2 Mei 2011

~Bab 39~

Bab 39
        Abah dengan ibu pergi dulu ya Riana. Faiz...”kata Tan Sri Kamil sambil bersalaman dengan anak menantunya.Begitu juga dengan Puan Sri Julia. Dia dan isterinya telah bersiap sedia untuk pergi melancong ke Australia selama seminggu.Ini semua atas tawaran hebat Air Asia, syarikat penerbangan tambang murah. Mereka turut mengajak anak menantunya itu tetapi masing-masing mempunyai alasan yang tersendiri.
“Ok. Nanti time Faiz dengan Riana pula..”seloroh Khairul sambil memeluk bahu Riana agar bertambah rapat dengannya.
“Ee.. Gatal!” bisik Riana sambil mencubit perlahan lengan lelaki itu.
Semuanya tertawa lucu.
 “Ok Faiz. Riana. Abang pergi hantar ibu dengan abah dulu ya. Lepas tu nanti abang pergi tengok tapak projek kat Limbong tu. Em. Dah lewat ni rasanya. Jom ibu. abah...” kata Faizul sekilas memandang kedua-dua suami isteri itu lalu melangkah ke dalam kereta.Turut melangkah masuk Puan Sri Julia dan Tan Sri Kamil.
        Lambaian dibalas seiringan apabila kereta yang dipandu Faizul keluar dari perkarangan rumah dan meninggalkan mereka berdua di situ.
“Sayang. Malas pula rasanya abang nak pergi kerja la..”usik Khairul manja sambil mengeliat tubuh.Tersenyum memandang wajah isterinya itu.
“Ha..Tak payah nak gatal-gatal. Dah dah! Pergi kerja. Nanti siapa nak bagi sayang makan em?”balas Riana sambil membetulkan tali leher suaminya itu.
“Em.. Yela. Abang pergi kerja dulu ya.?”
“Ok. Abang drive kereta tu baik-baik tau. Make sure mata tu pandang depan..”pesan Riana sambil mencium tangan suaminya dan membiarkan dahi dan pipinya dicium Khairul pula.
“Bye. I love you..”
“Ok. Bye. I love you too..”
        Senyum Riana mengisi perjalanan Khairul ke tempat kerjanya.
.......................................................................................................
        Riana segera menyambung kerjanya iaitu membersihkan kawasan dalam rumah yang tergendala sebentar tadi. Dimulakan dengan mengemas ruang tamu dan menjemur pakaian yang telah siap dibasuh dengan mesin basuh.Sedar tidak sedar, telah hampir setengah jam dia melakukan kerja itu sahaja.Kini tinggal ruangan dapur pula yang belum dikemasnya lagi.
        Radio dibuka.Kedengaran lagu ‘Aku dan Dirimu’ nyanyian Bunga Citra Lestari dan Ari Lasso dari stesen radio Hot Fm yang diDJkan Fara Fauzana dan Faizal Ismail.Riana terus melangkah ke dapur tetapi lagu tersebut masih dapat didengar jelas di telinganya.
        ‘Tiba saatnya kita saling bicara. Tentang perasaan yang kian menyiksa. Tentang rindu yang menggebu. Tentang cinta yang tak terungkap....’
        ‘Sudah terlalu lama kita berdiam. Tenggelam dalam gelisah yang tak teredam. Memenuhi mimpi-mimpimu malam kita....”
        ‘Duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah. Perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu.. Dan kini hanya ada aku dan dirimu. Sesaat di keabadian...........’

        Bibir Riana sama ikut dengan lirik lagu yang dinyanyikan oleh pasangan duet itu sambil tangannya memegang mop mengelap lantai dapur. Kenangan bersama Khairul kembali terpahat di dalam ingatan. Pertemuan di kedai buku menjadi titik tolak hubungannya bersama lelaki itu.Dari kawan menjadi suami. Indah kenangan itu. Manis jika ia dapat diulang semula.
        Radio dimatikan. Riana terpaku sebentar.Hairan menyelubungi dirinya.Seakan ada orang yang mematikan radio tersebut. Riana bertambah hairan apabila terpandang periuk nasi elektriknya masih menyala. Jika elektrik terputus pasti lampu itu terpadam juga. Dia mula melangkah ke hadapan dengan debaran kecil di dada. Memikirkan mungkin radio itu telah rosak.
        Riana merapati kabinet perabot di ruang tamu. Dilihat sekeliling. Tiada yang kelihatan aneh. Pintu rumahnya masih tertutup rapat dan BERKUNCI!. Seingatnya sebentar tadi dia tidak mengunci pintu itu tetapi hanya sekadar tutup sahaja.
“Ah.! Aku terlupa kot...” detus hati kecilnya menghambat segala kemusykilan.
        Riana cuba membelek-belek radio tersebut. Mencari punca ia berhenti.Pasti bosan jika tangan bergerak tanpa iringan muzik.
“Ahh!..”
        Tiba-tiba satu tangan mula merangkul tubuhnya pantas dari arah belakang.Dia terkejut lalu cuba memandang lelaki itu tetapi kepalanya dipegang erat.
“Sysss... Senyap..”bisik lelaki itu perlahan namun suaranya dapat ditangkap jelas oleh Riana akan siapa dia.
“Abg Faizul? Apa Abg Faizul buat ni? Lebih baik Abg Faizul keluar sebelum Riana jerit. ”kata Riana sambil tangannya meronta-ronta cuba menepis pergelangan tangan Faizul yang sedang memeluknya erat.
“Riana nak jerit? Jerit la sayang. Hari ni Riana tak boleh tolak permintaan abang. Riana kena layan abang juga sama ada Riana suka ataupun tak..”
“Abang. Tolong jangan buat Riana macam ni. Ingat Allah bang.. ”kata Riana lagi sambil menolak kasar badan lelaki itu. Mereka berdua saling berpandangan.
Pang..!
        Satu tamparan dari tangan Riana melekat di pipi Faizul apabila lelaki itu cuba menyentuhnya lagi. Riana pandang tajam Faizul.Lelaki itu hanya tersenyum sinis sambil mengusap perlahan pipinya.Tidak sangka kata-kata yakin wanita itu dulu berlaku juga.
        Dia mula merapati Riana rapat.Riana segera melangkah dengan langkah ke belakang tetapi masih memandang tajam langkah abang iparnya itu.Langkahnya terhenti apabila belakang badannya menyentuh dinding. Dengan kesempatan itu, Faizul segera merangkul tubuh wanita itu.Sekali lagi.
“Dah lama abang perhati Riana. Abang geram tengok Riana dengan Faiz. ” bisik Faizul sambil mengusap lembut seluruh muka Riana dari mata hingga ke bibir wanita itu.Dia mula menarik nafasnya.Hembusan tersebut dapat dirasai Riana yang berada di dalam dakapannya itu.
“Abang kata abang dah berubah. Apa ni semua bang?”tanya Riana sambil cuba menolak tubuh yang merangkulnya erat itu. Rimas diperlakukan sedemikian.
“Abang bohong je. Abang nak Riana ada di sisi abang. Sayang....”
“Lepaskan Riana bang. Tolong..”
        Riana mula menangis sebak. Dirinya dihimpit ketakutan yang amat dalam.
        Lelaki itu masih dengan perbuatan kejinya. Sedikit pun tidak mengendahkan kata-kata wanita yang berada di dalam dambaan dadanya itu.
 “Abang abang ipar Riana. Tolong jaga kelakuan abang.. Jangan buat Riana macam ni...”
“Aku suka kau...”bisik lelaki itu lagi sambil mencium pipi Riana dan ingin pula mencium bibirnya.
        Riana dengan sekuat hati menolak tubuh itu ke belakang. Faizul terjelepok jatuh mengenai sofa.Riana dengan pantas melarikan diri melangkah ke anak tangga namun kakinya pantas direntap lelaki yang lebih pantas bangun mengejarnya. Nafsu Faizul sedang memuncak geloranya.Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu lagi.
“Lepaskan aku la bodoh!!!”pekik Riana sambil menendang muka Faizul sehingga lelaki itu terjatuh dari anak tangga.Riana terus berlari naik.
        Tiba-tiba suasana bertukar sepi seketika.
        Riana segera memberhentikan langkahnya.Dia kalih pandang pada sekujur tubuh yang kelihatan tidak bergerak dan kaku di atas lantai itu. Tidak bertindak mengejarnya lagi. Riana melangkah dengan satu persatu menuruni tangga walaupun dia telah jauh melangkah.Merapati lelaki itu. Perlahan-lahan Riana mengerakkan tubuh itu.Hatinya gelisah. Takut sekiranya lelaki itu tidak sedarkan diri.
“Abg Faizul.  Abg Faizul...” panggilnya dengan nada takut-takut.Mengharap abang iparnya itu sedar kembali.
“Ha kan dah dapat!”
        Faizul  meragut kasar tangan Riana. Badannya segera menindih badan wanita itu di lantai.Dia berjaya berpura-pura pengsan.
“Abang. Lepaskan Riana bang. Tolong bang. Jangan buat Riana macam ni. Tolong..” rintih Riana sambil meronta-ronta. Merayu minta dilepaskan dari tindihan kuat Faizul itu namun lelaki itu masih mencium hampir seluruh muka Riana. Dari dahi hingga ke pipi,dari pipi hingga ke leher dan seterusnya ke bibir wanita itu.Dikucup kasar.
        Riana cuba meronta lagi.Namun kudratnya lemah. Semakin lemah.Tidak tertahan tindihan kasar lelaki itu di atas badannya lagi.
“Ya Allah.!!!”jerit hatinya kuat.Mengharap pertolongan dari Maha Agung agar dia diberi sejuta kekuatan untuk mempertahankan maruahnya ketika ini.
        Permintaan Riana termakbul.Kekuatan pada dirinya seakan mula bertambah lantas dia menolak lelaki itu sekuat hati dan berlari sepantas mungkin. Namun nasib tidak menyebelahinya,kepalanya pula terhantuk ke sisi dinding. Kedua-dua tangannya diangkat memegang kepala. Terasa sakit yang amat. Sekelilingnya seakan memusing-musing.Dia memandang lelaki kejam yang sudah berdiri semula dan lelaki itu hanya tersenyum nakal merapatinya. Akhirnya dia rebah di pangkuan lelaki itu.Tanpa rela.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SeLaMaT DaTanG SeMua~
Harap kOrang sudi baca nOvel kedua ciptaan ima ni. And JANGAN LUPA KOMEN ya.. ~_0

(Bagi kOrang yang Tak Ada blog, boleh pilih NAme/URL ( URL tu ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER kOrang) untuk beri komen pd blOg ima ni k. Terima Kasih~

Jumpa lagi ya~

Karya Nukilan ,

Karya Nukilan ,

~Memory Blog~

Lilypie - Personal pictureLilypie Angel and Memorial tickers

Follower ima ~