2 Mei 2011

~Bab 33~

Bab 33
        Eza, Dengar la dulu...”pinta Riana sambil menarik lengan Eza yang dianggap seperti darah dagingnya itu. Mengharap wanita itu tidak salah sangka.Namun ditepis Eza kasar.
“Riana. Kau nak aku dengar apa lagi hah? Dah terang-terang sekarang ni yang kau jealous dengan hubungan aku and Faizul. Aku tau la dia tu handsome. Tapi his mine Riana. His mine..” balas Eza dengan menyebut perkataan ‘mine’ dengan keras.Dia tidak puas hati bila nama lelaki yang dicintainya separuh mati itu dituduh dengan tuduhan yang melampau.
“Asytafirullahalazim. Eza. Tak terlintas langsung dalam hati aku ni nak syok kat dia atau nak rampas dia dari kau.Aku tahu Eza, dia tu teman lelaki kau dan kau cintakan dia. Tapi kau kawan aku. Aku tak nak tengok kau kena tipu bulat-bulat dengan dia ok..”jelas Riana.
“Riana. For once in my life. Aku tak pernah rasa bahagia macamana aku bahagia bila bersama dengan dia. Dia yang banyak tolong aku especially lepas aku menghidap sakit........” kata-kata Eza terhenti.Riak wajahnya berubah.Seolah-olah dia terlepas cakap.
“Eza. Kau sakit?Kau sakit apa? ah?”tanya Riana hairan sambil memegang kedua-dua belah bahu Eza.Memandang ke arah anak matanya yang cuba menyembunyikan sesuatu.
“Ehm. Pernah kau kisah ke selama ni aku sakit apa?..em?” balasnya menepis tangan Riana lagi.
“Eza. Aku tak tahu...”geleng Riana bercakap benar.
“Riana. Kau bukan tak tahu. Tapi kau saja buat- buat tak tahu. Dah la. Aku balik dulu..”balas Eza kasar meninggalkan halaman rumah Riana.Dia naik ke keretanya dan berlalu pergi tanpa memaling sedikitpun ke arah Riana yang sedang menjerit memanggil namanya.
        Memang pada mulanya Riana tidak mahu memberitahu wanita itu akan perihal diri sebenar Faizul namun hatinya mendesak jua.Kini hatinya tidak tenang bukan lagi berfikir tentang lelaki itu tetapi tentang sakit Eza.
.......................................................................................................
 “Ubat apa yang kau makan tu?”
“Vitamin. Biasa la. Nak jaga badan aku yang kian membesar ni...”
“Ya ke?Bak sini aku nak tengok...”
 “Ish kau ni. Vitamin biasa jela...”
 “Yela tu. Aku tengok badan kau ni ok je. Kau jangan Eza. Nanti boleh buat sakit nanti. ”
 “Tak ada la. Kau ni Riana. Dah macam mak aku pula. Aku tahu la tu semua. Jangan risau la..” 
        Ingatan bersama Eza dahulu datang kembali ke dalam fikirannya tatkala mendapat tahu akan sakit Eza dari mulut Puan Sofia setelah dia berkunjung tiba ke rumah ibu sahabatnya itu.
“Mak cik. Dah lama ke Eza menghidap penyakit ni?” tanya Riana dengan nada sedih.Dia sedang duduk berhadapan dengan sofa yang diduduki oleh Puan Sofia. Air mata seorang ibu itu sukar disembunyikan.
“Dah lama juga Riana. Ada la dalam tiga bulan..” perlahan-lahan wanita itu berkata-kata.Seakan sebak di dada.
 “Doktor kata apa lagi mak cik?Tak ada ubat ke untuk sembuhkan penyakit ni?”
“Kanser Riana. Memang susah nak ada ubat. Doktor cuma bagi dia ubat penahan sakit je. Doktor sendiri pun buntu. Mak cik harap sangat dia dapat diselamatkan walaupun mak cik tahu. Peluang untuk dia hidup.....”geleng Puan Sofia perlahan. Tidak mahu dia meneruskan kata-kata lagi.
        Riana segera bangun dan menghampiri sofa wanita itu. Dia lantas duduk di sebelah wanita itu.
“Sabar mak cik. Sabar ya. Semuanya ketentuan Allah. Insyaallah mak cik. Insyaallah. Eza pasti akan sembuh. Sama-sama la kita berdoa ya.” kata Riana sambil menenangkan Puan Sofia. Dia mengenggam erat tangan wanita itu. Riana sendiri hairan mengapa Eza tidak pernah memberitahunya tentang sakit yang sekian lama ditanggung. Bahkan riak wajah sahabatnya itu tidak langsung menampakkan tanda-tanda sakit yang dideritainya.
.......................................................................................................
 Pang!
        Satu tamparan dari tangan insan yang bergelar kawan melekat di pipi Riana.
“Eza....”Riana terkejut dengan tindakan Eza sehingga sanggup menamparnya.Tangannya pantas mengusap pipi.Sakit terasa yang amat.
“Aku anggap kau kawan aku selama ni. Disebabkan rasa hormat aku ni. Aku biarkan semua tu.Tapi kau memang dah melampau Riana. Kau memang dah melampau!”pekik Eza yang kelihatan masih ingin menampar pipi Riana lagi.
“Kak Eza. Sudah la!....”
        Rizman cuba menahan tangan Eza dari terus melakukan niat busuknya itu dengan mendepani Riana.
“Eza. Aku tak tahu apa yang kau cakapkan ni..”Riana masih mempertahankan diri.Dia benar-benar tidak tahu.
“Eh Riana. Tak payah la kau nak berdrama dengan aku. Mula-mula kau tuduh dia macam-macam. Sekarang kau cuba nak kacau dia pula hah!. Kau memang tak tahu malu Riana. Aku kenal la Faizul tu siapa dan kau jangan kacau Faizul lagi. Dia tu milik aku!. Kau faham tak...!”
“Dah Kak Eza. Sudah!! Lebih baik Kak Eza balik sekarang.  Jangan buat kecoh macam ni lagi. Malu semua jiran tengok...” desak Rizman yang masih setia melindungi kakaknya.
“Siap kau Riana.!Siap la kau kalau aku dapat tahu kau kacau dia lagi..!” Eza meninggalkan kawasan halaman rumah dengan wajah marahnya.Seakan mengalah dengan kata-kata Rizman.
“Eza....”panggil Riana seakan cuba mendapatkan Eza tetapi pantas dihalang Rizman.
“Kak. Sudah la kak. Biarkan Kak Eza. Jangan masuk campur lagi urusan dia dengan Abg Faizul tu. Tolong la kak....”pinta Rizman seakan merayu.Mujur dia berada di situ ketika pertengkaran di antara dua sahabat itu meletus.Jika tidak, entah apa yang mungkin akan berlaku.
        Riana berhenti dari memanggil Eza yang telah memandu pergi itu. Dia terduduk menangisi apa yang telah berlaku. Bukan tuduhan itu yang dia kisah tetapi persahabatan yang lama terjalin di antara mereka yang diambil kisah. Dia sangat sayangkan sahabatnya itu seperti keluarganya sendiri.Jauh di sudut hati,dia berharap Eza cepat sedar akan siapa lelaki yang bersamanya ketika ini.

2 ulasan:

  1. ish.. ape la yg si faiz cakap kat eza ni.. jahat tol si faiz ni... kesian Rania.. x pasal2 kena penampar.. Eza ni pun satu bukan nak selidik dulu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. em..for this comment plak..ima rasa awk pikir yg Faizul tu Faiz ke...ish2... Confused ni...~~~ ^^?

      Padam

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~