1 Mei 2011

~Bab 26~

Bab 26
        Riana...”panggil Syida yang sedang sibuk menyemak sesuatu di dalam failnya.
“Ya Kak Syida. Ada apa. ?”Riana segera menghampiri meja Syida.
“Tolong akak hantarkan fail ni kejap. Letak kat atas meja bakal suami kau tu ek. Terima kasih..”usik Syida tersenyum sambil menghulurkan fail.Pantas diambil Riana.
“Ish Kak Syida ni. Ke situ pula...”Riana tarik muka tetapi tetap mempamerkan senyuman manisnya.
        Semua kakitangan di Syarikat Gema Holding itu telah tahu yang Hairie dan Riana sedang bercinta. Berita ini bukan dari mulut Riana tetapi dari mulut kekasihnya itu sendiri. Sengaja dihebohkan kepada semua sampaikan Kak Piah, tukang sapu syarikat tersebut juga disampaikan berita itu. Terlalu gembira katanya bila ditanya.Ramai yang terkejut mendengar khabar berita tersebut termasuk Nadia yang menyangkakan selama ini Hairie sedang bercinta dengan Melissa.
        Hairie tiada di pejabat ketika ini kerana telah keluar atas urusan kerja selepas balik dari makan tengah hari bersamanya.Riana melangkah masuk dan dia meletakkan fail yang dipegangnya ke atas meja lelaki yang telah mencuri hatinya itu. Riana mengukir senyuman dibibir tatkala terpandang sebingkai gambar lelaki itu yang kelihatan segak memakai kot.Memang wajah lelaki itu seiras pelakon drama tv. Mana mungkin wanita lain tidak cair menatap wajah itu.Riana cuba menyusun fail-fail yang kelihatan berselerak sedikit di atas meja itu.Mungkin Hairie tidak sempat mengemas kembali fail-fail tersebut kerana tergesa-gesa menghadiri mesyuarat yang dibuat di saat-saat akhir itu.Fikirnya.
“Hairie. Hairie. Macamana la awak tak selalu pening. Tengok bilik ni je pun saya dah pening..”ngomel Riana sendiri sambil tangannya pantas mengemas.
        Laci-laci meja dibuka satu persatu.Fail yang ada disusun teratur namun sedang dia membuka laci keempat, kelihatan secebis kertas seakan dikoyak-koyak oleh seseorang yang gamaknya sedang melepaskan geram.
Khairul Faiz?”
         Riana terpaku sebentar bila nama itu tertulis di atas cebisan kertas yang dipegangnya.Soalan satu demi satu mula muncul di mindanya.Apa kaitannya Khairul dengan Hairie? Sebelum ini Khairul tidak pernah pula memberitahunya yang dia ada atau pernah menjalankan perniagaan dengan syarikatnya walaupun dia pernah bertanya.Tetapi kenapa pula kertas itu dikoyak-koyak?. Persoalan demi persoalan mula mengganggu fikirannya.Rasa ingin tahu kian timbul di dalam hati. Riana segera meraba-raba ruangan dalam laci tersebut sekiranya terdapat lagi cebisan kertas selebihnya. Benar sangkaannya, terdapat beberapa lagi cebisan kertas yang masih belum disentuh.Dia mengumpulkan semua cebisan kertas yang dijumpainya itu di atas meja lalu segera mencantumkan kesemuanya satu per satu.
        Wajahnya tiba-tiba berubah.Dari rasa ingin tahu menjadi rasa mesti tahu.Mula timbul segala perasaan yang kurang enak di dalam hati. Dia segera keluar dari bilik itu dan mengambil beg plastik kecil yang ada di dalam laci meja kerjanya.
        Syida hanya memerhati kelakuan Riana sahaja.Tidak terlintas di hatinya untuk bertanya kerana terlalu sibuk menyiapkan tugasan di atas mejanya itu.
        Riana keluar semula sambil mengenggam erat plastik yang terkandung cebisan-cebisan kertas yang telah menimbulkan kelukaan di hati.Wajahnya tiada langsung garis-garis gembira mahupun senang hati. Yang ada hanya rasa kecewa dan terluka kerana diperlakukan sedemikian rupa tanpa dia sedar selama ini.
“Riana. Riana. Eh, Nak pergi mana tu?”tanya Syida aneh melihat tingkah laku Riana tetapi Riana terus melangkah tanpa memaling ke arah wanita yang sedang memanggil namanya itu. Dia mesti perlu tahu setiap jawapan untuk setiap persoalan yang kian menghimpitnya kini.
.......................................................................................................
“Syida. Riana mana?”tanya Hairie setelah menghampiri meja Syida.Wajah wanita yang bertakhta di hati sentiasa mengisi pandangannya setiap pagi tidak kelihatan pada pagi ini.
 “Em. Riana? Tak tahu la saya Encik Hairie. Tadi lepas dia keluar dari bilik Encik Hairie,dia terus pergi. Saya ada panggil tapi dia jalan terus je...”jelas Syida dengan nada risau.
“Bilik saya??”Hairie tersentak.
“Ya Encik Hairie.”angguk Syida pantas.
        Hairie segera bergegas masuk ke bilik pejabatnya.Dia mengharapkan apa yang disangkanya tidak benar sama sekali. Pantas dia mendekati mejanya lalu dibuka laci keempat. Tiada!. Dia cuba membuka laci pertama,kedua dan ketiga kerana fikir dia mungkin tersalah letak.Juga Tiada.!.
“Mungkinkah Riana dah....”hatinya berbisik pantas.
“Tidak....!”keluhnya lalu berlari keluar dari bilik pejabat itu. Dia bergegas ke arah keretanya.Dia lantas memandu laju hanya ke satu destinasi yang ingin dituju iaitu Syarikat Suria Holding. Di dalam hati, dia berdoa agar wanita yang dicintainya sepenuh hati itu tidak seperti sangkaannya sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~