1 Mei 2011

~Bab 30~

Bab 30
        Assalamualaikum. Boleh saya jumpa dengan Cik Riana Akma?” tanya Johan memandang Syida yang sedang sibuk menyalin sesuatu dokumen.
“Ya maaf. Encik ni..?”
“Saya kawan dia.“
“Ya. Sekejap ya...”balas Syida sambil berlalu ke pantri. Ketika itu Riana sedang membancuh air kopi panasnya.
“Riana...”panggil Syida sambil mencuit perlahan bahu wanita itu.
“Em. Ada apa Kak Syida?” tanya Riana sambil tangan memusing-musing sudu yang berada di dalam cawan kopinya. Memecahkan gula.
“Ada mamat kat luar tu nak jumpa dengan Riana...”
“Siapa?”
“Entah. Dia kata dia kawan Riana. Macam ada hal penting je akak tengok..”balas Syida sambil mengangkat kedua-dua bahunya.Dia mengambil cawan kosong pula seakan ingin membancuh air minumannya juga.
        Riana segera ke hadapan.Meninggalkan minumannya di situ.Mencari kelibat yang menanti di hadapan meja Syida.
 “Ya encik. Saya Riana. Encik ni...?”pantas Riana bertanya apabila terpandang seorang lelaki yang sedang tersenyum manis ke arahnya.
“Saya Johan. Kawan Khairul Faiz...”
        Johan memperkenalkan diri. Tersenyum memandang wanita itu.Tidak hairanlah kenapa sahabatnya begitu tertarik hati melihat wajah semanis itu.
        Riana diam seketika menanti lelaki di hadapannya itu meneruskan kata walaupun sebenarnya dia malas mendengar cerita di sebalik nama lelaki yang telah menghancurkan benteng persahabatan ikhlasnya.
“Ada hal penting yang perlu saya beritahu awak. Boleh kita bincang dekat tempat lain ?” tanya Johan seakan mengerti kenapa Riana berdiam diri.
“Baik.”angguk Riana bersetuju dan lantas mengekori lelaki yang baru dikenalinya selama hampir lima minit itu setelah dia mengambil tas tangannya dan memberitahu Syida walaupun dia terpaksa bersoal siasat dengan wanita itu terlebih dahulu.
.......................................................................................................
 “Jadi. Untuk tujuan apa Khairul hantar awak ni? Nak teruskan permainan yang dia dah rancang tu?”sindir Riana setelah air minuman masing-masing terhidang di hadapan mereka.
“Riana. Khairul bukan seperti apa yang awak sangkakan. Dia benar-benar ikhlas berkawan dengan awak..”jelas Johan bersungguh-sungguh. Mengharap wanita itu mengerti.
“Ehm(keluh seakan menyindir). Ikhlas? Ikhlas sampai sanggup sign surat yang mengarut tu. Itu namanya ikhlas?” balas Riana selamba sambil menyilang kedua-dua belah lengan. Peristiwa itu masih segar di mindanya.
“Riana. Saya tahu sukar untuk awak percaya. Tapi itulah kebenarannya.”
“Encik Johan. Tak perlulah awak nak berbahasa basi dengan saya sekarang ni. Saya masih ada banyak kerja lagi kat syarikat tu. Just stright to the point please..” kata Riana serius.
“Baik. Ini diari Khairul.”
        Angguk Johan sambil meletakkan sebuah buku biasa berukuran A2 di atas meja setelah mengambilnya dari beg bimbit yang dibawa bersama. Mata Riana terarah kepada buku itu. Cuma seketika.
“Diari?Lelaki tu?Konspirasi apa pula sekarang ni yang awak berdua cuba rancang ah?”Riana mula tak senang duduk.Seolah dia cuba dipersendakan.
“Riana. Sejak dia kenal awak. Dia mula tulis diari ni. Sepanjang saya kenal dia. Dia bukan jenis orang yang macam ni.. ”
So?”celah Riana pantas.
So. Saya nak awak baca segala isi yang terkandung dalam diari ni. Dan selepas tu, awak boleh buat persepsi awak sendiri. Saya tahu awak masih anggap dia kawan awak lagi. Saya harap awak jelas akan maksud saya nanti. Baiklah. Saya terpaksa pergi dulu. Assalamualaikum..”
        Johan tersenyum.Dia segera bangun dan meninggalkan wanita di hadapannya itu tanpa menyentuh air minumannya. Dia perlu bertindak melakukan sesuatu demi kebahagiaan sahabat baiknya kelak.
“Waalaikumusalam..”balas Riana lambat sambil memandang buku itu sekali lagi setelah bayang lelaki yang baru ditemuinya hilang dari pandangan.
“Perlukah aku baca diari ini?Bagaimana kalau ini hanya satu rancangan yang disusun untuk jatuhkan kau lagi Riana?”
        Riana pasrah lalu mula menyelak muka surat yang pertama.

14/2/2008.
     Hari ni aku bertemu dengan seorang wanita.Dia manis, cantik dan indah di mata aku.Seindah namanya, Riana Akma. Pertemuan di kedai buku akibat daripada kesilapan penjual buku itu sendiri,membuatkan kami bertegur sapa kini.
       Lama aku menatap raut wajahnya dan aku buat keputusan untuk mengenalinya dengan lebih rapat lagi dengan permulaan sebagai kawan.Ya kawan.!...walaupun yang aku harap bukan sekadar itu.
       Aku lakukan ni semua kerana timbul satu perasaan yang sukar diungkapkan dengan hanya kata-kata. Akhirnya baru aku sedar. Aku dah jatuh....

“Ya Allah!! ”
        Lantas terucap ayat itu di bibir Riana.Dia terkesima tiba-tiba dengan ayat terakhir pada muka surat pertama diari itu.Sebelah tangannya menakup mulut sambil sebelah lagi masih kekal memegang helaian kertas yang dibacanya. Anak matanya memandang tepat setiap patah perkataan yang tertulis dan dia meneruskan kepada helaian yang kedua dan seterusnya sehingga tidak sedar masa pantas berlalu.Dia terus pulang ke rumah setelah menelefon Syida memaklumkan bahawa dia tidak dapat kembali ke pejabat atas urusan penting.Segala rahsia yang tersimpan perlu dibongkarkannya segera agar segala yang dia tahu bukan hanya separuh tetapi sepenuhnya.
.......................................................................................................
        ‘Ingatlah diriku yang pernah ada di sampingmu. Ada di waktumu. Ada di hatimu. Ku ingat dirimu yang pernah hadir di sampingku. Temani waktuku. Temani hatiku .’ deringan lagu duet daripada Chandra dan Sheila Majid iaitu ‘Ingatlah diriku’ berkumandang di telefon bimbit Riana.
        Riana memandang tajam skrin telefon yang terpapar nama ‘Hairie’ iaitu lelaki yang selama ini dipercayai dan diberi cintanya setulus hati tetapi hanya dibalas dengan dusta semata-mata itu. Air matanya sejak dari tadi lagi mencurah-curah membasahi pipi.Tangannya masih kemas memegang diari Khairul.Habis dibaca setiap ayat hasil tulisan tangan lelaki itu.Sungguh tidak sangka lelaki itu menyimpan perasaan terhadapnya sejak dari awal pertemuan mereka.
“Riana. Khairul bukan seperti apa yang awak sangkakan. Dia benar-benar ikhlas berkawan dengan awak..”
“Sejak dia kenal awak. Dia mula tulis diari ni. Sepanjang saya kenal dia. Dia bukan jenis orang yang macam ni.. ”
        Riana merenung kembali telefon bimbit yang telah berhenti berdering setelah pertemuannya dengan kawan Khairul pada petang tadi diingati seketika.Mungkin Hairie penat menanti.Fikirnya.Dia segera mengambil telefon bimbit itu dan menekan nombor telefon insan yang perlu menjelaskan padanya lagi akan kebenaran yang diketahuinya kini.
Hello...”
“Hello assalamualaikum. Ni Maria ke?”
“Waalaikumusalam. Ya saya.. Awak ni...?”
“Saya Riana...”
“Owh Riana...Ya. Ada apa awak call saya malam-malam ni...” tanya Maria aneh.
“Boleh kita jumpa?”pantas Riana bertanya.
“Emm....”
.......................................................................................................
 “Hairie...”panggil Datin Hasni yang sedang melihat anak bongsunya itu termenung seketika di atas sofa.Rancangan yang bersiaran di kaca televisyen yang terpasang tidak langsung menarik perhatian anak muda itu.
“Ya ma....”
        Hairie tersenyum memandang ibunya yang turut melemparkan senyuman manis ke arahnya.
Hairie call siapa tu?Riana ke?”
        Hairie hanya mengangguk tanda mengeyakan kata-kata ibunya itu.Telefon bimbitnya masih berada di genggaman kedua-dua tangan.
“Mama suka sangat budak tu Hairie. Kalau boleh, mama nak sangat dia jadi menantu mama. Papa pun sama. Sejak apa yang berlaku dulu tu. Dah buat papa restu hubungan Hairie dengan Riana sekarang. Mama pula. Hairie tahu kan?..Mama awal-awal lagi dah bagi green light kat Hairie...”
“Ma. Terima kasih...”ucap Hairie sambil menyentuh tangan ibunya itu.Mengangguk tersenyum.
“Tapi. Mama cuma nak Hairie sayang dia sepenuh hati Hairie. Jangan sesekali kecewakan dia. Macamana Melissa pernah kecewakan Hairie dulu. Your happiness is our happiness... Remember that k...”pesan Datin Hasni terselit nada serius.
        Hairie mengangguk sekali lagi tetapi jauh di sudut hatinya resah kerana wanita yang bakal diambil sebagai tunangnya kelak itu tidak memberi jawapan pada panggilannya sejak dari pagi tadi lagi selepas Syida memberitahu kekasihnya itu keluar bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.Dia risau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~