2 Mei 2011

~Bab 38~

Bab 38
        Assalamualaikum...”ucapan salam kedengaran dari seorang gadis remaja.
“Waalaikumusalam. Eh. Rina? Bila sampai?”tanya Riana setelah terpandang Farina,adik Khairul atau adik iparnya sedang membimbit beg pakaian besar melangkah menghampirinya di pintu utama.
“Baru je kak....”balas Farina tersenyum sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan kakak iparnya itu.
Riana segera menyambut mesra.
“Naik apa?”
 “Naik teksi je...”
“Owh..  Macamana kat sana?Ok?”tanya Riana lagi setelah Farina melabuhkan punggung bersamanya di bangku yang terdapat di halaman rumah mereka itu.
“Alhamdulilah. Kak Riana. Sorry la. Tak dapat nak makan sama-sama satu family  lepas akak kahwin dengan Abg Faiz...”balas Farina sambil membuang getah rambut yang mengikat rambutnya yang panjang mengurai.
“Ish tak apa la. Masa akak nikah. Rina ada sekali kan?”
“Hem.. Kak!. Sekarang Rina dah boleh teman akak tau!. Sebab sekolah Rina cuti seminggu. Jom kak kita keluar jalan-jalan. Shooping ke...”kata Farina sempat menepuk perlahan paha Riana yang berada di sebelahnya.
“Rina. Apa ni?Pergi la mandi dulu sebelum nak rancang pergi mana-mana tu...”sampuk Puan Sri Julia yang muncul tiba-tiba ke halaman setelah terdengar suara mereka berdua sebentar tadi.Riana dan Farina hanya tersenyum selepas mengalihkan pandangan ke arah wanita itu .
“Ala ibu ni. Rina nak juga manja-manja dengan kak ipar Rina ni...”rengek Farina sambil bangun bersalam pula dengan Puan Sri Julia.Dicium kedua-dua belah pipinya beberapa kali.
        Puan Sri Julia hanya geleng tersenyum melihat telatah anak perempuannya itu sambil berlalu ke pokok bunga yang ditanamnya sendiri.
“Em. K la kak. Nanti kita bincang lain. Bos besar dah marah tu. Rina pergi mandi dulu ya..” bisik Farina sambil memandang ibunya yang sesekali memerhatikan lagak mereka berdua sambil memegang tali batang paip di tangan.
“Em. Mari akak tolong angkatkan beg tu...”pinta Riana segera bangun dan seakan ingin mengangkat beg pakaian Farina tetapi gadis itu segera mengangkatnya terlebih dahulu.
“Eh. Tak payah akak. Rina boleh angkat sendiri.Akak duduk sini je ya. Tengok ibu adik siram pokok bunga kesayangan dia tu.” balas Farina tersenyum sekilas memandang Puan Sri Julia sambil berlalu masuk ke dalam rumah.
        Riana hanya tersenyum suka melihat gelagat adik iparnya itu.Dia mendekati ibu mertuanya yang sedang leka menyiram pokok bunga.
“Riana. Rina tu memang selalu macam tu. Anak bongsu la katakan. Tahun depan nak ambil PMR pula. Entah macamana la keputusan dia nanti...”kata Puan Sri Julia.
“Insyaallah ibu. Riana tahu. Rina tu pasti boleh buat. ”balas Riana tersenyum yakin.
“Em. Adik kamu si Rizman tu bila nak habis latihan kat PLKN tu?” tanya Puan Sri Julia kerana dia sedia maklum Rizman sekarang sedang mengikuti latihan PLKN (Pusat Latihan Khidmat Negara) di Shah Alam selepas selesai mengambil peperiksaan SPM.Selepas ini dia telah buat keputusan untuk tinggal bersama dengan Riana kerana Faiz sendiri menyambutnya dengan tangan terbuka.Katanya, lagi ramai lagi bagus.
“Entah la bu. Hari tu dia ada call  Riana dengan Abg Khairul. Dia kata ada la lagi sebulan latihan dia kat sana tu..”
        Mereka berdua meneruskan perbualan lagi.Senang Puan Sri Julia dengan menantu sulungnya itu.Senang dibawa menjadi teman berbual dan berjenaka.
.......................................................................................................
“Masak sambal ini resipi turun temurun tok moyang sebelah emak ibu tau. ”kata Puan Sri Julia sambil memasukkan secubit garam ke dalam masakkannya.
“Owh..”angguk Riana yang sedang leka memerhati.Cuba mempelajari rahsia masakkan ibu mertua.
        Khairul,Faizul dan Tan Sri Kamil telah lama keluar ke tempat kerja masing-masing.Ini memberi peluang untuk mereka berdua berkongsi cerita.
        ‘Aku pasti datang menjemputmu. Tepati janji yang sumpah terhenti. Aku pasti datang tuk hatimu. Penuhi janji untuk dirimu...’ nyanyian Bunga Citra Lestari  ‘Aku pasti Datang’ berkumandang di telefon bimbit Riana yang diletakkan di atas meja makan.Segera diambilnya.
“Hello assalamualaikum...”salam dihulur dari Riana apabila terpandang skrin yang tidak bernama dan hanya bernombor sahaja itu.
“Ya mak cik. Apa? Eza. Tenat?!”
.......................................................................................................
        Riana masuk ke dalam wad yang menempatkan sekujur tubuh Eza yang sedang menahan kesakitan kanser tahap kritikal yang dialaminya kini.Turut ditemani Khairul di sisi. Ibunya Eza,Puan Sofia tidak dapat menahan sebak lalu dipinta tunggu di luar wad kerana wanita itu menghidap sakit jantung.Takut nanti bakal memudaratkannya.Di luar wad, kelihatan ramai murid dan juga guru yang seangkatan dengan Eza menanti untuk melihat keadaan wanita itu pula.
 “Riana. Maafkan aku...”perlahan-lahan Eza mengenggam erat tangan Riana yang sedang berada di sisinya.Tangisan Riana kuat kedengaran.Tidak sanggup dia melihat penderitaan yang dialami Eza.Sudah lama dia tidak bersua muka dengan wanita itu.Mukanya kelihatan pucat dan lemah tetapi masih ingin berkata-kata.
“Eza. Aku dah lama maafkan kau. Kau kawan aku. Tak ada langsung niat di hati aku ni nak simpan dendam kat kau. Kau jangan cakap banyak k. Dah. Kau rehat. Ingat pesan doktor ya..”
“Riana...”panggil Eza perlahan.
“Hem?”
“Selamat pengantin baru. Maaf. Aku tak pergi majlis kahwin kau dengan dia (sekilas memandang Khairul yang berada di belakang Riana) and.. Terima kasih. Terima kasih ya sebab kau masih sudi kawan dengan aku lepas apa yang aku dah buat kat kau dulu tu...”mohon Eza dengan nada kesal.
“Eza. Sudah la. Biar la yang lepas tu lepas. Kau rehat k..”
“Riana. Boleh kau tolong aku...?”tanya Eza sambil mengeratkan lagi genggaman tangannya bersama dengan tangan Riana.
“Tolong apa em?”
“Tolong tengok-tengokkan mak aku. Bila aku dah tak ada nanti ya....”
“Eza. Apa ni?Kau jangan cakap macam tu lagi k. Kau pasti sembuh. Insyaallah..”
“Riana. Aku rasa aku dah tak sempat lagi. Aku rasa masa aku dah sampai..” kata Eza yang semakin lama nada suaranya semakin perlahan.
“Eza...”
“Jaga mak aku ya..”
“Insyaallah. Insyaallah Eza..”angguk Riana faham.Air matanya membasahi pipi.Pilu yang amat.
Ting! Ting! Ting!
        Mesin keadaan pesakit yang terletak di sebelah katil Eza berbunyi kuat beberapa kali.Riana panik.Eza kelihatan semakin tenat.Badannya seakan terangkat sedikit.Hembusan nafasnya semakin pantas dilepas.
“Eza. Eza kenapa ni?Abang. Panggil doktor. Cepat bang!..jerit Riana sekilas memandang Khairul yang turut panik.
        Khairul angguk mengerti lalu segera berlari keluar mendapatkan doktor.
“Eza. Mengucap Eza. Mengucap. Asyahduallah Ilahailalah.. wasyhaduanamuhamada Rasullulah....”
        Riana membisikkan kata-kata kalimah itu dekat ke cuping telinga Eza.Bibir Eza kelihatan bergerak-gerak mengikuti kata-kata Riana.Akhirnya Eza perlahan-lahan menutup matanya.Rapat.
“Eza.. Eza....”
        Air mata Riana jatuh lagi.Kawannya pergi menghadap Illahi buat selama-lamanya.
        Khairul yang tadi masuk bersama dengan doktor dan beberapa orang jururawat hanya memegang tubuh isterinya. Menenangkan isterinya yang dia tahu sedang dihimpit kesedihan dan hiba di atas kehilangan insan yang disayangi itu. Dia dapat merasai perasaan itu jika perkara sama berlaku ke atas dirinya.Tetapi yang pergi tetap akan pergi.Yang hidup perlu meneruskan hidup di bumi ciptaan-Nya.
.......................................................................................................
        Mayat Eza selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam yang berdekatan dengan kampung arwah neneknya selepas jenazah selesai dikapankan oleh keluarga terdekat. Ramai saudara mara yang hadir untuk mengucap takziah ke atas permergian arwah.Tidak terkecuali murid-murid yang masih berada di bawah bimbingannya. Ibunya kehilangan seorang lagi anak selepas kehilangan abang Eza yang tua setahun daripada Eza akibat kemalangan jalan raya beberapa tahun yang lalu.Riana tekad akan menjeguk wanita itu sekiranya mempunyai kelapangan masa walapun ajakannya untuk tinggal bersama keluarga mertua pada mulanya ditolak. Dia kini tinggal bersama adik perempuannya yang sudi untuk menjaganya.
.......................................................................................................
        Khairul dan Riana sedang duduk berdua di bangku di halaman rumah.Menghirup udara malam yang segar dan nyaman.
“Sayang..”panggil Khairul yang dari tadi memerhati Riana. Tidak jemu dia memandang wajah itu.
“Em...?”balas Riana lembut.Tersenyum tawar.
“Sayang masih sedih?”
“Hem. Eza la satu satunya kawan sayang yang paling sayang sayang bang. Tak sangka dia pergi dulu..”
“Sabar la k.. Yang pergi tu tetap pergi. Dah. Jom sayang..Kita masuk tidur. Dah lewat dah ni..”ajak Khairul sambil mengenggam tangan isterinya itu.
“Em. Abang tidur la dulu ya. Sayang nak ambil angin sikit kat luar ni...”pinta Riana tersenyum biasa membalas pandangan suaminya itu.
“Baik la. Abang masuk dulu. Sayang jangan tidur kat sini pula ya...” usik Khairul manja membuatkan Riana tertawa sebentar.
“Ok... “
        Khairul bangun dan masuk ke dalam rumah.Meninggalkan Riana yang sedang melayan perasaan sedihnya.
        Riana hanya memerhati cahaya di sebalik bulan yang terang. Sudah lebih dua minggu Eza kembali ke rahmahtullah. Mengharap jasad Eza aman di alam sana.Dia sempat mengimbau kembali saat-saat manis bersama sahabat karibnya itu sehingga tidak sedar masa pantas berlalu.
“Riana. Kau tahu tak si Lina dengan Eja. Mereka dah putus kawan tau” kata Eza ketika dia dan Riana sedang berjalan menuju ke kantin sekolah.
“La ya ke.. Kenapa jadi macam tu pula. Setahu aku mereka dua orang tu kawan baik dari kecil lagi kan?”
“A’ah.. Aku pun macam tak percaya je. Tapi Jamal,budak kelas mereka tu yang cakap kat aku. Dia kata kes berebut laki...ee... wey aku harap kita tak jadi la macam mereka berdua tu ek. Aku sayang kau. Tak best la kalau gaduh-gaduh ni. Nak nak lagi pasal lelaki....”
“Ish. Kau ni Eza. Mula la nak mengarut tu. Aku pun sayangkan kau juga k. Kau la sahabat dunia dan akhirat aku kau tau!... Persahabatan kita takkan putus punya la...”balas Riana tersenyum yakin.
“Yup. Wey perut aku dah lapar la. Jom la kita pekena nasi lemak Mak Jah. Aku belanja kau! Amacam?”
“Eh betul ke ni?”
“Ye la..”
“Ok. Aku no hal.. Jom...”
Riana tersedar dari lamunannya.
“Eza.. Kau tetap kawan aku. Walau apa pun yang berlaku...” kata Riana sendiri sambil bibirnya menguntum senyuman manis memandang ke arah langit yang kebiruan gelap itu. Sambil memeluk tubuh sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~