1 Mei 2011

~Bab 29~

Bab 29
         Kak. Kenapa akak order tiga icekimo?”tanya Rizman aneh bila Riana memesan tiga cawan icekimo kepada pelayan di cafe itu sedangkan mereka datang hanya berdua.
“Em. Yang satu lagi tu untuk Abg Hairie. Akak ajak dia sekali. Nanti dia datang la tu...”balas Riana tersenyum sambil menekan keypad telefonnya. Membalas mesej dari lelaki yang disayanginya itu.
“Riz nak balik la kak...”balas Riz sambil memalingkan muka melihat ke arah luar kedai.
“Riz. Kenapa ni?”tanya Riana aneh.
“Riz nak balik. Riz tak nak kenal dengan kawan akak tu...”
“Riz. Berapa kali akak nak cakap?Abg Hairie tu bukan kawan akak tapi teman lelaki akak.”kata Riana masih dengan nada lembut.
“Ah! Riz tak kisah. Kawan ke teman lelaki ke. Pokoknya Riz nak balik sekarang juga. ”
        Rizman seakan memberontak tetapi masih menjaga ton suaranya bila berhadapan dengan kakaknya itu.
“Riz. Tak kesian kat akak ke?..Riz cuba la....”
 “Hye awak. Hye Riz?”sapa Hairie tersenyum sambil melangkah ke arah mereka berdua dan duduk di sebelah Riana. Mematikan pandangan wanita itu terhadap adiknya.
        Rizman hanya membalas dengan muka selambanya. Baginya, tidak ingin dia berabang iparkan lelaki itu kelak. Dia tertanya bagaimana lelaki sebijak itu dapat berlagak biasa tanpa perbetulkan sedikit kesilapan yang telah memusnahkan persahabatan dua insan yang kian teguh itu.
        Mereka bertiga menanti icekimo masing-masing dihidang oleh pelayan cafe di atas meja.
.......................................................................................................
“Awak. Saya ke ladies kejap. Awak berbual-bual la dulu dengan Riz ya..”pinta Riana sambil bangun. Sengaja dia berbuat begitu agar ada komunikasi antara lelaki itu dengan adiknya yang dirasakan aneh tiba-tiba.Icekimo mereka telah lama dinikmati hampir tinggal separuh sisa yang perlu dihabiskan.
“Ok..”angguk Hairie tersenyum faham.
        Namun sangkaan hubungan Hairie dengan Rizman akan rapat ternyata salah sama sekali.Lain pula yang berlaku.
“Senang hati abang sekarang?”tanya Rizman sinis mengejutkan Hairie yang sedang menyudu icekimo ke dalam mulutnya.
“Em. Apa maksud Riz? Abang tak faham...”
“Ehem (keluh seakan menyindir)..Jangan la buat-buat tak faham. Riz tengok abang ni berpelajaran tinggi tapi satu je kelemahan abang ya. Pandai berpura-pura. Abang jangan ingat Riz tak tahu. Abang kan yang buat hubungan Kak Riana dengan Abg Khairul tu retak..?”
“Riz...”
“Abang simpan la kata-kata abang yang Riz tahu hanya bohong semata-mata tu. Riz bukan Kak Riana. Yang senang-senang diperbodohkan abang”

        Suasana diam seketika sehingga Riana menjelmakan diri. Hairie hanya memandang Rizman yang hanya menyambung makan icekimonya. Dia hanya menjawab sepatah apabila ditanya. Entah bagaimana lelaki itu dapat tahu akan rahsianya. Dia risau. Riana pula mula tersenyum riang mencuba melupakan kisah luka yang terpahat di hatinya dengan meneruskan hubungan dengan lelaki yang mencintainya itu.
.......................................................................................................
Sebenarnya. saya tak berniat langsung nak berkawan dengan awak. Jauh sekali, nak jadi kawan rapat awak. Awak ingat lagi kat kedai buku Hasani? Tempat pertama kali kita bertemu tu. Saya yang upah gadis cashier tu supaya dia melakukan kesilapan semasa bagi plastik buku yang awak beli tu. Saya buat semua tu sebab saya nak ada pertemuan di antara kita berdua..and Maria. Alasan saya gunakan dia untuk saya rapat dengan awak. Supaya segala urusan Syarikat Gema Holding, dengan mudah saya dapat tahu.”
“Is that so easy. Riana,saya hanya mempermainkan awak... and I did!...Riana,your are my survivor actually. Thank you so much. Kawanku....”

“Riana Riana.. “
        Riana terkejut seketika memandang Hairie yang sedang memanggil namanya.Kenangan bersama Khairul diingatinya secara tidak sengaja.Pahit terasa seketika.
 “Owh. Ya...”balas Riana tersenyum memandang Hairie yang sedang lagak aneh memandangnya.
“Awak ok?”
 “Ok. Saya ok..em..Dah beli tiket?”tanya Riana lagak biasa agar Hairie tidak terus menanya.
“Dah. Ni dia. Jom kita masuk “pinta Hairie tersenyum manis sambil memegang dua keping tiket wayang yang dibelinya sebentar tadi.Membuatkan dia lupa tentang perkara sebentar tadi yang masih ingin ditanya kepada wanita itu.
“Ok..”
        Angguk Riana faham lalu memasuki pawagam bersama dengan Hairie.Mereka ingin menyaksikan sebuah filem komedi romantis Melayu.Riana dan Hairie duduk di tempat yang ditempah sambil masing-masing memegang pop corn dan air minuman sejuk di tangan. Ingin makan dan minum sambil menonton. Suasana gelap gelita.Dan beberapa minit berlalu, skrin besar di hadapan mereka mula terpasang.
.......................................................................................................
“Cuba awak teka. Kenapa monyet suka simpan makanan atas pokok?” tanya Khairul tersenyum ceria.
“Em...Sebab.. Tu tempat dia..” Riana cuba menjawab.
“Salah. Cuba awak teka lagi..”
“Em..Ha..Sebab tak ada tempat lain dah yang boleh dia simpan. So pokok la tempat yang paling sesuai..”
“Ha..Salah juga”
“Em..Tak tahu la. Kenapa ya?”
“Sebab monyet tak ada peti sejuk...”
        Riana tersenyum sendiri.Kenangan bersama Khairul diingatinya secara tidak sengaja sekali lagi selepas menonton satu babak di mana seekor monyet yang sedang memanjat pokok kelapa.Terasa amat lucu saat itu.
“Riana. Saya nak pergi toilet kejap ya...”bisik Hairie sambil memandang wanita di sebelah tempat duduknya itu.
Ok Khairul...”balas Riana sepintas lalu.
        Hairie terdiam.Dia merenung Riana tajam.Wanita itu masih memandang ke hadapan.Tersenyum dengan aksi lawak pelakon-pelakon di dalam filem tersebut.
“Apa awak panggil saya tadi?”tanya Hairie lembut.
“Ha...?”Riana kalih pandang Hairie dengan kerutan di dahi.
“Em. Tak ada apa-apa. Saya keluar dulu ya..”
“Ok..” Riana menggangguk tersenyum dan meneruskan tontonannya.
        Hairie melangkah keluar.Otaknya ligat berfikir.Memang telinganya jelas kedengaran suara wanita itu menyebut nama ‘Khairul’. Ya Khairul!. Lelaki yang telah menyerah kalah dengannya tanpa bertanding itu.Hatinya mula timbul rasa cemburu. Entah mengapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~