dulu. Ni tak, serbu masuk ikut suka hati kau aje,
ya? Polis nak serbu masuk rumah penjenayah pun, ketuk pintu dulu tahu tak?” tegur
Khairul lagak serius. Mata dijegil saja.
“Ya
la ya la. Sorry bos.” tabik Johan
sambil berlalu keluar semula. Bibir tersengih lagak kerang busuk mendengar
leteran panjang lebar Khairul itu.
Suzy
sempat menjeling. Melihat lagak Johan yang keluar sambil menutup pintu bilik majikannya
itu. “Padan muka! Kan dah kena.” luah Suzy tersenyum ceria. Tidak sabar
menantikan saat itu sejak dari tadi lagi. Tunggu bilang pakai jari saja.
Johan
tarik muka. Masam. Sempat jegil mata ke arah rakan sekerjanya itu. Dia segera
mengetuk pintu yang berada di hadapannya itu. Dua kali.
“Masuk!” panggil
Khairul dari dalam buat Johan memulas kembali tombol pintu lelaki itu. Kembali melangkah
masuk. “Haa.. macam ini la baru macam bos dengan pekerja. Baru gua respect
sama lu bro..” usik Khairul tersenyum
geleng kepala melihat telatah kawannya itu. Dia kembali memandang failnya.
Menyambung kerja.
“Ermm..
ya la tu.. Kau busy ke?” tanya Johan
sambil melangkah menuju ke meja Khairul semula. Mata memerhati tingkah laku
lelaki itu.
“Eh!
tak ada la. Aku tengah rileks ni, tak
nampak ke?” perli Khairul dengan nada serius. Mendepakan tangannya seketika.
Johan
tarik muka. “Hey.. kau ni. Aku tanya elok-elok, main-main pulak dia. Eh! ini apa ni?” Johan membelek-belek pula beg plastik yang
ada di atas meja Khairul. Sekadar ingin tahu.
“Buku
rujukan adik aku.” Khairul kembali memandang fail kerjanya setelah pandang
sebentar lagak Johan itu. Tangannya kembali ligat menulis. Begitulah perangai
biasanya bila berada di dalam bilik pejabat, selalu khusyuk dengan kerja, kerja
dan kerja.
“Oh..
Eh! adik kau tak silap aku Form Two, kan?
Ini buku Form Four and Five, cepatnya adik kau membesar.” Johan
hairan sambil meneliti tajuk yang tertulis pada kedua-dua buku rujukan yang
dipegang di tangannya itu. Seingatnya baru tahun lepas dia berjumpa dengan adik
perempuan Khairul itu. Semasa di majlis kenduri tahlil arwah Datuk Kamil.
“Isy..
kau ni Jo, ada ke macam tu.. Tadi aku tersalah ambik la. Tertukar dengan seorang perempuan.” kata Khairul yang
kini kembali memandang Johan. Sempat geleng kepala dengan kata-kata tidak masuk
akal sahabatnya itu.
“Perempuan?
Cantik tak dia?” Johan tersenyum tiba-tiba lalu melabuhkan pinggulnya di atas
kerusi di hadapan meja Khairul. Tanpa dipinta. Menanti Khairul membalas kata.
Khairul
geleng kepala lagi sekali. “Haa.. ini la lelaki. Kalau sebut perempuan je,
pasti tanya cantik, tak pun lawa.”
“Nak
buat macam mana bro, dah nama kita
pun lelaki. Cepat la cakap kat aku Faiz, cantik tak perempuan yang tertukar
buku dengan kau tadi tu?” soal Johan lagi lagak tidak ambil peduli dengan
kata-kata Khairul itu. Dia hanya ingin tahu.
Khairul
lagak terdiam seketika, “Ermm.. boleh tahan la. Aku cuba nak kejar dia tadi, tapi
dia lari laju pulak..” terang Khairul.
Masih pelik dengan kejadian pagi tadi itu. Cuba meneka sendiri puncanya. Johan yang
tadi lagak penasaran tiba-tiba ketawa besar pula. Khairul jadi hairan dengan
kelakuan mendadak lelaki itu. Lagak kurang siuman pun ada. “Kau ni dah kenapa ketawa
tiba-tiba ni? Kena sampuk ke apa?”
“Itu
la aku dah banyak kali kata, kau tu la masalahnya, Faiz. Senyum susah, muka tu..
tengok muka tu, asyik masam aje. Macam mana perempuan tak takut tengok kau. Lain
la macam aku ni haa. Senyuman aku, boleh buat semua perempuan tengok cair tau?”
lagak Johan memuji - muji dirinya. Sempat menunding jari ke arah muka Khairul
yang lagak makin kehairanan itu.
“Ya
la tu Mister Casanova Malaysia. Eh! kau ni, kerja dah tak ada ke? Sampai sempat
lagi menyinggah masuk ke dalam bilik aku awal pagi macam ni. Pergi la buat
kerja kau tu. Nanti pekerja-pekerja lain ingat aku ni pilih kasih pulak. Aku tahulah kau tu member baik aku, but this is company Jo.. bussiness lain personal lain. You know right?”
Jelas Khairul panjang lebar lagi. Tidak mahu disangka buruk atau dilabel
sebagai majikan yang bersikap pilih kasih oleh pekerja-pekerjanya nanti.
Johan
berhenti ketawa. Geleng kepala sebentar.
“I know la bro. Aku cuma nak cakap,
tadi Encik Halim ada call aku. Dia
ada kata around 80% chances Projek Mega Tiga bakal jatuh ke
tangan syarikat kita.” Johan segera bercerita tentang niatnya sebenar masuk ke
dalam bilik pejabat Khairul. Hampir terlupa dia soal itu.
“Serius?
Ya ke ni, Jo? Alhamdulilah.. ini berita baik ni.” Khairul tersenyum riang.
Tidak sia-sia usahanya bersama Johan selama berbulan-bulan ini jika projek bernilai
jutaan ringgit itu menjadi milik syarikatnya. “Err.. bila kita bakal bersidang lagi?”
“Ermm..
maybe dua minggu lagi kut. Nanti
kalau aku dapat call, aku inform kat kau, ya? Okey la bro. Itu aje aku nak inform kat kau ni. Aku keluar dulu. Macam
biasa, jumpa time lunch nanti, okey?”
kata Johan sambil bangun dan melangkah keluar dari bilik itu. Gelagatnya itu hanya
diperhatikan oleh Khairul yang masih tersenyum senang hati menerima khabar berita
itu. Bersyukur di hati pasti ada.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
DUM..! Fail dihempas kuat ke atas meja.
Riak wajah Hairie yang memandang Megat berubah serta-merta. Tahi leher yang
membaluti lehernya dilonggar kasar seolah-olah terasa panas. Panas dengan
berita yang disampaikan oleh penolong kanan yang sedang berdiri di hadapannya
itu. “Damn it! Macam mana mereka
boleh kata company tu ada chance untuk dapat Projek Mega Tiga tu,
hah?!” tanya Hairie sambil anak matanya memandang tajam Megat yang sedang
berdiri teguh di hadapan mejanya. Peranan Megat lebih daripada seorang sahabat
kepada Hairie, yang sentiasa menyokong dan membantunya dalam kebanyakkan hal terutamanya
urusan berkaitan dengan Syarikat Gema
Holding sejak dari awal lagi di
bawah pucuk pimpinannya.
“Entah
la Hairie, ada la sumber kata proposal
yang dia orang hantar hari itu lebih baik daripada syarikat kita ni.” terang
Megat serius. Nada lambat-lambat.
“Tak
mungkin! Apa kurangnya proposal aku,
hah!? Siang malam aku bercengkang mata semata-mata nak siapkan proposal tu, last last bakal kena reject pulak.”
balas Hairie lagak makin tidak puas hati.
“Rileks Hairie, so far itu just prediction
dia orang aje. Belum tentu lagi projek tu jatuh ke tangan syarikat dia orang,
kan? Pasti ada cara untuk kita dapatkan projek tu lagi.” Megat masih cuba ingin
memujuk walaupun dia tahu kawan di hadapannya itu jenis yang sukar dipujuk.
Lebih-lebih lagi jika hal melibatkan soal perniagaan.
“Ada
cara? Okey Megat! You tell me right now,
apa caranya hah?” tanya Hairie sambil duduk. Mata memandang tepat Megat.
Menanti cadangan.
“Ermm..
buat masa ni, aku kena fikir dulu la.” balas Megat perlahan. Kepala tertunduk. Sempat
menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Seakan rasa menyesal pula menyebut
perkataan itu tadi.
“Fikir
dulu? Eh! Megat, lagi tiga bulan keputusan Projek Mega Tiga tu nak bertukar
milik tau. Tak kan kita kena fikir lagi kut.” Hairie masih tidak puas hati
dengan kata-kata Megat itu. Sempat mengangkat tiga jarinya lagak menayangkan
bertapa singkatnya masa yang mereka ada untuk mendapatkan projek itu.
Mereka berdua diam sebentar. Masing-masing
dengan lagak tersendiri. Memikirkan cara dan strategi.
“Err..
macam ni la Hairie, aku rasa aku ada idea. Tapi entah la okey ke tak idea aku
ni nanti.” kata Megat sambil duduk di kerusi di hadapan meja Hairie itu. Bernada
makin serius.
“Okey.
Apa dia? Cakap la..” balas Hairie pantas. Ingin benar tahu.
“Okey
macam ni…” Megat sambung bicara. Hairie hanya mendengar penuh teliti idea Megat
itu. Sesekali kepalanya diangguk. Projek Mega Tiga, Syarikat Delima perlu berada di dalam genggaman tangan syarikatnya
kerana dengan projek yang bernilai hampir lima juta itu sahajalah, dia dapat
buktikan kepada ayahnya iaitu Datuk Haikal yang dia mampu berjaya dan memberi
keuntungan yang lumayan kepada syarikat walaupun sebelum ini dia pernah gagal
untuk berbuat demikian. Tidak mahu lagi sejarah lama berulang kembali.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
RIANA memberhentikan kereta berdekatan
dengan pondok menunggu di hadapan sekolah. Kelihatan Rizman yang berpakaian
sekolah lengkap melangkah menuju ke arah keretanya. Beg galas dibawa masuk
bersama. “Kak, macam mana? Dah beli buku yang Riz minta tu?” tanya Rizman
sambil memakai tali pinggang keledar. Tersenyum pandang wajah kakaknya itu.
Rizman Akmar, adik
kepada Riana yang masih bersekolah di Tingkatan Lima. Dia bakal menduduki
peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang hanya tinggal lebih kurang
lima bulan sahaja lagi.
“Dah.
Ada kat seat belakang tu..” balas
Riana tersenyum faham sambil memuncungkan mulut ke arah belakang tempat duduk
kereta. Dia cuba memandu keluar dari bahagian tepi jalan sambil matanya
memerhati cermin sisi. Memerhati kenderaan yang datang dari arah belakang.
Rizman segera mengalihkan lehernya pandang ke
belakang tempat duduk. Tangan segera dihulur panjang untuk mengambil beg
plastik yang terdapat logo Hasani
pada bungkusannya. “Kak, ni buku apa kak?”
Pertanyaan Rizman buat
Riana memberhentikan niatnya itu. Segera kalih pandang adiknya itu semula.
Hairan. “Buku apa? Buku yang Riz minta tu la.” jawab Riana pantas. Tidak faham
kenapa dia disoal begitu pula. Sedangkan buku yang dibeli adalah berdasarkan
nota yang ditaip sendiri oleh Rizman. Malah nota itu masih disimpan baik di
aplikasi telefon bimbitnya.
“Ya
la buku yang Riz minta, tapi bukan subjek Bahasa Malaysia dengan Bahasa
Inggeris ni. Form Two pulak tu, akak silap beli erk?” teka
Rizman sambil membelek-belek buku di tangannya itu. Dihala sebentar ke arah
Riana yang hanya mendengar penuh teliti.
“Huh?
Silap beli? Eh! tak mungkin la. Kejap!” Riana segera mengambil beg plastik yang
dipegang Rizman. Lagak tidak puas hati bila dituduh sebegitu. Matanya mula
meneliti kedua-dua buku rujukan itu. Dipandang sekilas adiknya itu. “Akak rasa
akak beli buku Sejarah dengan Ekonomi la tadi. Macam mana boleh silap pulak ni?” Riana bertanya sendiri sambil
membelek-belek buku itu pula. Depan dan belakang. Memang silap. Aneh bin Ajaib!
“Ala
akak.. Ini yang tak best ni, macam
mana ni? Esok Riz nak pakai dua-dua buku tu, dah la cikgu Riz tu garang macam
harimau..” rengek Rizman minta Riana selesaikan perkara itu dengan segera.
Lagak tidak mahu tangguh lagi.
“Macam mana aku boleh silap beli pulak ni? Tadi
kan aku..” detus hati Riana. Fikirannya melayang sebentar. Dia teringat
kembali akan lelaki yang cuba mengejarnya pagi tadi itu. “La.. patut la..” keluh
Riana setelah memahami situasi yang sebenar. Sempat mengangguk kepala. Sekali.
“Patut
la? Patut la apa, kak?” Rizman jadi aneh pula melihat gelagat kakaknya itu.
Sungguh aneh!
Riana
jadi terpinga-pinga seketika. Tersenyum kelat ke arah Rizman. “Ermm.. tak ada apa.
Macam ni la, kita pergi kedai tu balik la, ya? Rasanya masih sempat lagi ni.” kata
Riana sambil memandang ke arah dashboard
keretanya. Memerhati masa. Dia segera memandu keretanya ke Kedai Buku Hasani itu semula.
Riana
menarik nafas lega seketika bila melihat di kaunter pembayaran itu masih
berdirinya gadis pagi tadi yang ditemui semasa membuat bayaran buku yang dibeli.
“Assalamulaikum adik. Maaf ya, pagi tadi akak ada beli buku ni tapi..” Belum
sempat Riana meneruskan kata-katanya sambil ingin cuba menunjukkan buku dan
resit yang dikeluarkan dari beg plastik di tangan, gadis itu pantas mencelah
sambil menghulurkan sekeping kertas yang berlipat dua muka kepada Riana.
“Oh
ya kak. Maaf la kak, tadi pagi adik tersilap bagi buku dan ni ada nota dari lelaki
yang tertukar buku dengan akak pagi tadi tu. Dia tulis, suruh adik bagi kat
akak.”
“Oh.
Okey. Terima kasih ya, dik?” ucap Riana mengangguk mengerti. Segera membaca
nota yang dicapai di tangannya itu sambil berjalan menuju ke pintu kedai itu.
Please
call me. Thank You.
Khairul
Faiz
0174539367
Rizman
memandang tingkah laku Riana dari dalam kereta. “Kak, macam mana?” Rizman menyoal
pantas bila Riana masuk ke dalam perut kereta semula.
“Ermm.. kejap!” balas
Riana sambil meragut telefon bimbit di bekas dalam keretanya itu. Wajah tidak
sabar Rizman itu tidak dipandangnya langsung.
“Akak
nak telefon siapa pulak ni?” Rizman
hairan. Memerhati lagak kakaknya itu yang masih fokus pada kertas di tangan.
Riana
pantas menunjukkan muka tapak tangan kirinya kepada Rizman. Tanda minta dia mendiamkan
diri sebentar. Buat Rizman tarik muka lagi. Soalannya masih tiada jawapan. “Assalamulaikum..
Boleh saya bercakap dengan Encik Khairul Faiz?” soal Riana satu persatu apabila
taliannya bersambung. Matanya masih memandang kertas yang tercatat tulisan
tangan lelaki yang tertukar buku dengannya itu.
“Waalaikumusalam..
Ya saya.. Ermm.. cik ni?” soal Khairul pula ingin
tahu. Suara sedikit kaget.
“Saya
Riana Akma, orang yang tertukar buku dengan Encik Khairul pagi tadi tu.” balas
Riana sopan.
“Riana Akma? Ermm.. oh ya.. yang pagi tadi tu.. Err.. pagi tadi saya cuba
kejar Cik Riana, ingat nak tukar buku tu balik tapi Cik Riana nampak macam nak
cepat aje. Err.. so sekarang, macam mana saya nak hantar buku ni pada Cik Riana
balik, ya?”
“Ermm..
macam ini la Encik Khairul Faiz, ya? adik saya memang nak sangat pakai buku tu
esok. Jadi kalau Encik Khairul tak sibuk sekarang ni, kita jumpa kat mana-mana
kedai makan ke? Boleh kita tukar balik buku tu, kan? Macam mana?” Riana cuba
memberi cadangan. Sesekali dia memandang Rizman yang masih lagak memerhati tingkah
lakunya itu.
“Okay. Thats a good idea. Lagi pun saya memang tengah free ni. Ermm.. apa
kata kalau kita jumpa di Marrybrown, dekat Jalan Soga tu?” Khairul membalas
dengan lagaknya walaupun setiap masa jadual kerjanya pasti padat dan penuh. Tiada
ruang langsung untuk diisi sebagai ‘masa
terluang’.
“Marrybrown? Ya saya tahu tempat tu. Okey.
Kalau macam tu, nanti kita jumpa kat sana aje la, ya?”
“Okay. I on my way.” balas Khairul
bernada riang. Talian dimatikan. “Riana Akma? Hmm.. sedap!” luah Khairul
tersenyum mesra dan sempat mengangguk beberapa kali. Dia segera menutup fail-fail
yang terbuka luas di hadapannya. Beg plastik buku yang masih ada di atas mejanya
ditarik pantas. Kaki menapak keluar. “Suzy,
batalkan semua appointment saya hari
ini. Saya ada hal sikit.” arah Khairul serius setelah singgah sebentar di meja
kerja Suzy.
“Baik
Encik Faiz.” angguk Suzy faham.
Khairul
seakan ingin menapak pergi dari situ namun kembali memandang setiausahanya itu
semula. “Oh ya.. lagi satu, Suzy. Awak tolong beritahu Encik Johan yang saya
tak dapat keluar lunch dengan dia
hari ini, ya?” pesan Khairul sebelum dia terlupa soal itu. Takut Johan nanti
tercari-cari dirinya.
“Baik
Encik Faiz. Nanti saya sampaikan, ya?” angguk Suzy tersenyum faham.
“Okay. Thanks.” Senyum balas Khairul meneruskan langkahnya keluar dari
syarikat itu. Lagak memang tidak sabar benar!
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
RIANA dan Rizman menanti ketibaan
Khairul di Marrybrown seperti yang dijanjikan
sambil menikmati minuman mereka. Suasana di situ kelihatan tenang. Tidak
seperti hujung minggu, sedikit sesak dengan pelanggan yang kebanyakkannya terdiri
daripada ahli keluarga.
“Kak,
Riz nak pergi tandas kejap la.” kata Rizman selepas beberapa minit mereka
menghirup air minuman yang dipesan. Dia masih berpakaian sekolahnya. Lagak
seakan tidak selesa kerana dia jarang keluar dengan berpakaian sebegitu.
“Okey.
Cepat sikit tau, jangan lama-lama. Akak lepas jumpa orang tu nak terus balik. Tak
nak singgah mana-mana dah.” pesan Riana bernada serius. Lagak tidak sabar
menanti ketibaan lelaki yang tertukar buku dengannya itu.
“Ya.
Riz tahu la kak.” angguk Rizman faham. Geleng sebentar melihat tingkah laku
kakaknya itu. Lagak seperti cacing kepanasan!
Riana
hanya memandang Rizman menghilangkan diri di sebalik orang ramai yang
lalu-lalang di situ. Dia terus menanti sambil bermain aplikasi permainan di telefon
bimbitnya. Lama tidak dipegang dek kerana terlalu sibuk dengan kerjanya sebelum
ini.
~><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><.--.><~
“ASSALAMUALAIKUM.. Cik Riana Akma, kan?”
sapa Khairul apabila melihat wanita misteri pagi tadi seakan menanti
ketibaannya.
“Waalaikumusalam.
Ya saya. Jemput la duduk Encik Khairul Faiz.” angguk Riana tersenyum manis.
Wajah Khairul yang agak tampan itu diamatinya seketika.
“Ya
terima kasih. Ermm.. panggil saya Khairul aje, Cik Riana. Tak payah la
berencik-encik dengan saya, ya?”
“Okey.
Kalau macam tu.. awak pun kena la panggil saya Riana. Tak ada cik cik.” Riana membalas
kembali. Cuba untuk bergurau senda.
“Okay. No problem. Oh ya, ini buku awak.” senyum Khairul sambil
menghulurkan beg plastik buku yang dibawa bersama kepada Riana. Dia duduk
berhadapan dengan wanita itu.
Riana
segera mengambil beg plastik buku itu. “Err.. terima kasih. Dan ini pula buku
awak.” Riana pula memberikan beg plastik buku yang tertukar pagi tadi kepada
Khairul. Kedua-dua beg plastik buku itu kembali ditukar dengan jayanya. “Jadi
berapa ringgit yang saya kena tambah untuk buku saya ni, ya?” tanya Riana
seakan ingin membuka dompet duit yang diletak di atas meja. Dia tahu melalui
resit yang diterima tertulis harga buku rujukan adiknya itu lebih mahal
daripada harga buku yang dibayarnya kepada tuan kedai. Memang tidak adil jika
hanya buku sahaja yang ditukar tetapi tidak pada bayarannya.
Kedua-dua
tangan Khairul diangkat pantas. Mendepa ke arah Riana. “Eh! tak apa tak apa,
anggap aje la yang saya belanja awak, ya?” geleng Khairul tersenyum manis. Pantas
menolak kata-kata Riana itu.
“Ermm..
jangan la macam tu. Saya kena bayar kat awak jugak ni sebab harga buku yang awak beli tu tak sama dengan buku
yang saya beli ni.” kata Riana benar-benar serius. Sempat menunding jari ke
arah kedua-dua beg plastik buku. Lagak membuat pembandingan.
“Eh!
Betul tak apa. Saya ikhlas ni.” geleng Khairul mendepakan tangannya sekali lagi.
Lagak benar-benar ikhlas.
“Tapi..”
Riana masih ingin menolak. Tidak mahu terhutang budi.
“Okey
macam ni la.. Kalau awak masih nak bayar kat saya jugak.. Ermm.. apa kata kalau awak belanja saya lunch? Saya pun masih belum lunch lagi ni.” celah Khairul sambil
memegang perutnya pula. Lagak sedang lapar.
Riana berfikir sejenak.
“Okay. Deal! Ermm.. anyway, maaf
la saya tak perasan pagi tadi masa awak kejar saya sebab time tu saya nak cepat sangat. Sorry
again k.” Riana cuba bermain kata. Terasa sangat malu jika dia menceritakan
tentang anggapan buruknya terhadap lelaki itu pagi tadi. Serius malu!
“It’s okay. Saya faham.” Khairul
mengangguk tersenyum. Matanya tertangkap pula kepada gelas minuman yang
terletak bersebelahan dengan gelas minuman Riana. Masih penuh. “Err.. air siapa tu?” tanya Khairul
sambil jarinya menunding ke arah gelas itu. Fikirannya ligat meneka.
Riana
kalih pandang sebentar ke arah itu. “Oh.. yang ini air adik saya, Rizman. Dia
pergi washroom kejap tadi.” jelas
Riana tersenyum manis.
“Oh I see..” Khairul mengangguk tersenyum
senang hati. Takut dia kalau tempat duduk di sebelah wanita itu kepunyaan teman
lelaki atau tidak pun tunang yang dibawa datang bersama. Kalau tidak, melepas bro! Fikirnya nakal.
Beberapa
minit selepas mereka sambung berbual kosong sambil menghirup minuman yang
dipesan, kelihatan Rizman memunculkan diri menghampiri ruangan meja mereka
berdua.
“Haa.. inilah adik
saya, Rizman Akmar. Ermm.. Riz, salam dengan Abang Khairul.” pinta Riana
tersenyum memandang Rizman yang berdiri memerhati Khairul lagak tertanya-tanya.
Rizman
segera menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Khairul sebelum dia duduk
semula di tempatnya tadi. Bersebelahan
dengan tempat duduk Riana.
“Ermm..
sekolah tingkatan berapa ni?” Khairul menyoal Rizman mesra. Mata memandang
lagak anak muda yang berpakaian sekolah lengkap itu.
“Tingkatan
lima bang..” jawab Rizman pantas. Menunduk sopan.
“Oh..
ambil SPM la tahun ni, ya?”
“Ya..”
angguk Rizman mengeyakan tekaan lelaki yang baru dikenalinya itu. Agak mudah
mesra orangnya.
“Ermm..
Khairul, awak kalau nak makan.. pergi la order
makan. Nanti saya bayarkan, ya?” celah Riana mengingatkan Khairul tentang
perkara itu. Risau jika lelaki itu lupa.
“Eh!
awak tak lunch sekali ke? Riz?” Khairul
memandang kedua-dua orang di hadapannya itu. Lagak tertanya-tanya.
“Tak
apalah. Lepas ni kami nak terus balik rumah. Saya biasa masak kat rumah aje sebab
saya kena masuk kerja balik lepas ni.” kata Riana benar. Setiap hari Rabu dan
Khamis jadualnya ditetapkan lagak begitu. Tidak mahu membiarkan Rizman makan
tengah hari di kedai makan berhampiran rumah mereka.
“Eh!
kenapa tak lunch sekali dengan saya aje?
Tak best la kalau saya makan sorang-sorang, dengan hasil belanja awak
pulak tu.” seloroh Khairul cuba
mengusik lagi.
“Ya
la kak. Riz pun dah lapar sangat ni..” sampuk Rizman membuatkan mata Khairul
dan Riana beralih ke arahnya pula.
“Riz..” Riana menjegil
geram memandang tingkah laku adiknya itu. Seakan kurang sopan.
“Haa..
tu kan? Jom Riz, teman abang order
makan, ya? Nanti Kak Riana tolong bayarkan untuk kita berdua.” Khairul membalas
kata buat Riana mati kata. Rizman yang lagak tertanya-tanya segera mengangguk
tersenyum suka. Bangun bersama Khairul mendekati kaunter. Riana pula tersenyum malu.
Terpaksa ikut serta bersarapan tengah hari di situ. Mereka sama-sama membuat
pesanan. Meneruskan perbualan sambil menikmati sarapan tengah hari
masing-masing. Di saat itu, terserlah keperibadian Riana yang mula sedikit demi
sedikit menawan hati kecil Khairul tanpa dia sedar. Riana pula lagak senang
dengan perwatakan lelaki yang baru dikenalinya hari ini itu. Cukup gentlemen!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0
(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~
Jumpa lagi ya~