2 Mei 2011

~Bab 37~

Bab 37
        Riana telah lama berhenti kerja dari Syarikat Gema Holding yang masih utuh dibangunkan oleh Hairie.Cukuplah sekadar empat tahun dia setia berkhidmat di syarikat itu.Kini tiba masanya dia menumpahkan kesetiaannya menjadi suri rumah di sisi Khairul, suaminya yang tercinta dan keluarganya.
 “Sayang...”panggil Khairul manja sambil tangannya meraba-raba laci meja solek di dalam biliknya itu.Riana sedang berada di dalam bilik air.Mandi.
“Ya bang.....”sahut Riana.Bunyi air pancutan dari dalam bilik air itu jelas kedengaran di telinga Khairul yang lengkap berbaju Melayu cekak musang.Cuma kancingnya sahaja yang belum dipakaikan di leher baju. Hari ini hari Jumaat dan menjadi kebiasaannya sebagai umat Islam lelaki wajib menunaikan Solat Jumaat berjemaah di masjid.
“Kancing baju Melayu abang. Sayang letak kat mana?”tanya Khairul lembut.Matanya masih mengintai ruangan laci. Susunan di dalam bilik itu telah lama ditukar oleh isterinya sehinggakan hampir keseluruhan barangnya terpaksa ditanya kepada isterinya terlebih dahulu.
“Kat dalam kotak. Dalam laci tu...”
“Laci yang mana satu sayang. Tak ada pun...”
“Ada la. Abang try la cari tengok...”
        Khairul meneruskan cariannya.Tangannya pantas membuka segala kotak-kotak yang berada di dalam laci itu. Namun,dia terbuka salah satu kotak yang belum pernah dilihatnya sebelum ini.Rantai silver  yang mempunyai huruf H dan R kelihatan oleh anak matanya.Hatinya mula tertanya pantas.
“Siapa yang bagi rantai ni?.”
“Ehm....”keluh Khairul pantas.Dia meletakkan kotak tersebut ke tempat asalnya.Dia terus berlalu keluar dari bilik itu selepas menarik pantas kunci keretanya yang diletakkan di atas meja.
.......................................................................................................
“Abang. Abang.. ”panggil Riana manja setelah melangkah keluar dari bilik air selepas beberapa minit berlalu sambil mengelap rambutnya yang basah dengan tuala.Dia hanya berkemban pada paras dada hingga ke lutut.Mencari wajah suaminya di sekeliling bilik tetapi tidak kelihatan.Dia hairan. Dia merapati meja solek.Pantas dibuka laci. Kotak yang terkandung kancing baju Melayu suaminya dibuka. Kancing itu masih ada di situ.
“Eh. Abang tak ambil ke kancing ni.?”tanyanya sendiri.
        Riana segera memakai pakaiannya dan keluar dari bilik mencari kelibat Khairul namun masih tidak kelihatan.
 “Ibu...”panggil Riana setelah memasuki ruangan dapur. Kelihatan Puan Sri Julia sedang asyik mengelap lantai dapur.
 “Ya...”
“Abg Khairul dah keluar ke?”tanya Riana memandang wajah wanita itu.
“Dah. Eh. Dia tak beritahu Riana ke dia keluar pergi masjid. Sekali dengan abah ngan Abg Faizul?”tanya Puan Sri Julia setelah memberhentikan perbuatannya dan memandang menantunya hairan.
        Riana hanya mendiamkan diri.Hatinya mula rasa tidak tenang. Sebelum ini jika suaminya keluar rumah tidak kiralah ke pejabat atau ke mana saja,pasti memerlukan ciuman dari bibirnya ke tangan lelaki itu tetapi hari ini.
“Ah. Mungkin dia lupa kot...”detus pantas hati Riana menghambat segala kerisauan.
.......................................................................................................
“Assalamualaikum...”salam diberi daripada tiga orang lelaki serentak.Kelihatan Khairul,Faizul dan Tan Sri Kamil yang segak berpakaian baju Melayu masing-masing memasuki ke dalam rumah.
“Waalaikumusalam...” balas Riana dan Puan Sri Julia serentak  yang sedang berada di ruang tamu menonton televisyen rancangan berilmu.
“Ha kamu semua dah balik. Ibu dengan Riana dah siap masak tadi. Marilah kita makan sekali...”kata Puan Sri Julia bingkas bangun sekilas memandang suami dan anak menantunya sambil melangkah ke ruang dapur.
“Ha. Ok. Abah pun dah lapar ni. Mari Faiz,Faizul. ”kata Tan Sri Kamil sambil menuruti langkah isterinya ke dapur sambil diikuti Faizul.
        Riana segera bangun menghampiri Khairul yang kelihatan ingin mengira anak tangga setelah sekilas memandangnya.
“Abang. Jom kita makan. Riana dengan ibu dah siap masak..” kata Riana tersenyum manis sambil mencium tangan Khairul. Lelaki itu hanya berwajah masam sambil menyambut salam isterinya itu.
“Nanti la. Abang nak rehat kejap kat bilik.. ”balas Khairul tanpa memandang Riana dan terus berlalu menaiki anak tangga.
        Riana terpaku.Khairul tiba-tiba berubah.Dia lantas berfikir tentang perkara yang mungkin dilakukannya hari ini salah di mata lelaki yang bergelar suaminya itu.
.......................................................................................................
        Keesokan harinya,sikap Khairul masih kekal begitu. Khairul terlebih dahulu meninggalkan rumah ke syarikat sebelum Riana sedar dari tidur. Entah bila lelaki itu menyelinap keluar dari bilik tidur mereka tanpa mengejutkannya seperti kebiasaaannya. Riana sedih. Hatinya mula terkena rasa resah dan gelisah.Mencari punca kesalahan yang tidak tahu dari sudut mana mulanya.
“Faiz. Ni tender Syarikat Lima Ombak. Yang Faiz minta hari tu. Abang dah siapkan. ”kata Faizul sambil meletakkan fail yang dipegangnya ke atas meja Khairul. Telah hampir sebulan dia bekerja di syarikat itu setelah adiknya itu menawarkan kerja kepadanya.
“Faiz. Faiz...”panggil Faizul setelah beberapa saat katanya tidak berbalas.
“Em...”Khairul tersedar dan segera memandang wajah abangnya.
“Kenapa ni?Faiz gaduh dengan Riana ke?”
        Khairul terdiam seketika.Hendak dibilang gaduh.Tidak. Hendak dibilang tak gaduh pun tidak juga.
“Faiz. Cerita la. Abang tak nak tengok Faiz macam ni. ”
“Abang. Faiz tak tahu sama ada Riana cintakan Faiz atau tak.” kata Khairul perlahan sambil bermain-main dengan batang pen yang berada di genggaman tangannya.
“Faiz. Kenapa tanya soalan bodoh ni? Mestilah Riana cintakan Faiz. Kalau tak, takkanlah dia sanggup kahwin dengan adik abang ni..” balas Faizul dengan reaksi terkejutnya dan disusuli dengan tawa lucu.
“Faiz takut bang. Faiz takut kalau Faiz hanya dapat dia tapi bukan cinta dia.”balas Khairul hiba.
        Hubungan dia dan abangnya telah lama kembali jernih setelah dia menuruti kemahuan isterinya yang inginkan dia melupakan segala kisah lama dan memulakan dengan hidup yang baru.Memang benar kata keluarganya.Dia sendiri merasainya. Sikap satu-satunya abang yang dia ada itu telah berubah. Jauh bezanya dari sikap dahulu yang lebih menyakitkan hati.
.......................................................................................................
“Riana..”panggil Faizul memunculkan diri di ruang tamu mengejutkan Riana yang sedang mengelamun jauh memikirkan suaminya.Tangan tersisip majalah Wanita hanya sekadar terbuka luas di atas paha.
“Owh. Abg Faizul...”balas Riana sekadar senyum biasa.
“Abang tengok Riana ni macam ada masalah je...”kata Faizul sambil melabuhkan punggungnya di sofa berhadapan dengan sofa yang diduduki Riana.
        Puan Sri Julia dan Tan Sri Kamil telah keluar mengunjungi rumah kawan perniagaan mereka. Khairul pula sedang tidur di dalam bilik.Itulah perangai lelaki itu yang sudah masuk hari kedua.Riana sendiri buntu dengan sikap lelaki yang bergelar suaminya hampir sebulan itu.
“Em. Tak ada la ...”geleng Riana lambat.Matanya pantas memandang ke muka majalah.Dibelek-belek beberapa kali.
“Riana. Kalau boleh, cerita la kat abang. Riana kan adik ipar abang. Kalau boleh abang tolong,abang tolong ya...”pinta Faizul lembut seakan faham dengan tindak balas wanita itu.
        Riana diam seketika.Dia pandang wajah lelaki yang telah bergelar abang iparnya itu.
“Entah la bang. Riana sendiri pelik dengan perangai Abg Khairul sejak balik dari solat Jumaat hari tu. Dia macam marahkan Riana. Tapi Riana tak tahu apa salah Riana.....”jelas Riana.Terselit nada sedih dalam kata-katanya.
“Ya. Abang pun ada perasan dengan sikap dia tu. Mungkin dia ada masalah.Try Riana tanya dia. Mungkin ada something yang berlaku, yang mungkin telah lukakan hati dia sebab abang tak pernah tengok dia macam tu sebelum ni....”
        Riana fikir tentang kata-kata Faizul.Lama.Akhirnya kepalanya diangguk perlahan memandang lelaki itu.Dia sedar lelaki itu sudah menampakkan perubahan dalam diri.Jauh sudut di hati Riana lega dengan sikap lelaki itu sekarang. Benar-benar berubah.
.......................................................................................................
        Pintu bilik dibuka perlahan.Khairul yang sedang berbaring di atas katil mengisi pandangan mata Riana.Mengharap lelaki itu masih sedar daripada dibuai mimpi kerana dia perlu menyelesaikan masalah mereka berdua itu pada hari ini juga walau apa pun yang berlaku.Dia sendiri terseksa dengan lagak lelaki itu yang seakan menghukumnya tanpa berterus terang tentang kesalahannya.
“Abang...”panggil Riana perlahan setelah duduk di atas katil. Memandang belakang badan Khairul.
“Em...”balas Khairul yang masih membelakangkan badannya. Matanya sukar dipejam kerana memikirkan segala kemungkinan. Namun jauh di sudut hatinya dia rindu dengan belaian manja isterinya itu.
“Abang ada masalah ke...?”tanya Riana lembut.Mengharap soalannya dibalas segera.
“Sayang. Esok abang kerja. Abang nak tidur la...”balas Khairul sedikit kasar sambil menarik selimut yang membalutinya ke atas badan sedikit.
“Abang. Sayang ada buat silap ke?Tolong beritahu sayang bang. Jangan buat sayang macam ni. Please....”rayu Riana namun tiada balasan daripada Khairul.Seolah-olah dia sedang bercakap sendiri.
“Kita baru kahwin je bang. Inai kat jari sayang ni masih merah lagi. Sayang sayang abang sangat-sangat. Tolong jangan buat sayang macam ni bang. Please..”
        Riana mula menangis sebak.Dia rela memperbaiki segala kesilapan atau kesalahan yang dilakukan tanpa sedar itu jika suaminya berterus terang dengannya.
        Khairul mula tidak senang hati.Dia pantas bangun memandang wajah isterinya sayu.Tidak terniat di hatinya ingin menitiskan air mata wanita itu.Itulah kelemahannya. Sukar melihat air mata dari mata insan yang bernama wanita. Lebih-lebih lagi daripada wanita yang dikasihinya dan dicintainya. Khairul segera turun dari katil dan merapati meja solek. Dia pantas mengambil sebuah kotak dari dalam salah satu laci dan kembali duduk semula di atas katil menghadap wajah isterinya yang masih tersedu-sedu menahan tangisan.
“Abang jumpa ni dalam laci tu. Abang tahu ni kepunyaan sayang. Dan abang tahu siapa yang bagi...”kata Khairul tenang sambil menghulurkan kotak tersebut ke arah Riana.
        Riana memandang ke arah kotak itu.Segera diambilnya dan dibuka. Rantai pemberian Hairie dipegangnya.Dia segera memandang Khairul.
“Jadi kerana rantai ni abang buat tak tahu je dengan sayang em?”tanya Riana sambil memandang suaminya.
Khairul hanya tertunduk diam.
“Ya. Memang ni rantai yang Hairie bagi pada sayang dan huruf H dan R ni nama kami berdua. Tapi sayang pernah nak pulangkan balik rantai ni pada dia bang. Tapi dia nak sayang simpan rantai ni sebagai tanda persahabatan kami. Bukan tanda cinta kami lagi..”kata Riana keras memandang tajam lelaki itu.Dia tidak mahu kerana benda sekecil itu boleh meragut kebahagiaan dengan lelaki yang dicintainya itu.
“Sayang..”Khairul ingin berkata setelah memandang Riana namun pantas dicelah isteri kesayangannya itu.
“Abang. Cinta sayang pada dia dah lama berakhir. Sekarang hati sayang hanya ada nama abang seorang je. Sayang hanya cintakan abang. Sayang cuma nak abang percayakan sayang. Itu sudah cukup bang.”
“Sayang. Abang minta maaf. Abang minta maaf ya. Abang ingat sayang masih ada perasaan pada Hairie. Abang..”kata Khairul mula memegang kedua-dua belah tangan Riana lalu dikucupnya pantas.
“Ssyhh...(sambil meletakkan jarinya ke bibir Khairul). Abang tak perlu cakap lagi. Sayang tahu abang sayangkan sayang. Esok sayang janji. Sayang akan pulangkan rantai ni pada Hairie. Sayang janji”
“Abang minta maaf sayang. Abang cintakan sayang.”kata Khairul pantas merangkul badan Riana ke dalam dakapannya. Rasa bersalah kerana menyalah anggap kejujuran cinta wanita itu mula timbul dalam diri.
“Sayang pun cintakan abang..”balas Riana tersenyum lega.
        Mereka berpelukan.Riana sekilas memandang rantai di tangannya. Teringat saat dia bertemu dengan Hairie sebelum dua bulan tarikh pernikahannya dengan Khairul berlangsung.
        Kotak yang berisi rantai ditolak perlahan ke hadapan. Hairie terdiam dan hanya memandang lagak wanita yang berada di hadapannya. Menanti butir kata daripada mulut wanita itu.
“Saya minta maaf. Saya tak dapat terima rantai ni lagi...” kata Riana perlahan.
“Tapi Riana...” Hairie ingin berkata sesuatu tetapi pantas saja dicelah.
“Hairie. Awak pernah kata pada saya dulu. Rantai ni tanda cinta awak pada saya kan?. Maaf. Saya tak dapat terima rantai ni lagi sebab saya dah tak cintakan awak. Saya dah serahkan cinta saya pada orang lain. Saya harap awak faham. Jadi tujuan saya ajak awak keluar ni sebab saya nak bagi balik rantai ni pada awak.”
        Hairie terdiam seketika.Dia pandang wajah wanita yang bertakhta di hatinya setelah hatinya dilukai oleh insan yang juga bernama wanita. Tangannya menolak kembali kotak rantai tersebut ke tempat permulaannya.
“Riana. Anggap sajalah rantai ni rantai persahabatan antara kita berdua. Saya tahu cinta awak bukan untuk saya lagi tapi saya harap awak masih sudi berkawan dengan saya. Saya harap awak terima rantai ni ya?”
        Riana kembali tersedar dari lamunannya.Badan Khairul masih erat merangkulnya.Sesekali lehernya terasa hangat bila dicium lembut oleh lelaki itu beberapa kali.
Maafkan aku Hairie. Aku tak dapat terima...” detus hati kecil Riana semakin erat membalas rangkulan Khairul. Matanya dipejam rapat.Mereka berdua hanyut di dalam pautan masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~