2 Mei 2011

~Bab 32~

Bab 32
Hairie?”
        Riana tersentak seketika melihat Hairie sedang duduk di bangku halaman rumahnya selepas keluar dari perut kereta Khairul. Dia seakan menanti kepulangannya.Begitu juga Khairul, yang juga telah melangkah keluar.Mereka berdua baru selesai dari keluar makan petang bersama.
“Riana. Saya pergi dulu...”kata Khairul sambil mahu melangkah masuk semula ke dalam keretanya.
“Tunggu Faiz. “pinta Hairie setelah bangun dan merapati dua insan yang berada di hadapannya itu.
“Aku datang ni bukan nak rampas Riana dari kau. Tapi aku nak ucapkan tahniah. Kau sememangnya layak untuk Riana. Walaupun Riana tak dapat aku miliki tapi cukuplah sekadar aku pernah miliki cinta dia dulu...”jelas Hairie sesekali memandang Riana yang hanya memandang ke arah lain tetapi yang pasti bukan ke arahnya.
 “Riana. Saya minta maaf di atas segala yang saya telah lakukan pada awak dan Faiz sebelum ni. Saya redha. Awak bukan untuk saya lagi tetapi untuk Faiz. Saya doakan semoga awak berdua bahagia ya. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum.”
 “Hairie. Terima kasih...”kata Khairul sambil berjabat tangan dengan Hairie setelah menghampiri lelaki itu.
        Hairie memandang Riana sekali lagi.Mengharap satu pembalasan maaf namun dia menunduk hampa setelah pasti tiada reaksi pada wanita itu dan mula melangkah ke arah keretanya.
“Hairie...” panggil Riana pula sambil memandang ke arah lelaki itu.
        Hairie mengalih pandangannya segera.Riana memandang Hairie tenang.
“Terima kasih....”ucapnya lembut sambil cuba mengukir satu senyuman ikhlas.
        Hairie hanya mengangguk faham sambil memandang pasangan yang berada di hadapannya ketika ini.Mendoakan kedua-duanya bahagia hidup bersama kelak.Dia melangkah meninggalkan mereka berdua dengan memandu keretanya keluar dari kawasan perumahan itu.Dia ikhlas.
“Awak pasti dengan keputusan awak ni?”tanya Khairul memandang Riana setelah bunyi kereta Hairie hilang dari pendengaran telinganya.
“Kenapa? Awak tak pasti?”tanya Riana aneh.
“Siapa kata?Saya benar-benar pasti..”balas Khairul tersenyum manja dan segera dibalas Riana dengan tawa di hati.
.......................................................................................................
 “Assalamualaikum. “Khairul memberi salam setelah pintu utama rumah dua tingkatnya ditolak lembut
“Waalaikumusalam. Ibu kat dapur Faiz...”balas Puan Sri Julia yang kedengaran dari ruang dapur.
“Ok. Jom....”ajak Khairul sambil menarik tangan Riana agar mereka melangkah masuk bersama-sama.
“Awak. Segan la saya...”
        Riana cuba menolak.Matanya memerhati sekeliling.
“Tak payah la segan. Ibu saya ok punya....”balas Khairul lalu melalui jalan ke ruang dapur.Senyuman di bibirnya masih kekal teguh melihat gelagat kekasih hatinya itu.
“Dia garang tak..?”tanya Riana gelisah.
“Tak. Dia just bengis je...”usik Khairul tertawa kecil.
“Awak...”
“Ikut je la...”
        Khairul dan Riana melangkah masuk ke ruang dapur. Kelihatan seorang wanita dalam lingkungan 40–an sedang sibuk memasak sesuatu di atas dapur.
“Ibu...”panggil Khairul lalu mendekati wanita itu.Disalam dan dikucupnya lembut.
“Ha Faiz. Mana dia?”tanya Puan Sri Julia.
        Khairul segera memaut tangan ibunya dan memimpin mendekati Riana yang sedang tersenyum malu.Resah gelisah lagaknya.
“Ni la Riana. Bakal menantu ibu...”
        Riana segera bersalaman dengan ibunya Khairul,Puan Sri Julia.Sementara Khairul hanya tersenyum memerhati.
“Patut la dua tiga hari ni anak ibu ni tak senang duduk.. Rupanya teringatkan gadis ni la ya..”kata Puan Sri Julia tersenyum suka sambil mengusap bahu Riana lembut.
“Apa khabar puan sri ?”tanya Riana lembut.
“Sihat alhamdulilah. Ish apa puan sri puan sri ni?Panggil aunty sudah la Riana...”
“A’ah. Panggil ibu pun ok juga.”sampuk Khairul nakal.
        Riana kalih pandang semacam ke arah Khairul. Membuatkan lelaki itu tersenyum nakal.
        Puan Sri Julia kembali memasak makanan yang ditinggalkannya sebentar tadi.
“Em. Nanti boleh kita makan sama-sama ya Riana...”katanya sambil memusing-musing sayur yang dimasak.Sekilas memandang Riana.
“Hem. Boleh la Riana rasa air tangan aunty.”balas Riana tersenyum lalu menghampiri wanita itu.Hanya melihat lagak  wanita itu memasak.
“Ya. Aunty masak biasa-biasa je ni..”
“Em.. Aunty nak Riana tolong apa-apa tak..?”tanya Riana. Seakan ingin cuba membantu.
“Eh..Tak payah la. Biasa je ni...em Faiz,lupa ibu nak pesan tadi. Tolong belikan ibu kicap pekat dengan sos cili ya. Habis la sayang...”pinta Puan Sri Julia lembut sambil memandang Khairul yang sedang asyik meneguk air botol minuman sejuk dari peti ais yang dibukanya sebentar tadi.
“Hem ok bu. Awak..awak borak la dulu dengan ibu saya ya. Saya keluar kejap k..”balas Khairul selepas meletakkan semula air botol tersebut ke tempat asalnya.Dia melangkah pergi dan sempat melambai manja pada Riana.
        Riana hanya mengangguk faham dan bersama Puan Sri Julia memandang Khairul meninggalkan kawasan dapur.
“Riana tahu tak? Sejak Khairul tu kenal Riana dia dah mula mengelamun. Termenung sendiri. Sampaikan aunty duduk sebelah dia pun dia tak sedar tau...”kata Puan Sri Julia sambil mengoreng sayur yang kelihatan hampir masak itu.
“Em..Betul ke aunty tak nak Riana tolong apa-apa ni?”tanya Riana sekali lagi.
“Emm. Kalau Riana nak sangat tolong aunty. Macam ni la... Riana tolong aunty siramkan pokok bunga. Boleh?”
 “Boleh aunty...”senyum Riana dan patuh mendengar penerangan bakal ibu mertuanya itu.
.......................................................................................................
        Riana melangkah ke luar halaman.Indah kawasan  halaman rumah Khairul.Pandai ibu lelaki itu memperindahkannya. Dia segera mengambil tali batang paip dan membuka pili lalu menyiram pokok bunga pelbagai jenis yang terdapat di situ.Seperti yang diberitahu oleh ibu kekasih hatinya sebentar tadi itu.
        Selepas beberapa minit dengan kerjanya itu,kelihatan sebuah kereta sport berwarna merah putih meluncur masuk ke halaman rumah. Riana hanya sekadar memerhati. Tangannya masih memegang tali batang paip.Tertanya-tanya gerangan orang itu.
        Keluar dari badan kereta tersebut seorang lelaki yang kelihatan bergaya.Dia seakan terkejut melihat Riana selepas selesai menutup pintu keretanya.Dia lantas mendekati wanita itu.
        Riana pula tidak senang hati dengan pandangan lelaki yang cuba dekat dengannya itu. Mencari tahu di sebalik kaca mata hitam.
“Hye. See again....”senyum lelaki itu sambil membuka cermin mata hitamnya.
        Mata Riana terbeliak besar memandang lelaki itu. Peristiwa lama kembali menerpa di dalam ingatan.
“Faizul? Apa mamat ni buat kat sini?” detus minda Riana pantas.
 “Emm..Nampaknya bukan I yang cari you. Tapi you yang cari I..” kata lelaki itu lagi tersenyum sinis sambil mendekati rapat Riana. Langkah Riana mula ke belakang selepas terlepas pegang tali batang paip yang berada di tangannya kerana terkejut dengan aksi spontan lelaki itu.Langkahnya mati apabila bunyi kereta Khairul memandu masuk ke kawasan halaman rumah.
        Khairul keluar segera mendapatkan Riana apabila terpandangnya bersama dengan lelaki itu.
“Abang. Please behave your self ok..” 
        Kata Khairul kasar sambil mendepani Riana.Dia memandang tajam Faizul.Gayanya seakan ingin menumbuk muka selamba lelaki itu.
“Abang?” Riana terpaku.
“Ok..Relax bro. Abang bukan apa. Abang cuma nak selidik orang yang cuba masuk rumah kita ni je. Ok la. Saya masuk dalam dulu ya...”tunduk Faizul sambil memandang Riana walaupun wanita itu terlebih dahulu menyorok di belakang Khairul sebagai perisai.
        Faizul melangkah sombong meninggalkan mereka berdua di situ.
 “Riana. Awak ok?”tanya Khairul kembali memandang risau Riana sambil memegang kedua-dua belah bahu wanita itu. Mengharap tiada suatu yang buruk berlaku padanya sebentar tadi.
“Saya. Saya ok..“angguk Riana tersenyum biasa.Sedangkan dirinya masih trauma terkenang akan peristiwa lama itu.
Sorry..Tu la abang saya. Faizul nama dia...”kata Khairul perlahan dengan sedikit nada kesal dengan perbuatan abang kandungnya itu.
“Abang awak?”
“Hem.. Kenapa?”tanya Khairul seakan aneh memandang wanita itu.
Fyi. Tu la boyfriend  Eza. Kawan saya...”kata Riana perlahan.
“What?!”
        Kedua-duanya terkejut dengan berita yang baru diketahui. Semuanya hanya suatu kebetulan tetapi seakan sebuah rancangan yang diatur teliti.

4 ulasan:

  1. suka2.. geram ngan faiz ni.. pantang nampak perempuan cantikk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siti_Nor --> ima rasa awk dah tersalah sebut nama Orng ni... Faiz tu actually Khairul Faiz... for this comment ima rasa mesti awk ingat faiz ni Hairie kan?...hihi...

      Padam

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~