3 Julai 2019

Teaser Penantian Cinta


#TEASER 1 PENANTIAN CINTA 

“Awak tahu kenapa saya panggil awak ni?” Hairie menyoal dengan nada serius setelah menutup fail kerjanya. Mata memandang Riana tepat. Lagak seorang polis yang baru ingin memulakan siasatan ke atas pesalah yang dia sendiri tidak tahu apa kesalahannya.

Riana hanya menggelengkan kepalanya perlahan. Sememangnya itu yang ingin diketahuinya sejak dari tadi lagi.

Hairie terdiam sebentar. Sengaja mencipta unsur suspen di saat itu. “Erm.. sebenarnya ada sesuatu yang perlu saya beritahu awak, Riana. Dah lama sangat saya nak beritahu awak benda ni.” Hairie mula melembutkan suaranya. Sedikit demi sedikit. Seakan ingin meluahkan sesuatu.

“Err.. apa dia Encik Hairie? Cakap la..” balas Riana makin bernada perlahan. Hairan seketika dibuatnya melihat gelagat lelaki itu. Sukar dijangka.

Hairie memandang Riana lama. “Ermm.. saya nak cakap yang saya dah lama sukakan awak, Riana.”

“Huh?” Riana terpana setelah satu persatu ayat luahan hati Hairie yang didengar diamatinya. Wajah lelaki itu ditenung. Matanya pula tidak berkebil. “Suka aku? Dah lama? Biar betul mamat ni? Aku mimpi ke ni, ya Allah?” jerit Riana di dalam hati. Sekuat yang mampu. Seakan tidak percaya dengan luahan berani daripada bibir lelaki yang cukup dihormati di hadapannya itu.

“Saya harap awak sudi jadi girlfriend saya. Saya.. saya cintakan awak, Riana.” tambah Hairie lagi selepas melihat tiada sebarang reaksi lain daripada wanita bertudung yang berada di hadapannya itu selain hanya dengan reaksi terkejut dan merenungnya dalam.

Riana jadi serba tidak kena. Serba salah pun ada. Dirinya mula ditimpa rasa resah dan cuba memikirkan balasan kata yang perlu dipertuturkan kepada majikan yang selama ini dihormatinya itu. Segera.

“Riana..” panggil Hairie perlahan mengejutkan Riana yang masih ligat berfikir itu.

“Bagi saya satu minggu, boleh Encik Hairie?” Riana segera membalas sambil mengangkat tegak jari telunjuknya. Masih di dalam nada perlahan.

“Satu minggu?”
.
.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿


#TEASER 2 PENANTIAN CINTA

“Kalau saya tanya awak ni, awak jangan fikir bukan-bukan, ya?” kata Riana. Nada terselit risau. Risau jika lelaki itu tersalah anggap dengan kata-katanya nanti.

“Apa dia? Tanya aje la..” soal Khairul. Bibir hanya tersenyum manis.

Riana terdiam seketika. Dia pandang Khairul penuh.“Tadi masa awak cerita apa yang kawan-kawan saya tanya tu, betul ke?” Riana memberanikan diri untuk bertanya juga. Nada takut-takut. Mendatar habis.

Khairul sudah mengagak soalan itu. Dia mengangguk kepala beberapa kali.“Betul la. Kan kita jumpa kat kedai buku? then saya pun tinggalkan sekeping nota yang ada number phone saya kat awak. Awak call saya dan kita terus decide untuk jumpa dan lepas tu kita mula jadi kawan,kan?”balas Khairul dengan bersahaja panjang lebar. Bibir pula tersenyum mesra. Mengingati jelas saat itu kembali.

Riana segera menggeleng kepala.“Tak. Bukan yang tu. Maksud saya, yang awak dah mula jatuh hati pada saya tu..”tambah Riana lagi. Nada katanya menjadi lambat. Risau jika Khairul berfikiran yang bukan-bukan terhadap dirinya nanti dan juga risau jika itu adalah benar. Pasti hatinya ditimpa rasa bersalah terhadap lelaki itu selepas ini. Pasti sangat!

“Oh yang tu..”Khairul lambat membalas. Lagak berfikir buat Riana ternanti-nanti.“Tak adalah. Saya tipu aje..”geleng Khairul. Bibir tersenyum kelat pula.

Riana segera meletakkan tangan ke dada. Mengurut perlahan.“Fuhh..Ya Allah..”Nafas pula dilepas perlahan bersama bunyi di mulut. Lagak lega.“Awak memang pandai berlakon la Khairul tadi. Pandai sangat! Kalaulah nama awak ada pada senarai Anugerah Bintang Popular untuk tahun ini la, kan? Saya orang pertama yang akan vote nama awak. Serius.”kata Riana bersungguh-sungguh sambil menepuk tangannya beberapa kali. Ibu jari sempat diangkat lagak kagum dengan lakonan Khairul sebentar tadi. Benar-benar menjadi!

Khairul hanya tersenyum sendiri. Senyum tawar. “Riana, kalaulah awak tahu yang tadi itu luahan hati saya yang sebenar, bukan hanya lakonan. Mahukah awak terima cinta saya, Riana?”
.
.

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿


#TEASER 3 PENANTIAN CINTA

“HAH! Surat perjanjian? Apa maksud kau ni?” Khairul tersentak seketika. Hairie Azmin, lelaki yang pada mulanya disambut dengan rasa hormat dan sopan sebentar tadi tetapi kini tidak lagi. Bahasa formal antara mereka berdua telah pun bertukar menjadi bahasa tidak formal. Dengan sendirinya!

“Yup. Surat perjanjian antara aku dan kau, dan taruhannya.. Riana Akma.” balas Hairie sekilas memandang Khairul yang masih setia berdiri di sisi mejanya itu. Menyebut jelas nama Riana. “Aku tahu, apa perasaan kau pada Riana dan tentu kau nak tahu jugak, kan? Apa perasaan aku pada dia..”sambung Hairie yang kini melangkah menuju ke kerusi di hadapan meja Khairul. Melabuhkan pinggulnya dengan sesuka hati. Membiarkan Khairul yang masih berdiri memandangnya tajam. “Aku? tak sukakan dia. Cinta? Memang jauh sekali la.” kata Hairie dengan lagak sombongnya.

“Habis, kenapa kau cakap yang kau suka dia? Kau cinta dia?” Bertalu-talu pertanyaan itu keluar dari mulut Khairul. Lagak sepucuk pistol memuntahkan pelurunya dua tiga kali. Menginginkan jawapan dari mulut lelaki yang hanya dikenali melalui wanita idaman hatinya itu.

“Because I have a plan.” jawab Hairie dengan lancar. Wajah masih selamba.

“What?”.
.

.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#TEASER 4 PENANTIAN CINTA

“Riana Akma?” soal Faizul setelah Eza membuka cerita mengenai perihal sahabat baiknya itu. Masa yang dinanti telah tiba.

“Ya. Riana Akma.” balas Eza tersenyum suka. Menyudu masuk makanannya ke mulut.

“Dia kerja apa?” tanya Faizul berlagak biasa. Tidak mahu tampak lagak seorang penyiasat atau detektif.

“Dia kerja di Syarikat Gema Holding. Dia dah couple tau sayang, dengan pengurus tempat dia kerja tu. Nama dia.. Hairie Azmin. I pun tak pernah jumpa dia. Oh ya sayang, baru I teringat. Riana ada jugak berkawan dengan seorang lelaki ni, tau? Nama dia nak hampir-hampir sama dengan nama you. Nama dia Khairul.. hah! Khairul Faiz. You Khairul Faizul, kan? Hmm.. Faiz.. Faizul..” jawap Eza dengan panjang lebar. Sempat membandingkan nama Khairul dan Faizul yang dikenalinya itu.

“Khairul Faiz?” ulang tanya Faizul lagak pertama kali didengarnya.

Eza mengangguk kepala. “Ya. Tak silap I, Riana cakap dia Penolong Kanan Syarikat Suria Trading. Untung Riana, kan? Dapat boyfriend dengan kawan daripada dua syarikat yang berbeza. Syarikat besar-besar pulak tu..” Eza tersenyum ceria. Habis cerita Riana Akma diluahkannya. Tiada rahsia!

“Penolong Kanan?” detus hati Faizul tersenyum sinis. Tidak sangka adiknya itu berani mengubah status diri demi cinta. Cinta yang dia benci untuk dengar atau lihat.

“Kau belum kenal siapa aku lagi, Faiz. Kau jangan ingat aku boleh lupa apa yang kau dah buat pada aku dulu. Sampai mati pun aku tak akan lupa la!”
.
.

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#TEASER 5 PENANTIAN CINTA

“Wah.. cantiknya bulan malam ni. Awak tengok tu, cantik kan?” kata Riana tiba-tiba sambil menunding jarinya ke arah langit yang gelap itu. Lagak meminta Hairie untuk turut sama melihat ke arah itu. Hairie tanpa banyak bicara segera memandang ke arah itu. Kelihatan bulan penuh yang sedang menyinar di kala malam waktu itu. Memang cantik! “Kalau awak sedih awak boleh tengok bulan.” tambah Riana buat Hairie kalih pandang semula ke arahnya.

“Tengok bulan?” Hairie cuba mengulang kata. Lagak tidak faham.

Riana menganggukkan kepala sekali. “Hmm. bulan tu boleh buat kita tenang tau.” balas Riana tersenyum indah ke arah bulan itu semula. Buat Hairie berfikir sejenak. Riana memandang Hairie dengan tenang. “Hairie, saya nak ucapkan terima kasih. Terima kasih sebab awak sudi mencintai saya. Saya sayangkan awak. Saya janji saya akan setia pada awak selagi awak cintakan saya dengan sepenuh hati awak. Saya janji.” luah Riana tersenyum manis.

Hairie pula memandang wanita itu aneh. Perasaan sebentar tadi muncul kembali. Tanpa diduga.
.
.

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#TEASER 6 PENANTIAN CINTA

Excuse me again. Apa maksud you ni Encik Faizul? Saya tak faham la..” Riana mula rasa panas di hati. Makanannya ditinggalkan sebentar. Mata memandang tepat ke arah lelaki yang mula dirasakan bersikap biadap itu.

Faizul tersenyum mesra lagi. Tercuit hati melihat perubahan riak wajah Riana itu.“Tak ada la. Kalau you sudi, I boleh jadi spare part you. Ala.. pandai-pandai la kita cover line depan Eza nanti.” kata Faizul sambil tangannya lagak ingin menyentuh tangan Riana yang diletakkan di atas meja. Berdiri tegak bulu roma wanita itu bila diperlakukan sedemikian.

Riana dengan segera menjauhkan tangannya. Dia semakin tajam memandang Faizul.“Tolong jaga kelakuan awak ni ya Encik Faizul? Please.. don't make me tell her.” bisik Riana dengan nada keras. Sekeras yang boleh.

Faizul mula berlagak biasa bila terdengar kata ugutan Riana itu. Menyandar tubuhnya kembali ke badan kerusi. Dia tersenyum sinis memandang Riana. “Actually.. I suka perempuan macam you ni. A little bit naughty.” balas Faizul sempat mengenyitkan sebelah matanya ke arah Riana. Masih berlagak manja.

What? Naughty? Aku ke dia ni yang naughty? Oh please la!.” jerit Riana geram di dalam hati. Bibir diketap rapat. Menyesal memuji-muji perwatakkan lelaki itu sebentar tadi. Rasa macam nak terkeluar habis makanan yang ditelannya sebentar tadi. Mujur tempat itu tempat awam. Jika tidak, sudah lama lelaki yang berada di hadapannya itu disimbah air tembikainya yang hanya tinggal separuh sahaja lagi di dalam gelas.

“Hai. Sorry I lewat sikit.” Eza muncul sambil duduk semula di kerusinya. Tangan yang tersisip tisu yang dipegang, di bawa ke muka lagi. Masih mengelap mukanya yang lagak sudah bersih dari peluh seketika tadi.

“It's okay sayang. Memang betul la kata you, Riana ni pemalu orangnya. I tanya sepatah, dia just jawab sepatah aje.” Faizul mula berlagak selamba berbual dengan Eza yang berada di sebelahnya itu. Seolah-olah perkara jijik yang ingin dilakukannya sebentar tadi tidak pernah berlaku.

“Kan, percaya pun you..”balas Eza tertawa kecil sambil menghirup air minumannya. Kalih pandang ke arah Riana sebentar. Tersenyum kelakar.

“Menyampah aku!”
.
.

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿


#TEASER 7 PENANTIAN CINTA

You dengar sini Nur Melissa Datuk Manaf. Apa-apa pun jadi, I tetap tak akan kahwin dengan you, okay?! You boleh tawan hati papa I, tapi bukan hati I. Hati I ni dah hancur saat you pegang lelaki tu. ” dengus Hairie serius buat Melissa terdiam dan tersentak seketika. Suasana jadi serius antara mereka berdua.

'Tuk! Tuk!' Bunyi ketukan pintu bilik memecahkan suasana sedikit gamat itu. Melissa mula berlagak biasa. 

“Masuk.” kata Hairie perlahan. Segera beralih ke arah mejanya. Mengambil failnya pantas. Berlagak sedang memerhati isi kandungan fail tersebut.

Pintu ditolak. Kelihatan Syida melangkah masuk sambil memikul beberapa fail di tangannya. Tidak sedar dia di dalam itu turut ada Melissa. Entah bila wanita itu menyinggah ke situ pun dia tidak perasan.“Err.. Encik Hairie, ini fail yang Encik Hairie minta tadi.” kata Syida tersenyum sopan. Sekilas memandang Melissa yang hanya tersenyum kelat sambil membetulkan rambut.

“Okey. Terima kasih Syida.” ucap Hairie mengambil fail dari tangan Syida. Tersenyum kelat.

Syida segera berlalu keluar bilik. Pintu ditarik dan ditutup semula. Kaki pula melangkah ke meja Riana. Pantas.“Riana, hot gossip..” bisik Syida pada  Riana yang sedang asyik menaip kerjanya.

“Gosip apa lagi ni, Kak Syida?” balas Riana tersenyum geleng. Tahu benar dengan perangai wanita itu. Ada sahaja khabar berita yang ingin disampaikan. Gaya cerita macam segmen dalam program Melodi. Sentiasa panas. Tetapi yang ini tidak perlu ditonton. Cukup sekadar mendengar. 

“Sah apa yang Nadia cerita kat kita semua hari tu. Dia orang dua tu memang ada something.” bisik Syida buat jari Riana berhenti dari terus menaip di papan keyboard komputernya. Dia memberi perhatian kepada Syida yang bercerita panjang lebar itu. Faham benar istilah 'dia orang dua' itu. Bibir pula  jadi tersenyum kelat. Sungguh kelat!

.✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#TEASER 8 PENANTIAN CINTA 

“Akak tak perasan ke?”luah Rizman lagak menyindir. Dia mula dah!

“Perasan? Perasan apa?”tanya Riana kerut dahi. Tidak pasti apa yang dimaksudkan dengan kata-kata lelaki muda itu. Sempat memandang ke kiri dan ke kanan rumahnya. Tiada apa yang aneh.

“Nampak macam Pak Su Pian berkenan aje dengan Abang Khairul.” usik Rizman dengan nada bersahaja. Keningnya sempat diangkat dua tiga kali. 

Riana selesai mengunci pintu pagar. Kalih pandang penuh ke arah adiknya itu. “Berkenan? Untuk siapa? Kak Salina ke?” Riana menyoal lagi. Memang lambat tangkap!

Rizman mengeluh kecil. “Ee.. buat-buat tanya pulak dia. Ini la perempuan kan? Suka buat tak tahu, padahal depan mata dia aje pun.” luah Rizman lagak tidak puas hati bila kata-katanya sebentar tadi seakan sukar dimergerti.

“La.. buat tak tahu apa pulak ni? Betul la akak tak tahu ni.” balas Riana lagak benar-benar tidak tahu. Bukan sengaja.

“Ya la.. ya la..” Rizman menggeleng bersahaja lagak malas membalas kata lagi. Dia berlalu masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Riana yang lagak tertanya-tanya sendiri dengan kata sindiran Rizman itu.

Riana berfikir sejenak. Baru akalnya dapat tangkap! “Isy budak bertuah ni.. Rizman Akmar!”
.
.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#TEASER 9 PENANTIAN CINTA 

“Kau dengar sini, Faiz. Aku tak pernah kacau hubungan kau dengan Riana selama ni, jadi tak perlu kau nak kacau hubungan aku dengan Eza, okey?” kata Faizul mula memberi amaran pertamanya apabila soal Eza ditanya.

“Abang Faizul betul-betul serius ke dengan Eza?” tanya Khairul lagak tidak puas hati lagi. Masih ada rasa was-was dengan perasaan abangnya itu. Perasaan yang tidak pernah tetap sejak kematian kekasih lama.

Faizul pula lagak terasa disindir begitu. Dia pandang Khairul tajam. “Kau siapa nak tanya aku soalan macam ni? Hah?” tanya Faizul. Nada semakin kasar.

“Tapi Eza kawan baik Riana. Kalau Abang Faizul rasa nak permainkan dia macam Abang Faizul permainkan perempuan-perempuan simpanan Abang Faizul semua tu. Lebih baik Abang Faizul tinggalkan dia aje. Jangan seksa perasaan dia.” luah Khairul benar-benar geram. Tidak mahu Faizul terus-terusan mempermainkan hati seorang wanita.

“Kau siapa nak ajar aku, hah? Mungkin nasib aku tak beruntung macam nasib kau sekarang ni. Sebab abah dah lama meninggal. Kau ingat, kalau abah masih hidup. Dia nak ke izinkan kau kahwin dengan perempuan macam Riana tu, hah? Women that do have nothing at all.” sambung balas Faizul makin sinis. Buat Khairul cuba menahan sabar lagi.

“Abang Faizul, Faiz cuma nak Abang Faizul sedar yang..”

“Kau tak payah cakap banyak la, Faiz. Aku tahu apa yang aku buat. Tak payah susah-susah nak ingatkan aku. Now, please get out from my room.” 
.
.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#TEASER 10 PENANTIAN CINTA 

“Maria, apa yang you cuba buat ni, hah?” tanya Khairul pantas setelah masuk ke dalam perut kereta bersama Maria. Bersedia untuk memandu keretanya mengekori kereta Hairie yang hanya beberapa jarak di hadapan keretanya itu. Soalan itu dari tadi lagi ingin diluahnya tetapi dia tidak langsung mempunyai kesempatan.

Maria mendengus kecil. Lagak malas mendengar soalan itu ditanya lagi. “Apa yang cuba buat sekarang adalah cuba dapatkan Riana Akma balik untuk you, Faiz. Tapi tak sangka pulak Hairie tu ikut sekali tadi.” Maria membalas dengan wajah selamba. Sempat memandang ke luar cermin tingkap kereta. Sangkaan Hairie yang tidak jadi ikut tersasar. Rosak habis rancangan asalnya.

“What? Are you crazy?” Khairul terkejut dengan jawapan spontan daripada Maria itu. Seakan tidak berasas!

Yes I am! You sanggup ke tengok Hairie tu rampas Riana daripada you, hah Faiz?” tegas Maria pantas. Lagak sedikit geram. Ingin benar Khairul tahu motif sebenar rancangannya itu.

Khairul makin rasa tidak puas hati dengan jawapan Maria. “Maria, Riana bukan milik I. Jadi dalam soal ni, tak pernah wujud soal rampas atau tak, okey.” ujar Khairul nada sedikit kasar.

“Faiz, come on la. Please open your eyes, okay? You masih ada peluang untuk luahkan perasaan you tu. I tak nak nanti you kecewa bila tengok Riana betul-betul jadi milik lelaki tu.” Maria masih ingin berbahas. Memang dulu dia ingin benar Khairul melupakan Riana tetapi bila difikirkan balik, kenapa tidak lelaki itu berjuang atas nama cinta untuk mendapatkan orang yang masih belum sah bergelar milik sesiapa lagi itu. Bahkan dia dapat membuat penilaian yang Riana seakan turut sama mempunyai perasaan juga terhadap Khairul, cuma mungkin terselindung dek kehadiran lelaki yang bernama Hairie Azmin itu.

“Maria, I appreciated dengan niat you tu tapi apa yang you cuba buat malam ni is wrong Maria, is wrong okay!” 
.
.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#TEASER 11 PENANTIAN CINTA 

“Kenapa? Kau nampak aku tak okey ke kerja sini?” tanya balas Melissa dengan lagaknya. Muka sentiasa nampak tidak puas hati jika bertemu atau terserempak dengan wanita bernama Riana Akma itu.

Riana jadi diam seketika. “Err.. bukan macam tu maksud saya, Cik Melissa. Saya cuma..”

Melissa mencelah kata Riana pantas. Jari diletak di bibir seketika. “Syss.. kau tak payah nak explain kat aku. Aku tak nak tahu pun. Oh ya, aku ada dengar mulut - mulut orang office ini cakap yang Encik Hairie tu selalu sangat ajak kau keluar lunch sekali. Betul ke?”

“Err..” Riana mati kata. Memang benar apa yang dikatakan. Seakan Hairie sudah mula bersedia ingin memberitahu tentang hubungannya kepada umum walaupun dia sehabis boleh ingin mendesak agar perkara itu ditangguhkan buat sementara waktu. Selagi restu ayah lelaki itu belum diperoleh maka selagi itulah dia ingin hubungan ini kekal menjadi rahsia.

“Hmm.. jadi betul la.” Melissa mendengus seketika sambil memandang penuh Riana. Mug pula dipegang rapi. “Kau dengar sini. Dari hari pertama aku jejak kaki ke dalam company ni, aku memang tak suka kau. Aku tak tahu apa hubungan kau dengan Encik Hairie, tapi aku nak kau tolong jangan berangan tinggi sangat. Kau tu just staf biasa saja kat dalam company ni. Anytime saja aku boleh suruh Datuk Haikal tendang kau keluar dari company ni. Kau tentu tahu kan, siapa sebenarnya aku pada Encik Hairie tu?” kata Melissa panjang lebar dengan lagaknya. Nada sedang memberi amaran. Riana hanya mendengar. Tiada niat untuk membalas. “So I hope you get what I said just now okay. So excuse me.” 
.
.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#TEASER 12 PENANTIAN CINTA 

PANG! “Eza?” Riana terkejut dengan tindakan Eza sehingga sanggup menampar pipinya. Tangannya pantas mengusap pipi. Sakit terasa yang amat!

“Aku anggap kau kawan baik aku selama ni. Disebabkan rasa sayang aku ni, aku biarkan semua tu. Tapi kau memang dah melampau, Riana. Kau memang dah melampau!” pekik Eza yang kelihatan masih ingin menampar pipi Riana lagi.

Rizman yang turut berada di situ cuba menahan tangan Eza dari terus melakukan niat beraninya itu dengan mendepani Riana. “Kak Eza, sudah la!” mempertahankan diri. Dia benar-benar tidak tahu.

“Eh! Riana, tak payah la kau nak berdrama dengan aku sekarang ni. Mula-mula kau tuduh dia macam-macam, sekarang kau cuba nak kacau dia pulak, hah?! Tak cukup dengan adik dia, sekarang dengan dia pun kau nak cuba tackle jugak? Kau memang tak tahu malu la, Riana..” luah Eza lagi dengan rasa marah dan geram. Tidak sangka Riana sanggup berbuat begitu. Menikam belakangnya lagak bertubi-tubi.

Rizman yang masih menghalang menjadi makin geram. Geram bila mendengar Riana masih menjadi mangsa tuduhan kasar Eza. “Dah Kak Eza, sudah! Lebih baik Kak Eza balik sekarang. Jangan buat kecoh macam ni lagi, malu semua jiran tengok tu.” pinta Rizman mendesak pantas. Masih setia melindungi kakaknya itu.

Eza yang mendengar kata-kata Rizman itu jadi mengalah. Lagak bertenang sebentar. “Kau dengar sini baik-baik, ya Riana? Aku kenal la Faizul tu siapa dan kau jangan kacau Faizul lagi. Dia tu milik aku. Kau faham tak?! Siap la kau kalau aku dapat tahu kau kacau dia lagi. Perempuan hipokrit!”
.
.

✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#TEASER 13 PENANTIAN CINTA 

“Saya nak ajak awak kahwin lari dengan saya.” kata Hairie bernada serius.

“Apa? Kahwin lari?” tanya Riana lagak terpinga-pinga. Sebutan jadi gagap. Mata pula dijegil bulat. Seakan tidak pasti adakah benar kata-kata yang didengarinya itu.

Senyum Hairie seketika memandang gelagat wanita pujaan hatinya itu. Sungguh mencuit hati! “Tak adalah. Saya gurau aje.”

“Isy awak ni, Hairie. Main-main la. Terkejut gila saya tadi tau?” Riana tarik muka. Benar-benar terperanjat dengan kata-kata Hairie itu. Bagai nak tercabut jantung pun ada!

Sorry.. Kita keluar makan aje, okey? Saya nak bawa awak ke satu tempat special ni.” kata Hairie buat Riana tersenyum faham. 

Makanan di hotel bertaraf lima bintang dihidangkan di atas meja. Riana tersenyum sendiri. Tidak sangka dia dapat menikmati hidangan di salah sebuah hotel yang agak terkemuka itu. Terlalu mewah!

“Riana..” panggil Hairie melihat Riana sedang asyik menikmati makanannya dengan rasa gembira.

“Ya?” balas Riana tersenyum ceria memandang Hairie. Mulut masih mengunyah.

“Kita bertunang nak tak?” 
.
.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#TEASER 14 PENANTIAN CINTA 

“Khairul Faiz Datuk Kamil?” Riana terpaku sebentar apabila terpandang nama itu tertulis bersama dengan tandatangan di atas cebisan kertas yang dipegangnya. Cebisan bahagian bawah kertas yang agak besar. Soalan satu demi satu mula muncul di mindanya. Sebelum ini Khairul tidak pernah pula memberitahunya yang syarikat tempat kerjanya ada atau pernah menjalankan perniagaan usaha sama dengan Syarikat Gema Holding selain hanya menjadi salah seorang ahli yang bertanding untuk mendapatkan Projek Mega Tiga, Syarikat Delima. Apakah sebenarnya status diri Khairul di Syarikat Suria Trading? Apa kaitannya Khairul dengan Hairie? Tetapi kenapa pula kertas itu dikoyak-koyak? Persoalan demi persoalan mula mengganggu fikirannya. Rasa ingin tahu kian timbul di dalam hati. Riana segera meraba-raba ruangan dalam laci tersebut sekiranya terdapat lagi cebisan kertas selebihnya. Benar tekaannya, terdapat beberapa lagi cebisan kertas yang masih belum disentuh. Dia mengumpulkan semua cebisan kertas yang dijumpainya itu di atas meja lalu segera mencantumkan kesemuanya satu per satu. Mata mula meneliti dan hati mula membaca. Wajahnya tiba-tiba berubah. Dari rasa ingin tahu menjadi rasa mesti tahu. Mula timbul segala perasaan yang kurang enak di dalam hati setelah satu demi satu ayat yang tertulis kemas di kertas itu dibacanya pantas. Kiri ke kanan. Dari baris pertama sehingga ke baris terakhir surat perjanjian yang agak tidak masuk akal itu dilihat oleh anak mata kasarnya. Dia segera keluar dari bilik itu. Membawa keluar cebisan kertas yang dikumpulnya bersama.

Syida sekilas memerhati Riana yang keluar dengan lagak geram itu. Tidak terlintas di hatinya untuk menyoal kerana sedang berada di dalam talian bagi menjawab panggilan daripada klien lama syarikat itu.

Riana melangkah ke meja kerjanya sebentar. Dia mengambil beg plastik kecil yang ada di dalam laci lalu memasukkan kesemua cebisan kertas yang dipegang itu ke dalamnya. Riana menarik beg tangannya pula dan memasukkan beg plastik kecil yang terkandung cebisan-cebisan kertas yang telah menimbulkan kelukaan di hati ke dalam isi beg. Wajahnya tiada langsung garis-garis gembira mahupun senang hati. Yang ada hanya rasa kecewa dan terluka kerana diperlakukan sedemikian rupa tanpa dia sedar selama ini. Dia segera berlalu keluar daripada syarikat itu tanpa memandang ke arah sesiapa pun. Melangkah laju.

“Riana. Riana, Eh! nak pergi mana tu?” 
.
.
✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿ ✿

#TEASER 15 PENANTIAN CINTA 

"Ya Allah, jika engkau tahu bahawa Hairie Azmin Bin Haikal baik untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka tentukanlah dia untukku dan mudahkanlah dia untukku, dan kemudian berkatilah aku padanya,

Ya Allah, jika engkau tahu Hairie Azmin Bin Haikal buruk untukku, pada agamaku, pada kehidupanku dan pada akibat urusanku, maka jauhkanlah dia dariku dan jauhkanlah aku darinya, dan tentukanlah untukku kebaikan di mana sahaja ia berada, kemudian jadikanlah aku redha dengannya.”

Riana mengakhiri doanya dengan kalimah Doa Istikharah dan menyapu kedua-dua belah tangan ke wajahnya dengan hati yang seikhlas mungkin. Mengharap pertolongan yang Maha Agung untuk dia diberi petunjuk dengan kekeliruan yang dihadapinya ketika ini.

'Tuk! Tuk! Tuk!.. Tuk! Tuk! Tuk!' 

Pintu bilik tidur Riana diketuk cemas beberapa kali buat dia tercengang seketika. Dia segera bangun dan membuka pintu biliknya. Muncul wajah Rizman yang sedang tersenyum suka. Lagak teruja. “Kak Riana.. Kak Riana, Abang Khairul datang. Dia nak jumpa akak sekarang. Ada benda penting yang dia nak cakap kat akak.” kata Rizman laju. Seolah-olah gembira dapat bertemu dengan Khairul hari ini. Mungkin kerana telah lama dia tidak bersua muka dengan lelaki itu.

“Khairul?” Riana kerut dahi. Tidak pasti kenapa lelaki yang paling dibencinya pada saat ini berani memunculkan diri. Saat dia ditimpa rasa keliru untuk membuat pilihan bagi masa depannya bersama Hairie.
.
.
JOM BELI & BACA KISAH SEPENUHNYA di SINI.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Selamat Datang..!

Kepada anda yang mempunyai komen/cadangan atau pertanyaan boleh tiinggalkan komen anda di sini.

(Bagi anda yang tak ada blog, boleh pilih Name/URL (URL ialah laman web, FS, FB mahupun TWITTER anda) untuk beri komen pada blog sis ima ini ok. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.

Karya Nukilan ❤

Karya Nukilan ❤

Follower Kesayangan Sis Ima ❤