1 Mei 2011

~Bab 27~

Bab 27
        Encik Faiz. Maaf. Saya dah cuba halang. Tapi cik ni...”kata Suzy sambil memandang Khairul yang sedang menulis sesuatu di meja kerjanya.
“Tak apa Suzy. Awak boleh pergi..”kata Khairul perlahan setelah terpandang wajah Riana yang berada di hadapannya. Lagak seakan orang ingin mengamuk.
“Baik Encik Faiz...”angguk Suzy faham lalu pintu bilik itu ditutupnya segera.Membiarkan mereka berdua berada di dalam bilik tersebut.
“Riana.. Lama saya tak jumpa awak. Awak apa khabar? em...Kenapa awak datang sini?...”tanya Khairul sambil tersenyum tenang seolah-olah dia tidak perasaan wajah di hadapannya itu sedang merenungnya tajam.Dia masih kekal duduk di kerusinya. Rindu dia yang semakin menebal sejak beberapa minggu terubat jua tatkala wajah itu dipandangnya.
        Riana merapati meja Khairul dan lantas meletakkan beg plastik kecil yang masih utuh di tangannya ke atas meja tersebut.
“Saya nak awak jelaskan pada saya tentang ni sekarang juga!” pinta Riana geram.Anak matanya tidak beralih dari terus merenung tajam lelaki itu.Mencari sinar mata kebenaran.
        Khairul terpaku.Perlahan-lahan dia membuka ikatan pada beg plastik kecil itu dan melihat isi kandungannya.Wajahnya tiba-tiba berubah tetapi sengaja dia kelihatan tenang. Tahulah dia kenapa gadis di hadapannya itu kelihatan marah malah seakan ingin melepaskan geramnya di situ.
        Khairul melepaskan keluhan kecil seakan memerli dan bangun melangkah ke arah jendela dengan selamba.Beberapa saat berlalu,tiba-tiba dia berketawa terbahak-bahak seperti lagak orang hilang akal.
        Riana kerut dahi.Dia aneh dengan perubahan mendadak lelaki itu.Yang diberi tidak seperti yang dipintanya.
“Kenapa awak ketawa? Apa yang kelakarnya ah?” tanya Riana geram.
“Ya. Mungkin bagi awak tak kelakar langsung. Tapi bagi saya. That’s so funny. Very funny Riana....” balas Khairul yang masih ketawa sambil memaling mukanya ke arah Riana.
“Apa maksud awak Khairul? Saya tak faham....” Riana masih tidak dapat meneka apa yang sedang Khairul cuba tonjolkan padanya itu.
“Riana Riana. Macamana awak nak faham. Saya belum jelaskan lagi. Harap sabar ya...”pinta Khairul yang telah mula berhenti dari ketawa seperti orang gila itu lalu melangkah pula ke rak sebesar almari di belakang mejanya.Dia menarik salah satu laci di situ lalu menarik pula keluar fail yang berwarna biru muda. Dia memandang semula ke arah Riana.
“Awak pasti nak tahu hal sebenar?”tanya Khairul yang masih kekal dengan senyuman sinisnya itu.
        Riana hanya memandang tajam.Tidak diangguk malah tidak pula digelengnya.Hanya menanti lelaki di hadapannya itu menjelaskan segala kekeliruan yang kian memenuhi mindanya.
“Saya ingat saya nak teruskan semua ni. Tapi saya dah penat. Penat sangat Riana..” Khairul mula dengan bicara sambil duduk di atas kerusinya.
“Kertas tu ..( menghalakan fail yang dipegangnya ke tempat beg plastik kecil tersebut) .. Bukan kertas asli...Ni...(diangkat fail itu)..Fail ni terkandung kertas asli. emm. Biar saya baca k....” Khairul mula membuka fail di tangannya itu lalu mula membaca. Sesekali dia memandang Riana dengan sinis.
“Surat perjanjian antara Encik Khairul Faiz Tan Sri Kamil  iaitu saya, dan Encik Hairie Datuk Haikal iaitu teman lelaki awak...”
“.. Encik Hairie daripada Syarikat Gema Holding hendaklah menarik diri daripada melabur dalam Projek Mega Tiga Syarikat Delima yang mungkin akan jatuh ke tangan syarikatnya kelak. Kenyataan tersebut perlu dipatuhi seperti yang dikhendaki. Dengan syarat Cik Nur Riana Akma Rahsid, pekerja yang sedang bekerja di Syarikat Gema Holding tidak akan saya sakiti dan setelah genap tiga bulan dari tarikh surat perjanjian ini ditandatangani,saya akan melepaskan Cik Riana kembali kepada yang berhak iaitu Encik Hairie.
“Tandantangan persetujuan,Encik Hairie bersetuju..”
        Selepas selesai dibacanya, Khairul menutup fail tersebut lalu diletakkan di atas meja.Dia memandang Riana yang benar-benar terluka dan kecewa itu.Air mata mula bermain-main di kelopak mata Riana namun dia perlu kuat menahan sehabis mungkin daripada ia berlari turun menyentuh pipi.
“Dah dengar semua tu? Jadi biar saya terangkan dengan lebih jelas satu persatu ya Cik Riana Akma..”
Khairul mula bangun dan mendekati Riana.
“Sebenarnya. Saya tak berniat langsung nak berkawan dengan awak. Jauh sekali nak jadi kawan rapat awak. Awak ingat lagi kat kedai buku Hasani? Tempat pertama kali kita bertemu tu. Saya yang upah gadis cashier tu supaya dia melakukan kesilapan semasa bagi plastik buku yang awak beli tu. Saya buat semua tu sebab saya nak ada pertemuan di antara kita berdua. and Maria.. Alasan saya gunakan dia untuk saya rapat dengan awak. Supaya segala urusan Syarikat Gema Holding, dengan mudah saya dapat tahu.”
“Owh ya kak. Maaf la kak, tadi adik tersilap bagi buku. Dan ni ada nota dari lelaki yang tertukar buku dengan akak pagi tadi tu. Dia tulis, suruh adik bagi kat akak..”
        Pada masa yang sama Riana teringat kembali akan peristiwa yang dikatakan Khairul itu.
        Khairul kembali ke mejanya tetapi tetap memandang Riana sinis.
Is that so easy.  Riana, saya hanya mempermainkan awak. and I did!...Riana,your are my survivor actually. Thank you so much. Kawanku....” tambah Khairul lagi dan disulami dengan gelak tawa yang hanya menyakitkan hati insan di hadapannya itu. Kata-kata Khairul penuh dengan ayat yang memilukan.
        Air mata Riana akhirnya menitis jua di pipi tanpa dia dapat menahan lagi.Kata-kata Khairul itu cukup membunuh perisai pertahanan kelopak matanya. Bilik itu dihantui dengan kesunyian secara tiba-tiba.
       
        Tap! Tap! Tap.
       
        Tepukan beberapa kali dari kedua-dua belah tapak tangan Riana kedengaran kuat di sekeliling ruangan bilik pejabat itu. Memecah kesunyian yang tiba-tiba terjadi di antara mereka berdua.
        Khairul terdiam seketika lalu memandang wanita itu dengan wajah yang tenang.
“Tahniah Encik Khairul Faiz..!Tahniah!. Awak berjaya. Awak berjaya mempermainkan saya. Tahniah!. Saya cuma nak ucapkan terima kasih. Terima kasih kerana selama ni jadi kawan saya. Selalu dengar luahan hati saya. Kata-kata saya. Cerita saya. Walaupun saya tahu sekarang. Itu hanya lakonan awak semata-mata. Tahniah Encik Khairul Faiz!. Tahniah sekali lagi saya ucapkan. Awak telah berjaya dapat apa yang awak nak.”
        Entah berapa kali ucapan tahniah dibibir Riana terucap. Dia pantas melangkah keluar dari pejabat itu sambil sebelah tangan menakup mulut agar suara tangisannya itu tidak didengar oleh sesiapa di situ.Dia meninggalkan lelaki yang sanggup mempermainkan hati dan perasaannya itu.Dia tertipu dengan lagak dan gaya lelaki yang disangka baik tetapi sebenarnya yang baik itulah buruk padanya.
.......................................................................................................

        Johan yang sedang berbual dengan Suzy tersentak tiba-tiba apabila terpandang Riana yang hanya melangkah melepasi mereka berdua dengan hiba.Dia mula melangkah laju menerjah masuk ke bilik Khairul.
“Pasti sesuatu dah berlaku antara perempuan tu dengan kawan aku ni..””detus hatinya.
“Khairul.....” tegur Johan perlahan apabila terpandang Khairul yang lagak sedang memeram kegeraman yang hanya tunggu masa untuk meletus.

  “Aaaaaaahhhhhhhhhh!!!!”
       
        Khairul akhirnya menjerit geram sambil melempar kasar fail biru yang berada di atas meja ke dinding yang berdekatan dengan sofa.Dia terduduk di sisi mejanya.Dia menghembuskan nafasnya beberapa kali dan bunyi hembusan tersebut dapat didengar jelas di telinga Johan yang hanya menjadi penonton aksi tersebut. Khairul masih kekal di situ. Hanya memandang fail yang dilemparnya itu.Habis bertaburan dokumen-dokumen perniagaan yang terkandung dalam fail tersebut dan bukannya surat perjanjian yang hanya dijadikan sebagai bukti palsu untuk memperkukuhkan penjelasannya kepada wanita yang dicintainya sebentar tadi. Kini hatinya benar-benar pilu dan hancur bukan kerana perbuatannya tetapi kerana ketakutannya selama ini benar-benar terjadi. Dia telah kehilangan gadis yang dicintai dalam diam itu.Bukan sementara tetapi buat selama-lamanya.
        Johan hanya memerhati tingkah laku Khairul. Itulah kali pertama dia melihat wajah kawannya yang begitu sedih.Hati kecilnya dapat mengagak sesuatu yang hebat telah berlaku di situ sebentar tadi dan mungkin lebih dahsyat dari sangkaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~