2 Mei 2011

~Bab 31~

Bab 31
        Sebenarnya apa hubungan awak dengan Khairul?” tanya Riana memandang tepat Maria.Menginginkan jawapan dari mulut wanita itu segera.
“Err. Khairul kekasih saya. Kenapa awak tanya macam ni Riana. ?”jawab Maria sedikit kaget.Tersenyum biasa.Berfikir Riana mungkin sedang bergurau dengannya.
“Maria. Saya dah tahu..”
“Awak. Awak dah tahu?...em...Awak tahu apa?”pantas Maria bertanya.
“Khairul bukan teman lelaki awak kan?”
“Emm. Khairul beritahu awak ke?”
“Tak. Sekarang saya nak tahu dari mulut awak sendiri Maria. Kenapa dia beritahu saya, awak kekasih dia. Kenapa dia perlu tipu saya..?”pinta Riana agar wanita itu berterus terang dengannya.
        Maria melepaskan keluhan kecil.Sudah tiba masanya dia berterus terang dengan wanita di hadapannya itu.Tidak perlu lagi dia berpura-pura.
“Dia bukan tipu awak Riana. Tapi dia terpaksa. Dia terpaksa buat begitu semata-mata nak kaburkan cinta dia terhadap awak...”
“Tapi kenapa dia tak berterus terang dengan saya dari awal lagi?Kenapa dia perlu simpan perasaan tu dan berpura-pura dengan saya Maria?”tanya Riana seakan tidak puas hati dengan balasan kata Maria.
“Semua jawapan untuk soalan awak tu ada pada dia Riana. Yang saya tahu. Dia benar-benar cintakan awak. Ya. Saya tak nafikan yang kami pernah jadi sepasang kekasih dulu..Dan kerana salam faham. Kami berpisah. Tapi saya tak pernah nak salahkan dia atau salahkan diri saya sendiri. Kerana saya tahu,setiap apa yang berlaku, ada sebabnya dan sebabnya kami tak ada jodoh. Saya tolong dia pun sebab dia berharap sangat saya dapat menyamar jadi kekasih dia supaya dia sentiasa dapat bersama dengan awak Riana. Walaupun cuma sekadar kawan...”
        Riana terdiam seketika.Dipandang Maria lama.Akhirnya kepalanya diangguk mengerti kata-kata wanita itu.
.......................................................................................................
 “Riana masih tak masuk kerja?”tanya Hairie sekali lagi walaupun jawapan untuk soalan pertamanya itu jelas kedengaran dari tutur kata Syida.
“Ya Encik Hairie. Semalam dia ada call saya. Dia kata ada hal penting. Dia kata mungkin dia masuk balik kerja minggu depan.”
Hairie terus melangkah masuk ke pejabatnya.
“Kenapa dia tak masuk kerja?Hal penting?Tapi apa dia? Kenapa dia tak angkat call aku? Mesej aku pun dia tak balas.? ah...Riana. Kenapa dengan awak Riana?Kenapa?”
         Hairie gelisah meneka segala kemungkinan.Sudah masuk hari kedua wanita itu tidak menghadirkan diri di syarikat itu.Hairie membuat keputusan untuk ke rumah kekasihnya pada petang itu juga. Dia perlu tahu akan sebarang masalah yang menimpa diri kekasihnya itu agar kegelisahannya cepat hilang.Secepat mungkin.
.......................................................................................................
“Riana. Kenapa awak tak angkat call saya? Office  pula dah tiga hari awak tak masuk. Awak ada masalah ke?”tanya Hairie setelah ucapan salamnya disambut dan dirinya dirapati oleh wanita yang dicintainya itu.Namun pintu pagar rumah Riana masih tertutup.Tidak dibuka seperti kebiasaannya apabila dia berkunjung tiba ke rumah itu.
“Awak tentu tahu jawapan saya kan..?” balas Riana sedikit kasar sambil memandang ke arah lain.Tidak mahu dia menatap wajah yang selama ni berpura-pura mencintainya itu.
“Apa maksud awak ni Riana? Saya tak faham. Tolong jangan buat saya macam ni..Please...”
“Jangan buat awak macam ni? Habis, awak buat saya,awak lukakan hati saya,hati Khairul. Pernah awak tanya? Kenapa awak buat kami macam ni...em?”
“Riana...”
        Hairie terpaku mendengar kata-kata wanita di hadapannya itu.Rupanya wanita itu telah mengetahui segala rahsia yang tersimpan hampir berbulan-bulan itu.Dia mati kata.
“Saya cintakan awak Hairie tapi. Apa yang saya dapat? awak hanya permainkan cinta saya...dan awak masih tanya. Kenapa saya buat awak macam ni?”air mata Riana mula bergenang.
“Riana. Saya minta maaf. Ya. Saya mengaku dulu saya tak pernah cintakan awak walau sebesar kuman pun tapi. Dua bulan bersama awak Riana. Dua bulan...dan segalanya berubah. Saya dah mula jatuh cinta pada awak. Percayalah pada hati saya ni Riana.”kata Hairie ikhlas.
“Hati awak? Habis hati saya?Hati Khairul? Siapa yang nak percaya hah? Maaf Hairie. Memang dulu saya bodoh. Bodoh dalam menilai kasih seorang lelaki macam awak ni. Tapi sekarang saya bukan Riana dulu lagi awak. Yang senang diperbodohkan awak. Awak pergilah dari sini. Tak lama lagi saya akan hantar notis 24 jam perletakan jawatan saya di syarikat awak Encik Hairie. Awak tunggu sajalah..”
“Riana! Riana.!...”panggil Hairie bila melihat Riana segera memalingkan wajah dan melangkah masuk ke dalam rumahnya.
        Pintu ditutup rapat.Tidak mahu lagi dia menatap wajah yang mendustakan cintanya itu.Dia membiarkan lelaki yang bernama Hairie itu di situ.Terus memanggil-manggil namanya. Air matanya tidak henti dari terus mengalir laju. Hatinya tawar menerima lelaki itu kembali sebagai kekasihnya lagi.Apa yang perlu dilakukannya selepas ini hanya bertemu dengan Khairul,lelaki yang dikecewakannya tanpa sedar itu.
.......................................................................................................
 “Jo. Tu ada perempuan cari kau...”kata Suzy sambil mengetuk pintu bilik Johan yang terbuka luas lantas mengejutkannya yang sedang leka menyemak fail.
“Perempuan?Cantik tak?”tanya Johan tersenyum.Memandang pantas wajah Suzy.
“Ee...Gatal!..Pergi la tengok sendiri...”balasnya mencebirkan bibir dan berlalu ke pantri.
“Ok thank you...”
        Johan melangkah keluar dari biliknya dan melangkah terus ke meja Suzy.
“Riana? ”Johan terkejut.
“Johan. Maaf kalau saya ganggu awak..”
“Em.. Ada apa awak cari saya ni?”
“Saya nak tahu. Kat mana saya boleh cari Khairul ?”tanya Riana dengan nada mengharap.
“Emm. Saya tak tahu...”geleng Johan teragak-agak.
“Johan. Saya tahu. Awak tentu tahu kat mana tempat Khairul selalu pergi kan?Tolong. Saya mesti jumpa dia...”rayu Riana.
        Johan mengeluh perlahan dan memandang wanita itu sekali lagi.
.......................................................................................................
        Riana memberhentikan keretanya.Dia segera keluar dari perut kereta.Matanya mencari lelaki yang mula bermakna di dalam hidupnya ketika ini.
         Khairul pula sedang leka duduk di sebuah bangku sambil merenung jauh ke arah pantai.Membuang segala duka.Segala kenangan bersama Riana satu demi satu diingati semula. Sesekali bibirnya terukir senyuman bila teringat saat manis bersama wanita yang dicintainya itu.
        Bibir Riana mengukir senyuman kerana yang dicari telah ditemui. Dia melangkah perlahan mendekati bangku tersebut. Dia mula memandang pulau nun jauh dari pantai itu.
        “Satu hari Cinta dan Kawan berjalan dalam satu kampung. Tiba-tiba, Cinta terjatuh dalam telaga. Kenapa? Kerana Cinta tu buta,lalu Kawan pun ikut terjun dalam telaga.. Kenapa? Kerana kawan akan buat apa saja demi Cinta..”
        Riana memandang pula Khairul sayu lalu perlahan-lahan dia duduk di bangku itu.Matanya masih memandang Khairul yang kelihatan garis-garis terkejut dengan kehadirannya dan lantas menyambung.
“Di dalam telaga ,Cinta hilang. Kenapa?kerana Cinta tu halus, mudah hilang kalau tak dijaga,sukar dicari apatah lagi di dalam telaga yang gelap. Sedangkan Kawan, masih lagi tercari-cari di mana Cinta dan terus menunggu. Kenapa? Kerana kawan itu sejati, dan akan kekal sebagai kawan yang setia kan?”
        Khairul tiba-tiba ketawa terbahak-bahak sejurus selepas Riana memberhentikan kata madahnya.
“Apa awak buat kat sini ah?Awak ikut saya?”kata Khairul masih meneruskan sisa-sisa tawanya.
“Kenapa awak? Kenapa awak tak berterus terang dengan saya tentang perasaan awak. ”tanya Riana perlahan memandang sayu wajah itu.
“Perasaan saya?Perasaan apa ni?eh Riana. Kan saya dah beritahu awak dulu. Saya cuma permainkan awak. Awak pergilah pada Hairie yang awak cinta tu. Nonsense..”geleng Khairul sinis beberapa kali.
 “Tolong jangan sebut nama tu lagi Khairul. Ya!. Memang saya cintakan dia. Sangat cintakan dia. Tapi saya tak dapat terima dia lagi awak. Dia tak jujur dengan saya. Dia tipu saya...”balas Riana dengan keras.
“Riana. Saya rasa awak dah gila la...”balas Khairul lalu bangun bersedia meninggalkan wanita itu.
“Ya. Memang saya gila. Saya gila kerana awak!. Dan gila selepas saya baca buku ni...”pekik Riana yang turut bangun sambil menghalakan buku yang berada di tangannya sejak dari tadi lagi.
“Buku tu? ”pandang Khairul dengan riak terkejut. Memikirkan bagaimana bukunya boleh berada di dalam genggaman gadis yang dicintainya itu.
“Kenapa awak? Kenapa perlu awak berpura-pura lagi? Saya dah tahu segalanya awak. Tak perlu la awak sembunyikan semua tu lagi. Untuk siapa awak lakukan ni semua ah?Untuk siapa? Hairie?”desak Riana lagi.
Khairul memandang Riana tenang.
“Riana. Pergilah awak pada Hairie. Dia akan bahagiakan hidup awak. Saya tak layak untuk awak. Awak pasti akan gembira bila bersama dengan dia.”
“Bagaimana awak? Perasaan awak? Hati awak? Awak gembira tengok saya dengan Hairie..ah?”
“Riana. Biarkan saya dengan perasaan saya. Jangan cemarkan masa depan awak dengan Hairie. Dia betul-betul cintakan awak.”
 “Baik. Kalau itu yang awak nak. Tapi saya takkan terima lelaki tu lagi dalam hidup saya. Ni..(tangan diletakkan di dada) Saya dah tak ada hati lagi kat dia. Teruskan lakonan awak kalau awak masih nak berpura-pura lagi. Saya minta diri dulu Encik Khairul Faiz. ”
        Riana melangkah terus meninggalkan Khairul ke belakang walaupun hati seakan berat melakukannya.
Panggil nama aku Khairul! Panggil nama aku...! Please..!” jerit Riana di dalam hati dengan nada mengharap walaupun kakinya terus melangkah laju.Tangannya digenggam erat di sisi.
“Riana....!!.”teriak Khairul memanggil namanya.
        Riana berhenti dari terus melangkah dan lantas memaling wajahnya ke arah Khairul.Mengharap lelaki itu berterus terang dengannya.Seikhlas mungkin.
“Saya cintakan awak. Saya benar-benar cintakan awak Riana..” luah Khairul ikhlas memandang Riana tepat.Air matanya setitis menitis di pipi. Akhirnya dia berjaya meluahkan perasaannya yang sekian lama terbuku itu.Bibirnya mengukir senyuman.
        Riana membalas senyumannya dan melangkah mendekati lelaki itu kembali.Mata mereka saling bertaut.Akhirnya.!
....................................................................................................... 
        “Mana awak belajar cerita Cinta dengan Kawan tu?” tanya Khairul tersenyum memandang Riana. Mereka berdua berjalan seiringan melangkah di tepi pantai tanpa memakai kasut. Sama-sama menghirup udara yang begitu segar.
“Ada la...”balas Riana sambil memegang kedua-dua belah kasut tumit di tangan kirinya.Takut kotor tercalit pasir basah.
“Riana..”
“Hem..?”balas Riana yang masih bermain-bermain air berombak kecil yang sesekali menyentuh kakinya.
“Maafkan saya ya....”pinta Khairul lembut sambil memegang kasut kulit di tangan kanannya.
        Riana berhenti dan memandang wajah lelaki itu.Khairul turut berhenti membalas pandangan wanita yang tidak sangka akhirnya menjadi miliknya jua walaupun dia cuba menafikan sangkaannya sebelum ini.
“Khairul. Allah Maha mengetahui.Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Insyaallah. Kalau cinta memang ditakdirkan untuk kita berdua. Kita perlu redha terimanya dengan hati terbuka..em?”

        Khairul mengangguk mengeyakan kata-kata wanita yang dicintainya itu.Mereka meneruskan langkah.Sesekali memandang ke langit yang membiru dan ditambah dengan burung-burung yang berterbangan.Menghiasi alam semesta.

3 ulasan:

  1. Best..best... cinta satu penantian.. camner la pulak reaksi hairie tu nanti..

    BalasPadam
  2. ish.. geram tol ngan faiz ni. Playboy sungguh..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faiz playbOy???....yeke Siti Nor...hihi...mcm x caye je awk ckp ni...(^^)y

      Padam

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~