19 November 2011

Di Sebalik Tabir

HAI SIS BRO.. Masih ingat ima lagi??..huhu..pada siapa yang ingat, terima kasih ima ucapkan ya!.. So, setelah beberapa tahun ima menyepikan diri daripada dunia novel, kini ima a.k.a sis ima kembali semula dengan kemunculan eBook hasil karya novel kedua ima iaitu Penantian Cinta. Di posting ini ima akan ceritakan serba sedikit di sebalik pembikinan novel & eBook ini ok.
Selamat membaca!

AL KISAHNYA PUN BERMULA..

1. TAJUK novel ni, ima cipta sendiri (tak la susah macam masa ima cari tajuk first novel ima dulu tu.). Novel ini bergenre cinta, romantik dan suspen. Cerita yang berlatar belakangkan mengenai seorang wanita yang tanpa sedar dia telah dicintai oleh insan yang bernama lelaki dan begitu juga dengan konflik dalam satu perhubungan antara cinta dan persahabatan. Maka wujudlah
Penantian Cinta Menanti cinta yang tertulis untuk Saya, Awak, dan Dia.’. Lagu tema yang ima pilih untuk novel ni ialah lagu dari Indonesia iaitu kumpulan Padi dengan tajuk lagunya ‘Menanti Sebuah Jawapan’ sebab lirik dalam lagu ni macam ada kena mengena je dengan jalan cerita novel ni.. huhu

2. SIS IMA MULA TULIS novel Penantian Cinta ni pada akhir bulan 12 tahun 2010 dan alhamdulilah dengan berkat doa, sokongan kawan-kawan dan usaha ima (selalu dok perah otak mencari idea & ilham), ima berjaya menulis novel ni dalam masa 3 bulan je. Tetapi sepanjang lebih kurang 10 tahun lamanya ini, ima ada la perbaiki bahasa dengan part mana yang patut untuk dikuatkan lagi plot jalan cerita dan watak-watak yang ada dalam novel ni. Lebih-lebih lagi ima pernah menghantar karya yang ima tulis kepada beberapa syarikat penerbit untuk dinilai. Tapi mungkin time tu ima baru nak mula menulis so of course la banyak kesalahan yang ima perlu baiki.

Antara email daripada penerbit yang pernah meneliti dan memberi respon kepada hasil karya ima ini. Terima kasih.



Penulisan2u juga pernah memberi ima peluang dalam menerbitkan sebahagian daripada karya ini di laman sesawang mereka pada suatu ketika dahulu. Terima kasih.



3. NAMA WATAK di dalam novel Penantian Cinta ima ini terus terang ima katakan tidak ada kena mengena langsung dengan sesiapa yang hidup ataupun yang telah tiada. (Ceh2.. macam drama dlm TV pulak kan?. hehe). Novel ini juga 100% ima menggunakan buah fikiran ima sendiri dalam mencari nama watak yang sesuai dengan setiap karakter yang dimainkan.

4. ORANG PERTAMA yang baca novel Penantian Cinta ini ialah member Form 6 ima sendiri iaitu Azuria seterusnya Mun, Fiza, Atul dan ramai lagi. Terima kasih ya! (pada member-member ima yang sudi baca tu). Sekarang ima baru sahaja keluarkan dalam bentuk eBook atas nasihat dan cadangan kawan-kawan yang dah baca ni. Ima kini sedang giat promosikan jualan eBook novel ini di beberapa platform media sosial untuk pembaca kaki novel. Anda yang nampak tu keep supporting me dan jangan lupa like and share tau. Habaq kat kawan yang mana kaki novel tu. Alhamdulilah, ima pun pernah dapat feedback yang baik daripada pembaca pasal novel ni. (boleh check out review pembaca di LINK INI).

5. HARAPAN SIS IMA agar pembaca dapat beli dan baca eBook ini dan dapat menghayati watak-watak yang dicipta untuk dijadikan sebagai teladan bersama. Ima juga mempunyai hasrat untuk menerbitkan karya kedua nukilan ima ini ke dalam bentuk buku nanti. Ima pasti Penantian 
Cinta bakal meninggalkan kesan yang hebat kepada setiap pembaca termasuk anda! (sambil tangan menuding ke arah korang dgn yakin!)

DI AKHIR KATA, ima berharap semua pembaca dapat memberi sokongan yang padu buat ima dalam menulis karya yang lebih bermutu dan bernyawa lagi selepas ini. InsyaAllah..

PERMINTAAN SIS IMA BUAT ANDA SEMUA YANG SEDANG BACA POSTING INI.!!

Semoga anda semua yang lawat blog ima ini sudi BELI dan BACA novel Penantian Cinta dan jangan lupa bagi review anda sekali ya. (ima terima dengan hati terbuka segala komen anda tu ya. Tidak kisah la komen baik ataupun sebaliknya.) Ok la.. ima kena beredar dulu sebab masa terlalu mencemburui kita (Masa jealous gila sekarang ni.. hihi). Macam biasa, terima la serangkap pantun ima tujukan special untuk korang semua sebelum ima undurkan diri ni ya.

Di akhir kata, kalau ima ada tersalah kata ke sepanjang ima berada di dalam blog ni, harap dimaafkan ye.. INGAT!!!.. yang buruk semuanya datang dari KITA.. and yang baik tu hanya datang dari ALLAH S.W.T.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tiinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤

Follower Kesayangan Sis Ima ❤