2 Mei 2011

~Bab 35~

Bab 35
        Khairul Faiz bin Kamil. Aku nikahkan akan dikau dengan Nur Riana Akma binti Rashid dengan mas kahwin sebanyak Rm100 tunai..” sebut Tok Kadi sambil tangannya memegang erat tangan Khairul.
“Saya Khairul Faiz bin Kamil terima akan nikahnya Nur Riana Akma binti Rashid dengan mas kahwin sebanyak Rm100 tunai. ”lafaz Khairul dengan yakin.
“Sah?”
        Tok Kadi kalih pandang pada dua tiga orang yang duduk bersebelahan dengannya.Sambil diperhatikan beberapa orang lagi di sekeliling mereka berdua.Terdapat juga beberapa orang yang lagak sedang mengambil gambar mereka berdua itu.
“Sah...”angguk mereka setuju.
“Amin.”
        Tangan diangkat beramai-ramai.Berdoa.Air mata gembira mengalir di pipi Riana yang sedang duduk beberapa jarak sahaja dari tempat Khairul tatkala perkataan ‘Amin’ itu disebut. Pernikahan antara Khairul dan Riana selesai diijabkabulkan di masjid dengan dua kali lafaz kerana kegementaran yang dihadapi pengantin lelaki.Mereka telah sah bergelar suami isteri dengan berwalikan Pak Su Riana iaitu Pak Su Pian.Setelah selesai upacara tersebut,majlis perkahwinan  pula dilangsungkan di sebelah tengah hari di rumah pengantin lelaki. Mereka berdua diapit sedondon dengan berpakaian baju pengantin warna biru muda. Hasil pilihan warna daripada kedua-duanya. Ramai tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan mereka yang dibuat setelah hampir tiga bulan kedua-duanya mengikat tali kasih cinta. Semuanya terdiri daripada adik-beradik dan sahabat handai Khairul dan Riana. Turut memenuhi jemputan ke majlis tersebut ialah Hairie.Dia redha Riana bukan miliknya lagi dan dia akan sentiasa berdoa agar Riana dan Khairul berbahagia hingga ke akhir hayat mereka berdua.
.......................................................................................................
        Badan Riana dirangkul erat ke dalam pelukan Khairul. Mereka bagaikan satu jasad di atas katil. Nafsu menguasai kedua-dua insan yang baru melayari bahtera perkahwinan itu sehingga tidak sedar masa pantas berlalu.
        Riana memandang Khairul yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Terdengar dengkuran kecil dari mulut lelaki itu. Akhirnya lelaki itu jua menjadi suri di hatinya.Kenangan bersama Hairie telah lama ditinggalkan sebagai kenangan masa silam.Yang ingin dikecapinya kini ialah kenangan masa depan bersama Khairul Faiz,suaminya.
        Dia turun ke bawah katil dengan gerak perlahan. Risau langkahnya bakal mengejutkan Khairul lalu menyarungkan semula pakaiannya yang tertanggal dek melayan nafsu serakah lelaki yang bergelar suaminya sebentar tadi itu.Terasa dahaga pula tekaknya ketika ini.
.......................................................................................................
        Lampu dapur dibuka.Riana menuju ke arah peti sejuk. Pintu peti itu dibukanya perlahan dan matanya menangkap salah satu botol yang berisi air.Pantas tangannya mengambil botol tersebut.Air dituang ke dalam gelas lalu dihirupnya puas dengan sekali tegukkan.
“Alhamdulilah...”ucap syukur Riana selepas dahaganya beransur hilang.
“Hye...”sapa seseorang membuatkan Riana hampir melepaskan gelas yang digenggamnya. Lantas memandang ke arah itu.
“Abg Faizul??”terpaku Riana melihat lelaki itu sedang duduk di sisi meja makan memandang ke arahnya tajam.Di atas meja hadapan lelaki itu terdapat satu gelas kosong.
“Kenapa turun? Faiz tak layan ke?”tanya Faizul sinis. Terselit makna.
        Riana hanya mendiamkan diri.Takut dengan lagak lelaki yang telah bergelar abang iparnya itu.
“Em. Boleh tuangkan abang segelas air?”tanyanya lagi bila pertanyaan pertamanya tidak berbalas.
        Riana hanya menurut.Dia melangkah ke meja tersebut lalu menuangkan air dari botol yang masih berada di dalam genggamannya ke dalam gelas lelaki itu.Jika dia tahu lelaki itu berada di situ,sanggup dia tahan dahaga yang dialami sehingga ke pagi esok.
“Boleh abang cakap sesuatu.?”tanya Faizul setelah Riana selesai menuang penuh air ke dalam gelasnya.
“Hem...”angguk Riana perlahan.Wajahnya memandang ke arah lain. Tidak mahu dia bertentangan mata dengan lelaki yang pernah cuba mengambil kesempatan ke atasnya itu.
“Abang nak minta maaf. Sebab selama ni abang sakitkan hati Riana dan kawan Riana,Eza. Sekarang, abang tak tahu di mana Eza ada. Puas dah abang cari dia kat semua tempat tapi masih tak jumpa. Abang menyesal. Abang minta maaf...” mohon Faizul terselit nada kesal.
        Memang benar kata Faizul,Eza telah lama menghilangkan diri tanpa khabar berita.Pernah dia bertanyakan ibunya Eza, namun hanya tangisan sebagai balasan jawapannya. Menanti kepulangan anaknya yang menghidap sakit kanser.Riana memandang lelaki itu.Mencari kebenaran di sebalik wajahnya.
“Em.. Abang tahu. Riana mungkin masih bersangka buruk pada abang sekarang ni. Tapi abang benar-benar ikhlas. Abang harap sangat Riana dapat terima abang sebagai abang ipar Riana dan abang kepada suami Riana, Faiz.”
“Syukur alhamdulilah...”detus hati kecil Riana.
Suasana sepi seketika.
“Riana maafkan abang. Riana harap abang betul-betul berubah..” akhirnya Riana bersuara tetapi masih dalam nada perlahan. Cebisan takut masih tersisa di dalam diri.
“Riana. Riana sayang...”
        Kedengaran sayup-sayup suara Khairul dari tingkat atas memanggil namanya dan mematikan perbualan mereka berdua itu.
“Tu. Suami Riana dah panggil. Pergilah...”kata Faizul tersenyum manis memandang Riana.
“Hem. Selamat malam abang..”ucap Riana sambil meletakkan kembali air botol ke dalam peti sejuk.
“Selamat malam and jangan lupa tutup lampu ni. Nanti suami Riana salah sangka pula..”pesan lelaki itu sebelum Riana melangkah keluar dapur.
        Riana mengangguk faham.Lampu segera ditutup.Riana segera mendapatkan suaminya yang sedang menuruni anak tangga.
“Sayang. Sayang pergi mana ni? Puas abang cari tau..”tanya Khairul dengan panggilan seperti itu.Terasa manja katanya. Dia memaut kedua-dua belah tangan Riana.
“Sayang kat dapur la tadi abang...”balas Riana lembut.
“Dapur? Sayang buat apa kat dapur tu malam-malam buta ni...em. sayang?”  tanya Khairul lagi sambil merangkul pinggang isterinya itu.Mereka berpelukan.
“Em. Sayang haus la abang...”
“Em. Ya ke? Ala.. Kesiannya isteri abang ni. Ok dah. Jom kita sambung tidur. Abang sunyi tau tidur sorang-sorang kat atas tu...” kata Khairul nakal.
“Ish abang ni. Senyap la sikit. Nanti apa pula ibu dengan abah kata. Tak manis la..” balas Riana sambil meletakkan jarinya ke bibir Khairul tanda mengarah lelaki itu diam.Sambil anak matanya memandang sekeliling.
“Ala. Mereka mana dengar. Sayang. Jom. Tidur...em..” ajak Khairul manja sambil memegang tangan itu lalu dikucupnya lembut. Dia memikul Riana dengan kedua-dua belah lengannya.
“Eh. Apa abang ni?. Jatuh nanti. Lepas la..” Riana terkejut lalu memeluk erat bahu Khairul.Takut terjatuh dari pegangan lelaki itu.
“Ala. Sekali sekala.”
        Khairul tersenyum nakal sambil memikul Riana ke dalam bilik tidur mereka.Mereka tersenyum manja memandang wajah masing-masing. Mata mereka saling bertaut mesra.
        Dari jauh,Faizul setia memerhati di sebalik dinding dapur. Timbul rasa cemburu di hati melihat aksi suami isteri tersebut.
.......................................................................................................
 “Abang...”panggil Riana manja sambil mengusap lembut dada lelaki yang tidak memakai baju itu. Matanya tidak dapat dilelapkan. Mindanya masih bercelaru.Memikirkan kesahihan suatu pengakuan.
“Em....”balas Khairul yang masih memejamkan mata.Dia mencium dahi Riana beberapa kali.Tangannya masih memeluk erat tubuh wanita itu.Sukar dia melepaskan tubuh badan wanita yang dicintainya itu walaupun sesaat.
“Sayang rasakan. Abg Faizul dah berubah la...”
 “Em..Kalau macam tu bagus la...”balas Khairul bersahaja.
“Abang rasa dia betul ke dah berubah? em?” kata Riana lagi sambil mengusap pula dagu lelaki itu.Hembusan nafas lelaki itu dapat dirasainya.Kuat.
“Dah la sayang. Malam ni. Malam pertama kita tau. Jadi abang nak. Hanya kita berdua. Abang and sayang. Two of us.. Tak ada orang lain k sayang....” balas Khairul memandang mata Riana. Tangannya sesekali mengusik hidung mancung wanita itu.
“Ok abang...”balas Riana tersenyum faham sambil mengalihkan badannya menghadap Khairul.
        Khairul tersenyum lalu mengucup lembut bibir wanita di sisinya itu. Mereka sama-sama merasai kehangatan malam pertama sehingga kedua-duanya terlelap di dalam satu pelukan erat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~