1 Julai 2019

Sinopsis


CINTA sangat indah untuk diungkap melalui manis bicara kata-kata. Cinta yang suci ada kalanya memerlukan satu penantian yang teguh. Nikmat cinta yang dikecapi pula mampu menyembuhkan hati insan yang sedang berduka lara. Namun, kadang kala hati mudah terluka jika tersilap menilai ketulusan cinta yang cuba diluahkan.

     Riana Akma, wanita yang menjadi taruhan cinta dan perjanjian antara Hairie Azmin dan Khairul Faiz. Kemunculan Khairul Faizul dalam hidupnya pula mula membongkar sebuah rahsia dan dendam yang tersembunyi hampir dua tahun yang lalu. Pada masa yang sama mengajar wanita ini erti sebuah persahabatan, kesetiaan dan harga diri.

“Awak, Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. InsyaAllah.. kalau cinta memang ditakdirkan untuk kita berdua, kita perlu redha terimanya dengan hati terbuka.”- Riana Akma

“Saya cintakan awak, Riana. Saya harap sangat hubungan yang kita bina ini akan kekal selama- lamanya.”- Hairie Azmin

“Saya cintakan awak. Saya benar-benar cintakan awak, Riana Akma.”- Khairul Faiz

“We will see, Riana.. sama ada langit itu tinggi atau rendah.”- Khairul Faizul

Apakah kesudahan kisah penantian cinta Riana Akma? Dapatkah dia merasai kebahagiaan yang diimpikannya? Mampukah dia meniti cabaran yang bakal muncul dalam hidupnya setelah bersama insan yang dipilih?

Siapa yang menanti cinta siapa?
dan
Siapa pula yang terluka cintanya?

SEMUANYA BAKAL TERJAWAB DI DALAM NOVEL..

Penantian
Cinta

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tiinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤

Follower Kesayangan Sis Ima ❤