2 Mei 2011

~Bab 36~

Bab 36
        Selamat pagi ibu. abah..”ucap Riana dan Khairul setelah masuk ke ruang dapur sambil berpegangan tangan.Kelihatan Puan Sri Julia dan Tan Sri Kamil sedang menikmati sarapan pagi bersama.
“Selamat pagi..”balas serentak kedua-dua suami isteri yang hampir 30 tahun mendirikan rumah tangga itu.
Riana segera menghampiri ibu mertuanya.
“Ibu. Maaf la Riana tak tolong ibu masak pagi tadi. Khairul ni. Dia tak bagi Riana turun dapur. Siap ugut lagi..”adu Riana sambil mencium tangan Puan Sri Julia.
“Bukan Khairul yang tak bagi. Ibu yang tak bagi. Kamu kan baru jadi suami isteri. Jadi biar ibu la yang masak untuk kamu berdua. Hari ni kan hari kamu berdua...”balas Puan Sri Julia tersenyum lucu.
        Khairul hanya tersenyum melihat gelagat Riana yang cuba mengadu kepada Puan Sri Julia.Terasa ingin dicium pula bibir wanita itu sekarang.
“Ok. Sekarang ni Riana duduk sini. Biar ibu layan Riana ya ..” kata Puan Sri Julia bangun dan menarik keluar kerusi di sebelahnya. Riana hanya menurut.Senang hatinya dapat beribu mertuakan wanita itu.
        Khairul yang terlebih dahulu melabuhkan punggungnya di sebelah kerusi ayahnya pantas mengambil roti sardin yang tersedia di atas meja.
“Khairul. Bila nak ajak Riana pergi bulan madu?”tanya Tan Sri Kamil.Tangan tersisip surat khabar ‘The Star’.
 “Emm.. Kalau boleh hari ni juga abah. Dah tak tahan rasanya ni. Tapi Faiz ada kerja la minggu ni. Kena settle semua tu dulu, baru kami boleh fikir soal tu...”gurau Khairul sambil memandang Riana yang sejak dari tadi lagi memerhatinya geram.
“Owh..ya. Betul tu...”angguk Tan Sri Kamil seakan faham.
“Selamat pagi semua. ”ucap Faizul yang telah memasuki ruang dapur. Dia berpakaian sukan lengkap.Badannya kelihatan berpeluh. Di lehernya pula tersangkut sehelai kain tuala lap muka.
“Selamat pagi..”balas semua serentak.
“Faizul pergi mana? Berpeluh-peluh ni?” tanya Puan Sri Julia hairan memandang anak sulungnya itu.
“Faizul pergi jogging bu...”balas Faizul sambil meneguk air yang diambil dari peti sejuk.Dia sempat menjeling ke arah Riana yang sedang menikmati roti sardin.Namun wanita itu seakan tidak perasan.
“Owh ya ke? em Mari la duduk makan sekali..”jemput Puan Sri Julia lembut sambil menterbalikan cawan yang tersedia di atas meja untuk dituang air teh panas ke dalamnya.
“Em. Tak apa la bu. Nanti Faizul makan. Faizul naik atas dulu ya. Faizul nak mandi. Bau busuk ni..”kata Khairul dengan gelagatnya sambil melangkah pergi meninggalkan ruangan dapur.
 “Abang. Tengok Faizul tu. Julia rasa dia dah berubah la..”kata Puan Sri Julia memandang suaminya.
“Hem. Abang pun rasa macam tu juga. Elok la tu...”balas Tan Sri Kamil sambil melipat surat khabarnya dan menghirup air teh panas yang sejak dari tadi lagi tidak disentuhnya.
“Faiz. Abah rasa dah tiba masanya kamu ambil abang kamu tu bekerja kat Syarikat Gema Holding. Boleh tolong apa-apa yang patut..”kata Tan Sri Kamil lagi yang kini mengalihkan pandangannya pada Khairul yang hanya memerhatikan Riana sejak dari tadi.
“Tapi abah. Mahu ke abang tu? Abah sendiri tahu kan. Abang tu memang tolak bulat-bulat tawaran kita berdua dulu...”balas Khairul.Dia sendiri tidak yakin dengan perubahan lelaki itu. Mana tidaknya hampir 27 tahun dia tinggal bersama. Segala baik buruk lelaki itu hanya di dalam tangannya sahaja.
“Nanti kamu tanya la dia lagi. Mana tahu sekarang dia dah minat nak kerja kat situ balik ke...”
“Hem. Betul tu Faiz. Ibu pun rasa dia akan terima tawaran tu. Ibu tengok dia sekarang ni pun dah banyak berubah. Dah tak macam dulu lagi..” sokong Puan Sri Julia sambil duduk semula di kerusinya setelah mengambil sesuatu dari peti sejuk.
“Em. Baik la. Nanti Faiz cuba. ”angguk Khairul faham.Namun jauh di sudut hati timbul kerisauan.Mana mungkin dia dapat melupakan peristiwa Riana hampir disentuh abangnya semasa dia keluar membeli pesanan ibunya itu.
        Khairul memandang Riana yang sejak dari tadi hanya memerhatikan perbualannya bersama ibu dan ayahnya. Seakan isterinya itu boleh membaca mindanya ketika ini.Riana pula cuba menanam kepercayaan di hati bahawa lelaki yang bergelar abang iparnya itu telah menjadi sebahagian daripada dirinya kini.
.......................................................................................................
 “Abang...”panggil Riana lembut melihat Khairul sedang menyarungkan kasut kulit di kaki.
“Em...?”balas Khairul tanpa memandang Riana kerana sedang asyik mengikat tali kasut tersebut.
“Sayang tahu. Abang tentu risau pasal Abg Faizul kan? Sayang yakin bang. Dia dah berubah.”
“Betul...?”tanya Khairul perlahan merenung dalam ke arah isterinya.
“Hem. Sebab dia sendiri dah minta maaf kat sayang pasal hal dulu tu and termasuk hal Eza...”angguk Riana pasti.
        Khairul berfikir sejenak.Lagaknya seakan masih tersimpan perasaan ragu-ragu terhadap sikap Faizul.
“Abang. Semua orang pasti akan berubah. Cuma kita je kena tentukan sama ada nak terima perubahan tu ataupun tak. Kita terima ya abang perubahan Abg Faizul tu....”pujuk Riana sambil memperbetulkan tali leher Khairul yang kelihatan senget sedikit.
        Khairul akhirnya hanya mengangguk tersenyum faham. Riana mencium tangannya dan dibalas Khairul dengan ciuman di dahi wanita itu.Dia segera menaiki keretanya dan menuju ke tempat kerja.
        Riana sendiri tidak menafikan masih wujud perasaan ragu–ragu terhadap Faizul atau abang iparnya itu.Tetapi dia segera menangkis perasaan itu dan mengharap suaminya turut berbuat begitu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~