2 Mei 2011

~Bab 34~

Bab 34
        Saya tak tahu apa yang dah awak beritahu Eza pasal saya. Tapi yang saya tahu awak tak layak untuk dia. ”kata Riana memandang tajam Faizul yang sedang tersenyum sinis di hadapannya itu.
“Emm. Awak nak apa sebenarnya Riana. Try tell me em..?”
 “Saya nak awak lepaskan dia.”pinta Riana serius.
 “Apa yang saya dapat kalau saya lepaskan dia?Dapat awak? em?”
        Faizul cuba bermain kata sambil mengenyitkan sebelah matanya kepada Riana.
“Kenapa? Kenapa awak masih nak bersama dengan dia walaupun awak tahu yang dia sakit?hah?”
“Riana Riana. Kawan awak tu yang bodoh. Dia ikut je apa yang saya cakap. Sebab tu saya couple dengan dia and saya tahu. Tak lama lagi kan dia akan mati.
 “Orang yang awak kata bodoh tu sebenarnya awak Faizul. Sebab awak tak tahu nak menilai hati seorang wanita. Tetapi yang awak tahu, hanya permainkan mereka. Awak sedar tak yang awak telah mengkhianati cinta Eza. Dia sangat cintakan awak. Dan awak jangan ingat saya tak tahu ya, awak ni orang yang jenis macamana...”
“Fuh. Awak memang kawan yang baik Riana tapi sayang.. Sayang seribu kali sayang. Eza tak nampak benda tu dalam diri awak..em. Macam ni la. Kita lupakan Eza dan kita lupakan adik saya, Faiz. Awak dengan saya. Kita couple.. Macamana?”
“Ehm.. Memang betul la kata orang. Kalau busuk hati seseorang tu busuk juga kalau tak makan saman. Maaf. Saya bukan pelacur yang awak selalu layan tu. Awak silap tempat”
“Wow. Truly Riana. Awak buat saya makin bertambah suka pada awak sekarang ni. Awak lain dari yang lain dan saya pasti suatu hari nanti awak pasti akan melutut merayu pada saya. Dan pada saat tu. Awak akan jatuh dalam genggaman saya ni. ”kata Faizul yakin sambil mengenggam tangannya dan ditunjukkan kepada Riana.
“Yakin sungguh awak ya.Tak! Saya tak akan buat tu Faizul. Itu saya benar-benar yakin. Dan bukan itu saja. Saya juga yakin. Yakin yang suatu hari nanti saya akan tampar muka awak tu. Biar awak sedar langit ni tinggi atau rendah..”balas Riana ketap bibir. Ingin saja tangannya menampar pipi lelaki yang tidak berhati perut itu sekarang juga namun dia malas melayan kata-kata lelaki itu lagi.Dia segera bangun meninggalkan lelaki yang tak berperikemanusian itu. Sia-sia sahaja usahanya untuk meminta lelaki itu menjauhi Eza.
 “Teruskan kata-kata kau tu Riana. Ok. Aku akan tengok. Sejauh mana kau boleh menentang aku...” bisik Faizul sendiri sambil anak matanya mengekori gerak tubuh Riana yang melangkah pergi.Jauh di sudut hatinya sedikit terasa tercabar dengan kata-kata tentangan daripada wanita itu kerana sebelum ini permintaannya tidak pernah ditolak walau apa cara sekalipun keadaannya.
.......................................................................................................
        Eza dan Faizul berpegangan tangan mesra memasuki sebuah kedai pakaian yang berjenama tinggi.Mereka baru selesai singgah di kedai makanan Jepun yang berdekatan dengan tempat itu.Baju yang tergantung di kedai itu satu-satu dibelek Eza. Mencari yang menarik hati.
“Sayang. Cantik tak?”tanya Eza kalih pandang Faizul setelah dia menarik salah satu baju yang menawan hati lalu cuba dipadankan dengan badannya. Meminta pendapat kekasihnya itu.
“Cantik. ”angguk Faizul tersenyum bersahaja sekilas memandang Eza sambil tangannya sedang sibuk menekan keypad telefon bimbitnya. Sedang berbalas mesej dengan seseorang.
“You tengah mesej siapa tu.?”tanya Eza sekadar ingin tahu. Khusyuk benar lelaki itu dilihatnya.
“Em. Mesej Rina. Adik saya yang sekarang tinggal kat asrama tu. I tanya dia bila dia nak balik..”tipu Faizul tersenyum. Pandai bermain helah.
“Owh...em.. Ok. kalau macam tu. You tunggu sini kejap k sayang. I try baju ni dulu em..”kata Eza yang tidak pernah timbul syak wasangka di hati kecilnya kerana begitu mempercayai lelaki yang sentiasa berada di sampingnya itu. Dia ingin ke bilik persalinan. Namun niatnya terbatal setelah terpandang seorang gadis yang agak seksi mendekati kekasih yang disayanginya itu.
“Faizul. Hye sayang. Dah lama I tak jumpa you. You pun dah jarang datang club  I. Bila you nak tempah I lagi em...?”sapa gadis itu manja sambil tangannya mengusap dagu Faizul lembut.
“Em.....”riak wajah Faizul tiba-tiba berubah. Tembelangnya pecah. Telefon bimbitnya lantas dimasukkan ke dalam kocek seluar.
“Sayang. Siapa ni?”soal Eza yang telah merapati Faizul dan gadis itu. Dia memandang wajah Faizul yang kelihatan pucat. Inginkan penjelasan dari raut wajah itu.
“Eh perempuan. Kau tu siapa? I ni pelanggan tetap Faizul k.”sampuk gadis itu dengan lagak manjanya. Memandang tajam Eza.
“Pelanggan? Tetap?”Eza hairan.Sekilas memandang Faizul.
“Ya. Lelaki ni selalu tempah I.”gadis itu memandang pula Faizul. Minta disokong.
“You. Beritahu la perempuan ni siapa I...”
“Eh. You ni siapa.?.I...I tak kenal la..”Faizul mula berpura-pura sambil menepis tangan gadis itu dan mendekati Eza yang hanya memerhati.
“Faizul. Apa kena dengan you ni? Selalu you tempah I. Takkan tak ingat dah kot...”rajuk wanita itu aneh.
So. Betul la kata Riana? You memang player ah? Sampai hati you Faizul. Sampai hati you buat kat I macam ni..”Eza mula berkata dengan nada kasar.Terselit nada kesal.
“Eza. Apa you cakap ni?Sumpah!. I tak kenal dia. Trust me baby...” pujuk Faizul.Dia masih mahu berpura-pura sambil cuba memegang lengan Eza.
Pang...!
        Tamparan hinggap di pipi Faizul.Ramai pelanggan yang lalu lalang di situ memerhati mereka bertiga aneh.
“Jangan panggil I lagi. Penipu!”pekik Eza kuat dan melangkah meninggalkan lelaki yang mendustai cintanya itu.Baju yang tadi berada di tangan dilemparkan ke muka lelaki itu. Faizul hanya memerhati Eza melangkah pergi sambil terpaksa melayan kerenah gadis yang dilanggannya dengan kata-kata tidak puas hati.
“Maafkan aku Riana..”detus pantas hatinya.
        Mula timbul rasa kesal dalam diri Eza di atas perbuatannya terhadap seorang sahabat yang sepatutnya dipercayai dengan sepenuh hati bukan dikhianati iaitu Riana.

2 ulasan:

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~