1 Mei 2011

~Bab 28~

Bab 28
        Hairie segera keluar dari badan kereta miliknya. Dia melangkah masuk ke dalam Syarikat Suria Holding dengan debaran di dada.Dia menanti di luar lif. Nombor tingkat bangunan yang terpapar di sebelah kanannya dirasakan lambat berubah.Hatinya gelisah memikirkan segala kemungkinan yang berlaku.Banyak kali dia menyalahkan dirinya kerana dia terlupa untuk membuang cebisan surat perjanjian yang dikoyak-koyakkannya tempoh hari kerana kebetulan pada waktu itu setiausahanya ingin masuk ke bilik untuk menghantar dokumen penting.Jadi kerana itu,dia tergesa-gesa menyumbat cebisan kertas tersebut pada laci yang keempat.
Pintu lif dibuka.
“Riana?”Hairie terpana melihat wajah itu sedang dibasahi air mata.
“Hairie?” balas Riana sambil melangkah ke hadapan lelaki itu.
“Riana. Dengar dulu. Biar saya jelaskan. ”Hairie cuba berterus terang namun pantas saja dicelah.
“Hairie. Tolong bawa saya pergi dari sini. Awak..Tolong...” pinta Riana perlahan seakan merayu sambil memaut lengan Hairie. Dia perlu lekas pergi dari situ untuk menyembuhkan hatinya yang telah luka kini.
“Hem.. Baik. Mari..”angguk Hairie faham lalu memimpin tangan Riana pergi menaiki keretanya walaupun fikirannya kini tidak tenang.
.......................................................................................................
        Hairie memandu keretanya.Sesekali dia memandang wanita yang dicintainya.Sedang diam seribu bahasa.Riana hanya memandang jauh di luar tingkap.Air mata di pipi insan itu telah lama dikesat menggunakan tisu yang dihulurkan olehnya sebentar tadi.Dia tidak tahu ke arah mana harus dibawanya wanita itu pergi kerana dia sendiri sememangnya buntu. Adakah wanita di sebelahnya itu dapat memaafkannya atas kesalahan yang telah dilakukan dan apa yang telah diberitahu Khairul kepada wanita itu sehinggakan dia menitiskan air mata sulung bagi diri Hairie.Fikirannya sesak dengan soalan-soalan yang menerpa.
        Kereta diberhentikan berdekatan dengan taman rekreasi. Angin yang bertiup agak perlahan dapat menegakkan bulu roma sang manusia yang berkunjung di situ.
        Hairie memandang Riana lembut.Sudah tiba masanya.Dia perlu berterus-terang.
“Riana. Saya minta maaf. Saya bersalah pada awak...” kata Hairie perlahan dengan seribu keinsafan yang diharap dengan balasan sejuta keampunan.
“Bukan salah awak Hairie. Bukan salah awak. Salah saya. Saya tak pandai pilih kawan. Saya tersalah pilih. Kawan yang saya anggap kawan bukanlah kawan yang sebenarnya. Tetapi hanya lawan...” balas Riana sambil membalas pandangan Hairie.Air matanya masih tersisa.
“Apa semua ni? Kenapa bukan aku yang dipersalahkan? Aku yang memulakan dulu rancangan tentang surat perjanjian bodoh tu. Tapi kenapa bukan aku yang salah??”
        Ingin sahaja Hairie menanyakan akan hal itu terus pada Riana tetapi hanya terdetik di hati.Pasti ada sesuatu yang telah diperkatakan Khairul kepada Riana sehinggakan wanita itu tidak langsung menunding jari ‘KESALAHAN’ kepadanya. Dia perlu tahu. Perlu!
        Untuk mencari jawapan pada soalan perlunya itu, Hairie buat keputusan untuk bertemu dengan Khairul semula setelah menghantar Riana pulang ke rumahnya.
.......................................................................................................

“Encik Faiz. Encik Hairie ingin berjumpa dengan Encik Faiz sekarang.” Suzy memberitahu.
“Panggil dia masuk.” balas Khairul perlahan.
“Baik Encik Faiz”
        Hairie melangkah masuk setelah dijemput ke dalam.Dia terpandang fail biru yang berselerakkan di atas lantai yang masih tidak dikemaskan lagi. Otaknya ligat berfikir.Mana mungkin fail itu terjatuh sendiri dari jarak yang jauh daripada meja yang berada di hadapannya itu.Pasti dilempar oleh seseorang. Tetapi siapa orang itu?.
“Faiz. Aku nak tahu. Apa yang dah kau beritahu Riana pasal hal ni? Kenapa kau tak berterus terang je dengan dia pasal surat perjanjian tu?” tanya Hairie serius memandang Khairul yang kelihatan tenang duduk di kerusi.
“Aku pernah kata Hairie. Riana milik kau. Hanya kau. Jadi sekarang, antara aku dan Riana tak apa-apa hubungan lagi. Yang ada hanya hubungan antara kau dan Riana.”jawab Khairul tenang memandang lelaki di hadapannya itu.Dia perlu benar-benar redha wanita yang dicintainya telah mencintai lelaki lain dan yang pastinya bukan dia.
        Hairie memahami kata-kata Khairul.Sedikit rasa simpati mula timbul di dalam hatinya mendengar kata-kata sayu lelaki itu. Apa yang perlu dilakukannya selepas ini? Adakah dia perlu menyerahkan semula Riana kepada lelaki itu?.
“Ahh!! Tak mungkin! Aku cinta Riana. Kenapa aku perlu menyerah kalah!” detus pantas Hairie menghalau rasa simpati tersebut dari terus menghempap dirinya.
“Aku hanya nak satu saja daripada kau Hairie...”kata Khairul setelah kedua-dua mereka mendiamkan diri seketika waktu. Masing-masing seakan menyusun kata.
“Apa dia.?”pantas Hairie mencelah.Takut lelaki itu mengenakan syarat sepertinya dahulu. Pasti parah!.
“Tunaikan janji yang telah kau janjikan pada aku dulu. Jaga Riana dengan baik. Bahagiakan hidup dia. Dan jangan benarkan air mata dia jatuh lagi. Walaupun aku sendiri biarkan perkara tu berlaku tadi.”pinta Khairul dengan nada hiba. Mengharap balasan anggukan ikhlas dari Hairie.
“Baik. Aku janji Faiz. Aku janji aku akan tunaikan janji aku tu. Emm. Aku pergi dulu. Terima kasih ya.” angguk Hairie yakin lalu keluar dari situ.Berbunga hatinya bila Riana masih kekal menjadi miliknya.Hanya untuk dia seorang.
“Riana. Bahagialah kau bersama dengan dia Riana. Dia tercipta memang untuk kau....” bisik Khairul cuba mengukir senyum dan hanya melihat pintu ditutup rapat oleh lelaki itu. Dia redha.
.......................................................................................................

“Riana sabar k. Percayalah cakap aku ni. Satu hari nanti dia pasti akan dapat balasan dengan apa yang dia dah buat kat kau ni. Kau percaya pada karma kan?What goes around will be around right?” kata Eza menenangkan Riana yang sedang berbaring sayu di atas katil. Dia segera datang ke rumah kawannya itu selepas menerima kiriman sms berbaur sedih daripada wanita itu.
“Aku terkilan Eza. Aku terkilan. Aku anggap dia kawan baik aku. Segalanya aku kongsi dengan dia tapi semuanya hanya bohong Eza. Hanya bohong.!”pekik Riana teresak-esak menahan tangisannya.
        Rizman secara tidak sengaja terdengar perbualan mereka berdua itu. Hatinya menolak sama sekali tuduhan yang dilemparkan oleh kakaknya terhadap lelaki yang pernah menyelamatkan kakaknya tanpa sedar itu. Seakan tidak percaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~